Wednesday, May 25, 2011

- Monolog Seorang Aku -

Assalamu'alaikum...

Macam biasa, menyepikan diri dalam arena blog ini sudah jadi sebati dalam hidup aku sekarang nih. Haha... Dirasakan hendak menaip, tetapi hilang idea la pula. Otak dah tak jalan, macam ni la jadinya. Walaubagaimanapun, kalau tak berusaha, tak memaksa, tak menekan, tak jadi juga kan. Aku tidak boleh hidup dengan kaedah aku sahaja. Aku perlu hidup dengan kaedah yang berkesan. Jika kaedah aku ini berkesan, tidak la otak aku ni macam dah hilang fungsi. Kaedah sudah ada, hanya yang aku perlukan adalah usaha dan paksaan. Paksaan itu perlu dalam hidup aku. Tak memaksa, tak jadi.

Kini, aku hampir berada dalam alam pra-pekerjaan. Apa kerja aku nak cari? Apa jenis kerja aku nak buat? Yang penting di sini, sumber rezeki yang aku cari itu halal. Ya, sememangnya dalam dunia sekarang, kebanyakan  pekerjaan sudah bercampur-baur halal dan haramnya. Waduh waduh... Gawat nih. 100% halal payah dicari. Tak mengapa, jangan risau sangatlah. Selagi aku berusaha, selagi itu aku ada jalan. Aku mana tahu apa yang aku akan hadapi kemudian hari. 

Seorang guru pernah berkata pada aku, "Awak perlu berubah". Ya, aku perlu ada sifat itu sebenarnya, membuat perubahan. Semestinya yang beliau harapkan adalah perubahan yang lebih baik. Dalam hidup, perlu juga ada keberanian dan pantas dalam mencabar diri sendiri. Pengecut orang kata jika ditimpa cabaran besar, aku melarikan diri. Lari sejauh yang mungkin supaya tak dtimpa dugaan. Haha... Begitu bodoh jika aku berbuat sebegitu rupa. Hati jangan hanya pandai mengingat, mulut jangan hanya pandai berkata-kata. Tindakan aku itu yang penting. Tak buat, tak jadi bhai.

Ibu, ayah, adik, guru, kawan dan lawan, aku perlukan sokongan kalian. Tanpa kalian, tiadalah arah untuk aku teruskan perjuangan dalam hidup. Kalianlah bantuan moral dalam hidup aku ni. Jangan aku lupa pula bahawa aku ini dicipta, bukan terjadi sendiri. Jadi, bertawakkallah pada Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Kehidupan itu tiada tanpa-Nya. Berhenti dari memberi alasan, bersedia dalam menerima kritikan. Aku bukan seorang hamba jika mengalah sebelum berjuang.

Man Jadda, Wa Jada...

Wallahu a'lam...

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP