Tuesday, July 19, 2011

- Meletakkan Gambar Di Laman Sosial Bagi Wanita -

Assalamu'alaikum...

Kepada sahabat-sahabat aku sekalian, video di bawah ini menerangkan hukum gambar yang diletakkan dalam laman sosial seperti Facebook, Myspace, Twitter dan sebagainya terutamanya bagi perempuan. Nak letak gambar boleh, bukan tak boleh. Cuma bahagian mukanya tidak lebih daripada 1 sentimeter (1cm) atau seruap (betul ka ejaan aku ni?) anak jari biarpun menutup aurat. Oleh itu, Allah itu Maha Adil dalam memelihara kaum wanita melalui agama-Nya, iaitu Islam.

 
*Kredit video untuk syahirul.com

Yang demikian, nanti rujuk balik gambar yang telah dimuatnaik dalam laman sosial atau di mana sahaja tu, ukur balik, lebih atau tidak 1cm tu.

Selamat Menonton.

Wallahu a'lam...

Tuesday, July 12, 2011

- Seorang Osman -

Assalamu'alaikum...

Apa khabar sahabat-sahabat aku sekalian di luar sana? Bagaimana dengan pencarian kerja? Sudah dapat atau belum? Jika sudah dapat, alhamdulillah. Bagi yang belum, teruskan usaha kalian. Semoga mendapat kerja yang baik-baik seperti yang diimpikan.

Dahulu, waktu aku di bangku sekolah rendah, aku mempunyai seorang kawan. Ya, umurnya sebaya aku. Namun fikirannya lebih muda dari aku kerana dia dari golongan yang istimewa. Namanya, Osman. Osman bin Saidin seingat aku. Pada waktu itu, jika disebut namanya Osman, siapa yang tidak kenal dia. Dialah orang paling terkenal dan paling baik dalam sekolah pernah aku jumpa. Tiada pernah cari pasal dengan orang lain. Jika benar, dia berkata benar. Berbohong pon tidak tahu. Tidak pernah kenakan orang tetapi selalu dikenakan orang. Semua kawan aku baik dengannya. Semua cikgu di sekolah baik terhadapnya. Sehinggakan mak aku pun baik sangat terhadapnya. Wah, cemburunya aku waktu itu. Biasalah, anak kecil.

Ayahnya seorang ustaz yang menjadi Pengetua pada sesi pengajian agama waktu petang di sekolah. Biarpun mempunyai anak sedemikian rupa, beliau tetap menjalankan tanggungjawab seorang ayah yang mithali. Tiada siapa seteru atau memandang hina padanya kerana mempunyai anak sedemikian. Malah, beliau dihormati sebagai seorang ustaz di situ. Bisakah kita menjadi ayah sepertinya jika kita mempunyai anak seperti Osman? Fikir-fikirkan...

Osman dilihat sebagai seorang yang periang tetapi sensitif. Jika berjenaka dengannya, dia gembira. Jika diusik sikitpun, mudah menangis. Osman tidak pandai menulis. Membaca pun tidak lancar. Bercakap pun tidak petah. Aku melihat susah hidup sepertinya. Ya, sudah menjadi ketentuan Allah terhadapnya begitu. Ada hikmah dan pengajaran besar buat orang di sekelilingnya. Setibanya Peperiksaan UPSR, dia tidak turut bersama. Mungkin, kembara persekolahannya sampai di situ. Entah, aku pun tidak tahu.

Bagaimana keadaannya sekarang? Aku mula teringatkan dia. Yalah, sahabat istimewa pernah aku jumpa. Hanya seorang itu sahaja yang istimewa kerana kelahirannya di dunia istimewa. Entah dapat bertemu lagi atau tidak antara aku dan Osman. Semoga Allah memelihara Osman walau di mana jua dia berada. Allah jua Maha Mengetahui. Aku mendoakan yang terbaik untuknya. 

INGAT!!!

Bersyukurlah kerana kita mempunyai hidup yang lebih baik daripada Osman. Jangan sesekali memandang hina dan memaki hamun terhadap orang seperti Osman. Mereka berhak mempunyai kehidupan yang baik seperti kita. Ingat itu!

Wallahu a'lam...

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP