Tuesday, November 23, 2010

- Erti Syukur -

Lirik lagu yang bisa membuat hatiku terasa betapa tak bersyukurnya aku. Maka siapa aku untuk menjadi manusia tak bersyukur? Allah.... Aku benar-benar terasa kurangnya syukurku pada-Mu. Ampunilah aku. Bisakah aku diberi peluang untuk menjadi manusia yang bersyukur?


Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi
Tuhan Maha Pemurah
Tak kan terbalas
Walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan
Lepas dari pandangan
Bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku terlupa
Adakala aku leka
Aku hilang

Keranaku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa
NikmatMu datang tiada jemu

Bila terhimpit
Mulalah mencari dan menyebut namaMu
Baru nak merasai
Makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba
Bukan diminta sebaliknya
Allah Maha Mengetahui

Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tandaku nilai rahmatMu Tuhan

Aku bersyukur ya Allah
Segala pemberianMu padaku
Seluas lautan pun
Bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi
Tuhan Maha Pemurah
Bukan milikku
Pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa

Nyanyian: UNIC
Album: Satu Tekad

p/s: Lagunya tak dapat dimuatnaikkan dek kerana talian internet yang tidak mengizinkan. Maaf. Bagi yang mengetahui lagu ini, dipersilakan mendengar serta menghayatinya.

Wallahu a'lam...

Monday, November 01, 2010

- Ada Apa Dengan 'Background'? -

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani...

Aku mulakan 'post' nih dengan berfikir. Pernah orang bertanya kepada aku kenapa latar belakang blog aku bersumberkan kartun. Macam budak-budak. Aku pun mula nak tergelak seorang diri. Ada sebabnya aku meletakkan latar belakang blog aku ini berlatarkan gambar Anime Gundam. Sebabnya senang, kerana aku minat.

Pasti aku diketawakan selepas itu. Kiranya aku membawa pembuktian bahawa aku ini seorang yang tidak matang. Nak buat macam mana lagi kalau sudah minat aku begitu. Tak dapat nak diubah. Jika ya dapat berubah pun, tak semudah dan sekejap yang disangka. Mungkin jangkamasa yang diambil agak lama. 10 tahun, atau 20 tahun mungkin.

Jadi, persoalannya, apakah aku ini perlu mengubahnya? Apakah tema yang sesuai untuk blog aku ini? Fikir-fikirkanlah...

Wallahu a'lam...

Monday, October 18, 2010

- Mesej Keramat Insan Tercinta -

Mesej Keramat daripada insan yang amat aku CINTAI dan aku SAYANGI:

"Salam. Harapan mak dan abah supaya hangpa adik beradik saling bantu membantu dan bertolak ansur agar semua urusan dipermudahkan Allah SWT. Toksahlah gaduh2 lagi."

Abah dan Mak yang sentiasa 'sporting' dan 'supporting'

Mesej ini aku akan simpan dalam 'handset' aku. Aku tak akan lupakan harapan ini. Nak menangis juga aku waktu terima mesej tersebut hatta diri dalam kemarahan. Allah.... Mak, Abah... Abang minta maaf sangat-sangat. Sesungguhnya abang ingin menjadi yang terbaik untuk Mak dan Abah. Tapi, abang tak dapat mengawal api kemarahan yang makin menyala pada waktu itu. Semoga Mak dan Abah maafkan dan ampunkan dosa yang telah abang lakukan ini. Doakan abang supaya menjadi hamba-Nya yang soleh dan taat kepada Mak dan Abah. Buat adik, abang minta maaf sangat-sangat. Tiada niat untuk membencimu. Cumanya....

Minta maaf sekali lagi. Hanya itu yang dapat diungkapkan dari dasar hati.

Wallahu a'lam.

Tuesday, August 10, 2010

- Marhaban Ya Ramadhan, Ya Sohabul Karim -

Assalamu'alaikum...

Sempena  bulan Ramadhan pada tahun ini, aku ingin sekali memohon ampun dan maaf atas terlanjur kata dan bicara, terkasar tingkah laku dan tidak dapat memenuhi permintaan buat sahabat-sahabat sekalian. Sesungguhnya kalian jualah peneman dan penyeri dunia hamba ini. Tanpa kalian dunia hamba sepi dan tiada serinya hidup dalam keseorangan. Teringat dalam satu mesej yang ada menyatakan bahawa,

Ukhuwah itu terbina atas ranting kejujuran,
Bertunjangkan mahabbah fillah,
Lalu membuahkan kemanisan ikatan,

Jika terpesong...
Maka patahlah ranting, reputlah akar,
Lalu rosaklah buah,

Teman bukanlah yang semestinya sentiasa dekat jaraknya,
Tetapi sentiasa di hati dan diingati dalam setiap bisikan doanya.

Buat mak dan abah, anakmu ingin sekali memohon maaf atas kasar bahasa, terlanjur kata dan tingkah laku anakmu ini. Sesungguhnya anakmu ini ingin memberi yang terbaik buat mak dan abah. Tidak mahu bergelar anak derhaka di hadapanmu. Apatah lagi di hadapan Allah. Buat adik-adik aku yang bertebaran menuntut ilmu di tempat belajar kalian, abang di sini memohon ampun dan kemaafan atas tersalah faham, terlalu tegas dalam sesetengah perkara dan kurang membantu dari segi pelajaran. Buat dua si kecil yang masih bersekolah rendah, rajin-rajinkan la puasa tahun ini ya.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya".
Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad

SALAM MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK  =]

Wallahu a'lam....

Thursday, July 08, 2010

- Pesan Buat Adik -

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah... Aku dan keluarga aku selamat pergi dan selamat pulang dari Kedah ke Kuala Lumpur dan dari Kuala Lumpur ke Kedah. Kali terakhir ke sana, hantar adik aku, Nafis ke Matrikulasi untuk pendaftarannya. Dan kali ini, adik aku, Nabil pula yang telah menjejakkan kakinya di bumi universiti.

Alhamdulillah, walaupun agak bosan juga menunggu masa untuk pendaftaran asramanya, segalanya berjalan lancar. Mahallah Salahuddin. Itulah nama bagi asrama yang diduduki olehnya. Kelihatan baru dan masih belum diduduki. Namun, tempatnya jauh dari kawasan dewan kuliah. Barangkali, memerlukan masa lebih kurang 15 minit untuk berjalan kaki ke sana.

Sunday, June 13, 2010

- Di SaAt WaFaTnYa RaSuLullaH -

Sebagai langkah permulaan untuk aku aktif semula dalam 'blogging', aku mempunyai satu cerita yang diambil dari 'stor lama' aku untuk para sahabat dan pembaca sekalian. Mungkin kebanyakan daripada kalian sudah pun membaca dan mengetahui cerita ini. Tetapi sebagai satu langkah 'refreshing' minda kita, baca dan hayatilah sedalamnya. Moga bermanfaat. =]
___________________________________________________

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?", Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Ceritakan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin....

____________________________________________________

Wallahu a'lam.

Thursday, June 10, 2010

- HaKiKaT PerNiKaHaN -

Dalam tengah memunggah kembali folder dan files yang dah lama tak dibuka dan dilihat apa isinya, aku terjumpa satu artikel ini. Harap dapat dikongsi dan tak disalah erti pula. Demikianlah artikel tersebut:
__________________________________________________

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? coba kita lihat... dan manakah pilihan kita???

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan. Atau rajin hadir di SEX party.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY/BODY, pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari alasan utk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPRIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kpd makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.
__________________________________________________

Moga diambil pengajaran daripadanya.

Wallahu a'lam.

Wednesday, June 02, 2010

- ILtiZaM bY RaBbaNi -

Tuesday, April 27, 2010

- SeLaMaT HaRi LaHiR AbaH! -

Assalamu'alaikum. Tarikh 27 April inilah yang dijanjikan Allah bahawa seorang manusia lahir di atas muka bumi ini yang namanya diberi Ahmad Nizar bin Abd Hamid. Alhamdulillah...


Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran ke-51 buat ABAH yang disayangi. Semoga Allah memanjangkan usia ABAH dan semoga rezeki ABAH makin bertambah. Terima kasih kerana menjaga kami dengan baik sampai sekarang. Pengorbanan ABAH tak akan kami lupakan, Insyaallah.



SENTUHANMU - INTEAM

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..


Monday, April 12, 2010

- BeRaPa KaLi InGaT ALLAH DaLaM SeHaRi KiTa -

Mula dari bangun tidur, ada kita menyebut ucapan syukur kerana membangunkan kita kembali?

Ketika mandi, ada kita minta perlindungan daripadaNya agar terhindar daripada syaitan la'natullah?

Ketika kita bersarapan, ada kita mulakannya dengan nama Allah, hatta memohon keberkatan daripadaNya?

Ketika berada di tempat kerja, ada kita mulakan dengan nama Allah, hatta memohon semoga dipermudahkan segala kerja kita?

Ketika berada di tempat belajar, ada kita memohon moga ilmu yang dipelajari dapat diingati dan dimanfaatkan dalam keberkatan?

Tika mana tibanya tengahari, ingatkah kita untuk bersyukur bahawa masih hidup sehingga waktu tersebut?

Ketika makan tengahari, ada kita berfikir bahawa Allah mengurniakan kita makanan, sedangkan manusia lain menahan lapar di bawah kepanasan?

Sampai waktu petang, bersyukurkah kita kerana habisnya kerja, kerana habisnya tekanan di pejabat?

Sampai waktu petang, bersyukurkah kita kerana habisnya kuliyah, kerana habisnya tekanan dalam menyiapkan tutorial?

Pernahkah kita memuji Allah kerana lengkapnya anggota badan diri sendiri untuk bermain di waktu petang sedangkan berapa ramai manusia yang tidak cukup anggotanya untuk turut serta hanya memandang dari jauh sahaja?

Habis bermain, segarnya air ketika mandi. Sedarkah kita ini dilimpahi nikmat ini sedangkan manusia lain, seminggu nak mandi pun begitu payah? Bersyukurkah?

Allah mengurniakan malam, untuk kita berehat, tapi berapa ramai yang perlu bekerja pada waktu tersebut untuk mencari sejemput rezeki Ilahi untuk keluarga mereka? Ingatkah kita pada mereka?

Enaknya tidur atas katil yang empuk, ada pendingin hawa lagi, sedangkan ada anak kecil yang hanya tidur atas tanah, bumbungnya langit kerana itu sahaja yang mereka ada. Tidak bersyukur lagi?

Adakah kita tamatkan sehari kita dengan nama Allah juga?

Dalam solat dan selepas solat, kita ucapkan 'Alhamdulillah', dalam hati pun begitukah?

Berapa kali dalam solat, kita ingat perkara lain berbanding kita ingat pada Allah?

Jangan tipu diri sendiri, cuba berfikir teliti, ekstrakan muhasabah diri. Bukannya niat saya ingin menyoal anda, tetapi ingin mengajak anda menyoal diri sendiri. Ayuh koreksi diri. Bertanya pada hati, berapa kalikah kita ingat Allah dalam sehari? Hanya sehari, bukan seminggu, bukan sebulan, apatah lagi setahun dan sedekad.

Wallahu a'lam...

Tuesday, March 30, 2010

- DiaLaH -

Alhamdulillah.... Masih sempat lagi aku melepaskan rindu aku kepada si dia. Walaupun sekejap sahaja tidak bersua, tidak berbual namun, Alhamdulillah, si dia tetap setia menunggu aku. Sukar untuk aku lepaskan si dia ini kerana kesetiaannya.

Usai solah, aku cepat-cepat pergi kepadanya bertanya khabar. Alhamdulillah, si dia masih seperti biasa. Tak pernah berubah. Senyumanku turut terukir di bibir. Dia turut tersenyum simpul. Jarak masa setengah jam itu, aku cuba mengisi ruang masa itu dengan sepenuhnya dan sebaik mungkin agar dia tidak jemu berbual dengan aku.

Aku cuba juga mengalunkan dengan nyanyian semerdu mungkin agar si dia tidak sedih lagi. Mungkin kerana masa siangku telah aku korban untuk kerjaku (praktikal). Jangan bersedih sayang, aku sentiasa rindu padamu. Sentiasa aku ingin berbicara baik denganmu walaupun sekejap. Tetapi, maafkan aku kerana kadang kala kamu tidak aku ingati seketika. Sibuknya aku dengan kerjaku sehingga lupa pada si dia. Begitu layananku padanya.

Namun, kesetiaannya tetap utuh untuk aku. Aku semakin menyayanginya. Harap aku pun tidak pernah rasa jemu setiap kali aku menatap wajahnya, setiap kali aku berbual dengannya dan setiap kali aku berlagu untuknya. Ya Allah, janganlah Engkau menarik rasa suka aku padanya kerana dialah aku seperti sekarang. Hanya Engkau jualah Maha Mengetahui apa yang kucuba sampaikan. Aku mohon jangan Engkau campakkan rasa jemu dan bosan kepada aku terhadap si dia. Perkenankanlah doaku ini Ya Allah.... Amiinn....

Entah....Masih adakah hari esok untuk kita bersua?

Wallahu a'lam

Monday, March 22, 2010

- TiKa DiNiHaRi -

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yang hening
Melainkan dengan bermunajat kepadaMu
Tiada indah suatu hari yang aku lalui
Kecuali dengan patuh kepadaMu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
Melainkan berzikir dan menyebut namaMu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
Kecuali dengan keampunanMu

Ya Allah Tuhanku
Yang merubah kalbu
Tetapkanlah Hatiku
Moga sentiasa dalam AgamaMu
Jua taat akan perintahMu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah Kau berikan
kepada umat yang terdahulu dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah dosa-dosa
Rahmatilah kami

Ya Allah...

By: Devotees


Thursday, March 11, 2010

- PeRcaYa DaN YaKiN -

Telah dikhabarkan kepada aku akan sebuah cerita...

Seorang pemanah yang cekap dan 'terer' dalam memanah mengakui bahawa dia adalah seorang pemanah yang dapat memanah tepat pada sasarannya. Datang seorang pemuda yang tidak percaya dan tidak yakin lalu meminta dia membuktikan kata-katanya itu.

Pemanah tersebut meminta seseorang menjadi pembantunya. Kemudian dia meletak sebiji buah tembikai di atas kepala pembantunya dan si pemanah tersebut berundur untuk mengambil jarak. Kemudian pemanah tersebut memanah dan anak panahnya berjaya menembusi buah tembikai tersebut.

Si pemuda itu tadi tidak puas hati dan tidak percaya bahawa si pemanah tersebut dapat memanah tepat pada sasarannya. Pemuda itu berkata, "Alah, dekat ja tu. Bukan jauh mana pon. Aku pon boleh buat". Mendengar kata-kata ketidakpuasan pemuda itu, pemanah tersebut meletakkan sebiji epal di atas kepala pembantunya dan meminta pembantunya berundur jauh ke belakang. Jarak kedua ini lebih jauh dari yang pertama.

Kemudian, si pemanah tersebut memanah dan kena tepat pada buah epal tersebut. Pemuda itu berasa tidak puas hati lagi dan tidak percaya. Si pemanah meletakkan pula sebiji buah limau nipis dan meminta pembantunya berada sejauh mungkin. Si pemanah tersebut melakukan panahannya. Anak panah tersebut sekali lagi berjaya kena tepat pada limau nipis tersebut.

Kali ini, pemuda itu percaya bahawa si pemanah itu merupakan pemanah yang cekap dan tepat pada sasarannya. Mendengar kata pemuda tersebut, si pemanah dengan senang hati memintanya menjadi pembantu untuk membuat pertunjukkan di hadapan khalayak. Terus pemuda tersebut gugup dan menggigil ketika buah epal diletakkan di atas kepalanya. Kerana apa? Kerana pemuda tersebut hanya percaya akan kehebatan pemanah tersebut tetapi dia tidak yakin akan kehebatan pemanah itu. Jika kita adalah pemuda tersebut, tidak kiralah lelaki atau perempuan, bagaimana pula halnya?

Itulah Iman

Begitulah perihalnya dengan iman. Iman itu bukanlah setakat percaya, bahkan iman itu merangkumi dua perkara yakni percaya dan yakin. Yakin di sini adalah yakin yang sebenar-benarnya. Bukannya dengan 50-50, 70-30, 90-10, 99-1 kadarnya. Tetapi dengan 100% itulah yakin. Jika masih belum sampai 100% yakin, maka masih ada sedikit rasa syak dalam diri dan hati seseorang terhadap agamanya yakni Islam.

Ayuhlah, koreksi diri kembali. Bagaimana rupa iman kita? Serupakah iman kita dengan iman pemuda itu? 50-50? 70-30? 90-10? 99-1? Tanyalah diri sendiri. Tepuk dada tanya hati.

Wallahu a'lam...

Monday, February 15, 2010

- LemBaRaN BaRu -

Assalamu'alaikum...

Kututup sudah lembaran semalam

Menanti hari ini untuk aku memulakan kembali lembaran yang baru.

Saat tangan menadah doa

Saat hati meminta yang diperlukan dan yang diharapkan

Mengharapkan moga didamaikan, ditenangkan resahnya

Dalam mencari apa yang tak pasti, tetapi mempunyai matlamat yang pasti

Dengan lembaran baru ini

Moga aku beristiqamah, bersabar

Mujahadahku untuk melawan nafsuku

Rebahan hina di atas bumiMu Ya Allah,

Aku pohon dikurniakan kelembutan hati

Dari membiarkan hati keras dan legam

Pimpin aku Ya Allah dengan lembaran baruku

Aku mohon sangat-sangat.....


Saturday, January 30, 2010

- UnTuK MaK daN AbaH -

Assalamu'alaikum...


Sepatutnya semalam aku posting artikel ni. Tapi terpaksa tunda ke hari ini. Minta maaf ya.

Pada 29 Januari 1987 Tahun Masihi bersamaan 29 Jamadil akhir 1407 Tahun Hijriah, dua insan sudah pun selamat disatukan dan diijabkabulkan. Berkat dan kuasa ketentuan Allah 'azza wa jalla, mereka dikurniakan 8 orang cahaya mata yang nakal-nakal belaka. 4 lelaki dan 4 perempuan. Mereka ialah mak abah aku, Puan Jelipah binti Ismail dan Encik Ahmad Nizar bin Abd Hamid.

Pada 29 Januari 2010 ini, genaplah usia pernikahan mak dan abah aku yang ke-23. Selamat Ulangtahun Pernikahan Yang ke-23 buat mak dan abah.Ikut tahun hijrah baru 23 tahun lebih. Buat sambutan 2 kali boleh kot. Hehe... 1 kali dalam tahun Masihi dan 1 kali dalam tahun Hijrah. Amacam? Bagus tak idea aku nih? Ahaksss...

Berikutan sejarah bagaimana mak dan abah aku disatukan dan diijabkabulkan, yang aku hanya tahu, mereka berdua disatukan mengikut pilihan keluarga masing-masing. Betul tak, mak abah? Mak dan abah aku tak kenal antara satu sama lain sebelum itu. Aduss... Betoi ka cerita aku nih?? Kang buat tokok tambah pulak... Harap-harap diperbetulkan na, mak, abah. Chek tak tau sangat.

Mak sudah berumur hampir 48 tahun manakala abah berumur hampir 51 tahun. Sehingga ke hari ini, masih bahagia dan gembira aku tengok mak dan abah aku. Aku lagi la tumpang gembira sampai nak tergolek-golek. Aku begitu bersyukur sangat kerana dilahirkan ke dunia dalam keluarga yang serba lengkap ini. Penat mak abah aku melayan karenah kami 8 beradik nih. Apatah lagi waktu zaman kecik-kecik dulu. Riuh rendah rumah dibuat dek kami 8 beradik nih. Namun, kesabaran dan didikan mak abah akulah yang memberi peluang kepada kami berjaya dalam pelajaran masing-masing.

Buat mak dan abah...

aku doakan semoga mak abah dikurniakan kebahagiaan hingga ke-syurga Allah. Dimurahkan rezeki sepanjang hayat mak abah. Diperkukuhkan iman dan taqwa di hati mak abah. Dikurniakan kesabaran yang tinggi dalam menangani karenah kami 8 beradik. Dimakbulkan harapan dan cita-cita mak abah. Ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh dan bertaqwa.

Mak, Abah...

Terima kasih kerana menjaga kami dengan baik sejak kami kecil. Terima kasih kerana sabar dengan segala karenah kenakalan dan perangai kami sebelum ini. Terima kasih kerana meencukupkan keperluan kami 8 beradik. Terima kasih kerana menegur dan memarahi kami. Terima kasih atas pengorbanan dan jasa yang telah mak dan abah curahkan kepada kami. Terima kasih kerana mendidik kami dengan ilmu keduniaan dan ilmu agama. Terima kasih daripada kami atas segalanya.

Mak, Abah...

Maafkan abang jika pernah menyakiti dan membuat hatimu terguris. Maafkan abang yang pernah nakal sewaktu abang kecil dahulu. Maafkan abang jika tidak dapat memenuhi harapan dan cita-cita mak dan abah. Maafkan abang juga yang pernah melakukan dosa yang entah diampunkan atau tidak. Maafkanlah kesalahan dan kesilapan adik-adik abang andaikan mereka membuat mak dan abah kecil hati dan marah.

Abang cuma pinta satu doa daripada mak dan abah... Doakanlah kami semua menjadi anak-anak yang soleh dan taat pada perintah Allah dan Rasul-Nya serta patuh pada ibu dan ayah. Sesungguhnya di hati kami ada mak dan abah selepas Allah dan Rasul-Nya.


Hensem tak abah aku? Cantik tak mak aku? Jangan jeles. Haha...


Raya 2005... Aku di'sensored'. Haha...


p/s: Puas cari gambar nikah mak dan abah, tapi tak jumpa. Ini sahaja yang dapat disapu. Hehe...

Wallahu a'lam...

Wednesday, January 27, 2010

- NasYiD oN StaGe -

Pengalaman lepas mengimbau kembali dalam fikiran aku. Kenangan indah ketika itu banyak mendatangkan semangat dan sering kali ukiran senyuman terhias di riak wajah aku. Apabila aku terima lagu daripada sepupu aku, nyanyian dia sendiri, teringat pula pada rakan-rakan aku yang senasyid dengan aku di bangku sekolah dan universiti.


Pertama kali aku memasuki kumpulan nasyid semasa di sekolah rendah. Aku tidak tahu apa-apa pon tentang nyanyian. Pertama kali juga aku meminati nasyid tika mana aku mendengar lagu Puji-pujian nyanyian Raihan. Sungguh teruja waktu itu aku menyanyikannya setiap kali aku mendengar lagu tersebut. Abah pula seakan-akan tahu aku meminati kumpulan Raihan, jadi dia membelikan album Raihan yang pertama untuk aku dalam bentuk kaset. Seronok waktu tu.

Pertama kali juga aku belajar suara semasa di bangku sekolah menengah. Aku belajar daripada kawan-kawan aku kebanyakannya. Waktu itu, cara nak mengawal suara, nak buat pecahan suara, memang tak tahu langsung. Aku belajar sedikit demi sedikit. Apabila masuk matrikulasi, aku berhenti sekejap dari dunia tersebut. Selepas melangkah ke universiti, aku menyertai semula nasyid. Lebih banyak yang aku pelajari pada masa itu. 1st voice, 2nd voice, lower and upper, 3 voice, suara latar, suara flat, dan sebagainya. Aku pegang 2nd voice lower dan suara latar masa tu. Pergi ke mana pun, kerja aku asyik menyanyi sahaja. Aku menyanyi tak kira tempat dan masa.

Namun, sekarang aku sudah tidak lagi aktif dalam bidang nasyid. Aku melakukan lebih banyak mendengar nasyid daripada bernasyid. Apabila dapat tahu sepupu aku aktif dalam bernasyid ni, semangat itu seakan-akan mula bangkit. Kenangan yang dahulu samar-samar dalam ingatan, teringat jelas semula. Mana taknya, seronok waktu itu.

Apa-apa pun, pada rakan-rakan yang senasyid dengan aku sebelum ini, semoga berjaya dalam seni nasyid. Kepada sepupu aku, aku menyokong ang dari belakang sekali. Hehe... Teruskan usaha...(Dah menang tu, bila nak buat album haa???)


Rakan-rakan Senasyid

p/s: Kalau ada masa, aku upload nasyidnya... Tungguu.......

Wallahu a'lam...

Monday, January 18, 2010

- BiaRLaH aKu TeTaP AkU -

Jasad merupakan satu anugerah Allah yang tidak ternilai. Tanpa jasad, siapalah kita. Jasad juga merupakan suatu medium penghubung roh dengan roh lain di dunia ini. Tanpa jasad, tidaklah dipanggil manusia. Nama lain mungkin. Tanpa jasad juga, tidaklah kita dapat melakukan rutin harian kita seperti sekarang.

Biarlah aku tetap aku. Mencari erti redha yang sebenar. Mendambakan cinta daripada Yang Esa. Mendambakan kasih Yang Maha Kuasa. Betapa kerdilnya diri ini bila menghadapMu nanti Ya Rabb. Menyusuri jalan duniawi untuk menuju destinasi akhir ukhrawi. Mencari cinta sejati dalam menghadapi dugaan dan ujianMu Ya Allah. Sesungguhnya Engkau tidak akan membebani hambaMu dengan ujian yang di luar kemampuan mereka. Sesungguhnya Engkau sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar dalam hatinya.

Biarlah aku tetap aku. Yang meminjam satu jasad buat sementara waktu. Akan memulangkan segalanya selepas tiba waktunya. Akan berpisah setelah sampai masanya. Yang semakin hampir dengan saat kematiannya. Yang semakin jauh dengan kenangan dan kisah kecilnya. Berlalu pergi masa dahulu, akan datang masa kemudian. Ya Allah, aku mohon kesempatan untuk aku mencukupkan apa yang kurang dalam bekalan yang akan dibawa ke sana.

Biarlah aku tetap aku. Yang sentiasa mahukan kecemerlangan dan kejayaan. Aku yang menggembirakan diri sendiri sedangkan orang lain sakit hati. Aku yang ketawa sendirian sedangkan orang lain muram bersedihan. Aku yang dok sengeh seorang diri sedangkan orang lain dah kerut dahi. Menyimpan apa yang orang lain tidak tahu dalam seketul hati ini. Hanya Allah sahaja yang tahu beratnya hati ini menyimpan segala yang terpendam. Minta maaf atas segalanya....

Ya Allah... moga diluahkan apa yang terpendam, moga disisihkan apa yang tersisa dalam hati gelap ini....

Wallahu a'lam....

Saturday, January 09, 2010

- SeLaMaT HaRi TuA -

Assalamu'alaikum...


Memandangkan ada masa lapang dan waktu cuti aku hari ini, di sini aku mahu mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada sesiapa yang terasa dia lahir pada tarkih ini, 09/01.

Aku doakan semoga Allah merahmati dan memberkati hidupnya. Berusahalah untuk menjadi hamba yang beriman dan bertaqwa dalam meneruskan hidup di dunia fana ini. Ingatlah, bahawa hidup ini hanyalah landasan menuju ke akhirat. Matlamat sebenar adalah akhirat sana yan kekal abadi. Jadikanlah Matlamat hidup kita di dunia ini untuk mendapatkan tempat yang abadi di akhirat sana kelak, yakni syurga. Semoga Allah mengurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian dan dugaan hidup, apatah lagi dunia di akhir zaman ini.

Hidup hanyalah singkat,
Matlamat sebenar adalah akhirat,
Terus mengejar menambah berkat,
Moga di sana kita selamat.

Ingat ya,

Hidup ini amanah Tuhan,
Buat kita teruskan perjalanan,
Beristiqamah dalam amalan,
Moga hidup diredhai Tuhan.



Ahakkss....


Kek sapa entah aku tibai.... Hehe...


Nih... Cendawan goreng untuk yang nak... Haha...


P/s: Buat yang lahir pada tarikh ini, aku mengucapkan Selamat Hari Tua.... Hehe... Jangan Marah....

Wallahu a'lam....

Sunday, January 03, 2010

- KaLiMaTuLLaH -

Assalamu'alaikum...

Sudah masuk tahun baru masihi 2010 daa... Sesi persekolahan telah pun bermula kelmarin. Adik-adik aku sudah pun kembali ke asrama. Tinggallah kami berlima sekeluarga (abah, mak, aku dan 2 orang adik aku) di rumah. Jika sebelum ini, kerja rumah hampir semuanya dibereskan oleh adik-adik aku, kini aku pula yang kena pikul kerja rumah. Ahakkss... Tidak kisah la asalkan semuanya dapat dibereskan.

Akan datang, mungkin setiap pagi Ahad, aku akan keseorangan di rumah sehinggalah ke petang. Biasalah, masing-masing dengan urusan sendiri. Mak dan Abah aku bekerja dan 2 orang adik aku pula bersekolah. Aku? Buat kerja sendiri la. Kalau rajin, buat cara rajin. Kalau malas, memang malas sungguh. Hehe...

Rentetan dengan isu baru yakni penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald-The Catholic Weekly yang telah pun dibenarkan oleh mahkamah, hal demikian telah pun membangkitkan kemarahan di kalangan umat Islam di Malaysia. Aku fikir isu ini telah pun diselesaikan dan tidak dibangkitkan lagi, rupa-rupanya masih ada. Tak pun, aku yang ketinggalan zaman dan baru tahu tentang isu ini. Aduss.....

Ramai pihak telah 'bangkit' untuk membantah keputusan mahkamah tersebut dan ramai pula yang menyokongnya. Di sini, aku baru nampak kesatuan dan perpaduan umat Islam itu. Syabas buat yang sedar. Buat yang tak sedar dan buat-buat tak sedar, bila lagi anda nak bangun dari tidur duniawi? Takkanlah nak mengikut terus arus mimpi dunia fana ini secara buta tuli? Bangkitlah dari mimpi kamu wahai yang mengaku dirinya Islam.

Bukanlah maksud aku untuk meminta menimbulkan huru-hara, membuat demonstrasi di jalanan, menyerang gereja-gereja di Malaysia ini, hatta apa sekali pun yang menimbulkan kerosakan di atas muka bumi Allah ini. Tetapi, tidakkah kita rasa tercabar akan perbuatan mereka itu walaupun sedikit? Fikir-fikirkanlah...

Kata daripada seorang sahabat, "Allah sebagai Tuhan sebenar semua manusia memang benar, tetapi mengatakan Allah sebagai Tuhan sembahan semua agama ternyata jauh menyimpang"

Mohon jika ada salah silap, harap ditegur...

Wallahu a'lam....

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP