Tuesday, August 10, 2010

- Marhaban Ya Ramadhan, Ya Sohabul Karim -

Assalamu'alaikum...

Sempena  bulan Ramadhan pada tahun ini, aku ingin sekali memohon ampun dan maaf atas terlanjur kata dan bicara, terkasar tingkah laku dan tidak dapat memenuhi permintaan buat sahabat-sahabat sekalian. Sesungguhnya kalian jualah peneman dan penyeri dunia hamba ini. Tanpa kalian dunia hamba sepi dan tiada serinya hidup dalam keseorangan. Teringat dalam satu mesej yang ada menyatakan bahawa,

Ukhuwah itu terbina atas ranting kejujuran,
Bertunjangkan mahabbah fillah,
Lalu membuahkan kemanisan ikatan,

Jika terpesong...
Maka patahlah ranting, reputlah akar,
Lalu rosaklah buah,

Teman bukanlah yang semestinya sentiasa dekat jaraknya,
Tetapi sentiasa di hati dan diingati dalam setiap bisikan doanya.

Buat mak dan abah, anakmu ingin sekali memohon maaf atas kasar bahasa, terlanjur kata dan tingkah laku anakmu ini. Sesungguhnya anakmu ini ingin memberi yang terbaik buat mak dan abah. Tidak mahu bergelar anak derhaka di hadapanmu. Apatah lagi di hadapan Allah. Buat adik-adik aku yang bertebaran menuntut ilmu di tempat belajar kalian, abang di sini memohon ampun dan kemaafan atas tersalah faham, terlalu tegas dalam sesetengah perkara dan kurang membantu dari segi pelajaran. Buat dua si kecil yang masih bersekolah rendah, rajin-rajinkan la puasa tahun ini ya.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya".
Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad

SALAM MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK  =]

Wallahu a'lam....

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP