- Rumah Nak Naik Setingkat -
Assalamu'alaikum...
Lama bebenor den tak nulih ko sini ha... Bukan sibuk mana pun, hanya masuk sebagai 'invisible guest' walaupun hakikatnya aku pemilik sementara blog nih. Alhamdulillah, dalam tengah mata nak terlelap, badan tak larat, hati kata nak lena nih, sempat juga untuk aku mengarang. Hampir tiga bulan rasanya aku tinggalkan aktiviti mengarang nih.
Minggu depan dijangkakan rumah 'aku' (sebenarnya rumah mak abah aku) nak naik lagi setingkat. Jadi, lepas nih bukan rumah setingkat lagi dah. Sudah jadi rumah dua tingkat. Dek kerana aku dan adik-adik aku semakin hari semakin tua, semakin masa berlalu, semakin lanjut usia, perlulah ada bilik persendirian masing-masing. Tak gaduh dah nanti nak tidur sempit-sempit. Hasilnya, kena tunggu selepas siap rumah 'aku' tu dinaikkan.
Sepanjang beberapa hari nih, aku sering ulang-alik antara Kedah dan Perlis. Sebelah malamnya pula, aku menolong mak abah aku mengemas dan memindahkan barang masuk ke rumah sewa. Macam biasalah, letih dan penat tu sentiasa ada. Jika bukan aku, siapalah lagi yang terdekat nak membantu mak dan abah aku pindah barang. Tak mengapa pun, susah hanyalah sekejap. Alhamdulillah, ada juga dua orang adik aku yang comel tu menolong. Haha.... Bukannya tolong apa, tolong ikut pindah barang sahaja.
Ada la pula, seorang dua kawan aku nih fikir yang bukan-bukan pasal rumah 'aku' nak naik lagi setingkat nih. Weh, lambat lagi kot! Hampa dulu, baru aku laa...
Ada la pula, seorang dua kawan aku nih fikir yang bukan-bukan pasal rumah 'aku' nak naik lagi setingkat nih. Weh, lambat lagi kot! Hampa dulu, baru aku laa...
Rumah dah nak naik. Iman nih bila la nak naik-naik? Sekali-sekala tergelak juga aku seorang diri mengenang nasib begini (Ada pula gelak... Ish ish ish...). Tak jadi muhasabah, jadi muhabasah. Iman manusia setiap kali perlu diingat, dan perlu dipupuk agar tak lapuk dan sentiasa meningkat. Usah berkata, "Alah... Lumrah manusia, iman ada naik turunnya.". Diri sendiri kena berusaha agar dapat mengecapi kemanisan iman itu, insyaallah. Usaha biar sungguh, biar betul-betul. Azam sahaja belum tentu cukup.
Tak perlu mimpi menjadi nabi seperti mana munculnya 'nabi untuk umat Melayu' (siapa nama entah, aku sudah tak ingat). Buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang. Memang... Memang habaq tu mudah, nak buat tu, Allah.... Payah yang amat. Tapi, sekali dapat buat tu, hati tenang dan jiwa jadi lapang. Seperti mana rumah satu tingkat hendak ditambah satu tingkat lagi. Dengar macam mudah. Haa..... Tapi bila nak membuatnya, susah kot. Macam tu jugalah dengan iman. Nak memupuk iman itu, perlulah dengan amal ma'ruf nahi mungkar dan diselitkan di dalamnya keikhlasan. Insyaallah, manisnya itu akan dapat dirasai.
Wokeh Bos! Mata aku dah sampai amaran tahap 10 dah nih. Setakat inilah dulu karangan budak umur 10 tahun. Insyaallah, akan datang karangan budak umur 10 tahun setengah pula.
Berselawatlah ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam senantiasa. Moga kasih kita kepada Baginda mekar harum mewangi. Insyaallah...
Berselawatlah ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam senantiasa. Moga kasih kita kepada Baginda mekar harum mewangi. Insyaallah...
Wallahu a'lam...