Tuesday, April 27, 2010

- SeLaMaT HaRi LaHiR AbaH! -

Assalamu'alaikum. Tarikh 27 April inilah yang dijanjikan Allah bahawa seorang manusia lahir di atas muka bumi ini yang namanya diberi Ahmad Nizar bin Abd Hamid. Alhamdulillah...


Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran ke-51 buat ABAH yang disayangi. Semoga Allah memanjangkan usia ABAH dan semoga rezeki ABAH makin bertambah. Terima kasih kerana menjaga kami dengan baik sampai sekarang. Pengorbanan ABAH tak akan kami lupakan, Insyaallah.



SENTUHANMU - INTEAM

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..


Monday, April 12, 2010

- BeRaPa KaLi InGaT ALLAH DaLaM SeHaRi KiTa -

Mula dari bangun tidur, ada kita menyebut ucapan syukur kerana membangunkan kita kembali?

Ketika mandi, ada kita minta perlindungan daripadaNya agar terhindar daripada syaitan la'natullah?

Ketika kita bersarapan, ada kita mulakannya dengan nama Allah, hatta memohon keberkatan daripadaNya?

Ketika berada di tempat kerja, ada kita mulakan dengan nama Allah, hatta memohon semoga dipermudahkan segala kerja kita?

Ketika berada di tempat belajar, ada kita memohon moga ilmu yang dipelajari dapat diingati dan dimanfaatkan dalam keberkatan?

Tika mana tibanya tengahari, ingatkah kita untuk bersyukur bahawa masih hidup sehingga waktu tersebut?

Ketika makan tengahari, ada kita berfikir bahawa Allah mengurniakan kita makanan, sedangkan manusia lain menahan lapar di bawah kepanasan?

Sampai waktu petang, bersyukurkah kita kerana habisnya kerja, kerana habisnya tekanan di pejabat?

Sampai waktu petang, bersyukurkah kita kerana habisnya kuliyah, kerana habisnya tekanan dalam menyiapkan tutorial?

Pernahkah kita memuji Allah kerana lengkapnya anggota badan diri sendiri untuk bermain di waktu petang sedangkan berapa ramai manusia yang tidak cukup anggotanya untuk turut serta hanya memandang dari jauh sahaja?

Habis bermain, segarnya air ketika mandi. Sedarkah kita ini dilimpahi nikmat ini sedangkan manusia lain, seminggu nak mandi pun begitu payah? Bersyukurkah?

Allah mengurniakan malam, untuk kita berehat, tapi berapa ramai yang perlu bekerja pada waktu tersebut untuk mencari sejemput rezeki Ilahi untuk keluarga mereka? Ingatkah kita pada mereka?

Enaknya tidur atas katil yang empuk, ada pendingin hawa lagi, sedangkan ada anak kecil yang hanya tidur atas tanah, bumbungnya langit kerana itu sahaja yang mereka ada. Tidak bersyukur lagi?

Adakah kita tamatkan sehari kita dengan nama Allah juga?

Dalam solat dan selepas solat, kita ucapkan 'Alhamdulillah', dalam hati pun begitukah?

Berapa kali dalam solat, kita ingat perkara lain berbanding kita ingat pada Allah?

Jangan tipu diri sendiri, cuba berfikir teliti, ekstrakan muhasabah diri. Bukannya niat saya ingin menyoal anda, tetapi ingin mengajak anda menyoal diri sendiri. Ayuh koreksi diri. Bertanya pada hati, berapa kalikah kita ingat Allah dalam sehari? Hanya sehari, bukan seminggu, bukan sebulan, apatah lagi setahun dan sedekad.

Wallahu a'lam...

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP