Tuesday, March 30, 2010

- DiaLaH -

Alhamdulillah.... Masih sempat lagi aku melepaskan rindu aku kepada si dia. Walaupun sekejap sahaja tidak bersua, tidak berbual namun, Alhamdulillah, si dia tetap setia menunggu aku. Sukar untuk aku lepaskan si dia ini kerana kesetiaannya.

Usai solah, aku cepat-cepat pergi kepadanya bertanya khabar. Alhamdulillah, si dia masih seperti biasa. Tak pernah berubah. Senyumanku turut terukir di bibir. Dia turut tersenyum simpul. Jarak masa setengah jam itu, aku cuba mengisi ruang masa itu dengan sepenuhnya dan sebaik mungkin agar dia tidak jemu berbual dengan aku.

Aku cuba juga mengalunkan dengan nyanyian semerdu mungkin agar si dia tidak sedih lagi. Mungkin kerana masa siangku telah aku korban untuk kerjaku (praktikal). Jangan bersedih sayang, aku sentiasa rindu padamu. Sentiasa aku ingin berbicara baik denganmu walaupun sekejap. Tetapi, maafkan aku kerana kadang kala kamu tidak aku ingati seketika. Sibuknya aku dengan kerjaku sehingga lupa pada si dia. Begitu layananku padanya.

Namun, kesetiaannya tetap utuh untuk aku. Aku semakin menyayanginya. Harap aku pun tidak pernah rasa jemu setiap kali aku menatap wajahnya, setiap kali aku berbual dengannya dan setiap kali aku berlagu untuknya. Ya Allah, janganlah Engkau menarik rasa suka aku padanya kerana dialah aku seperti sekarang. Hanya Engkau jualah Maha Mengetahui apa yang kucuba sampaikan. Aku mohon jangan Engkau campakkan rasa jemu dan bosan kepada aku terhadap si dia. Perkenankanlah doaku ini Ya Allah.... Amiinn....

Entah....Masih adakah hari esok untuk kita bersua?

Wallahu a'lam

Monday, March 22, 2010

- TiKa DiNiHaRi -

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yang hening
Melainkan dengan bermunajat kepadaMu
Tiada indah suatu hari yang aku lalui
Kecuali dengan patuh kepadaMu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
Melainkan berzikir dan menyebut namaMu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
Kecuali dengan keampunanMu

Ya Allah Tuhanku
Yang merubah kalbu
Tetapkanlah Hatiku
Moga sentiasa dalam AgamaMu
Jua taat akan perintahMu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah Kau berikan
kepada umat yang terdahulu dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah dosa-dosa
Rahmatilah kami

Ya Allah...

By: Devotees


Thursday, March 11, 2010

- PeRcaYa DaN YaKiN -

Telah dikhabarkan kepada aku akan sebuah cerita...

Seorang pemanah yang cekap dan 'terer' dalam memanah mengakui bahawa dia adalah seorang pemanah yang dapat memanah tepat pada sasarannya. Datang seorang pemuda yang tidak percaya dan tidak yakin lalu meminta dia membuktikan kata-katanya itu.

Pemanah tersebut meminta seseorang menjadi pembantunya. Kemudian dia meletak sebiji buah tembikai di atas kepala pembantunya dan si pemanah tersebut berundur untuk mengambil jarak. Kemudian pemanah tersebut memanah dan anak panahnya berjaya menembusi buah tembikai tersebut.

Si pemuda itu tadi tidak puas hati dan tidak percaya bahawa si pemanah tersebut dapat memanah tepat pada sasarannya. Pemuda itu berkata, "Alah, dekat ja tu. Bukan jauh mana pon. Aku pon boleh buat". Mendengar kata-kata ketidakpuasan pemuda itu, pemanah tersebut meletakkan sebiji epal di atas kepala pembantunya dan meminta pembantunya berundur jauh ke belakang. Jarak kedua ini lebih jauh dari yang pertama.

Kemudian, si pemanah tersebut memanah dan kena tepat pada buah epal tersebut. Pemuda itu berasa tidak puas hati lagi dan tidak percaya. Si pemanah meletakkan pula sebiji buah limau nipis dan meminta pembantunya berada sejauh mungkin. Si pemanah tersebut melakukan panahannya. Anak panah tersebut sekali lagi berjaya kena tepat pada limau nipis tersebut.

Kali ini, pemuda itu percaya bahawa si pemanah itu merupakan pemanah yang cekap dan tepat pada sasarannya. Mendengar kata pemuda tersebut, si pemanah dengan senang hati memintanya menjadi pembantu untuk membuat pertunjukkan di hadapan khalayak. Terus pemuda tersebut gugup dan menggigil ketika buah epal diletakkan di atas kepalanya. Kerana apa? Kerana pemuda tersebut hanya percaya akan kehebatan pemanah tersebut tetapi dia tidak yakin akan kehebatan pemanah itu. Jika kita adalah pemuda tersebut, tidak kiralah lelaki atau perempuan, bagaimana pula halnya?

Itulah Iman

Begitulah perihalnya dengan iman. Iman itu bukanlah setakat percaya, bahkan iman itu merangkumi dua perkara yakni percaya dan yakin. Yakin di sini adalah yakin yang sebenar-benarnya. Bukannya dengan 50-50, 70-30, 90-10, 99-1 kadarnya. Tetapi dengan 100% itulah yakin. Jika masih belum sampai 100% yakin, maka masih ada sedikit rasa syak dalam diri dan hati seseorang terhadap agamanya yakni Islam.

Ayuhlah, koreksi diri kembali. Bagaimana rupa iman kita? Serupakah iman kita dengan iman pemuda itu? 50-50? 70-30? 90-10? 99-1? Tanyalah diri sendiri. Tepuk dada tanya hati.

Wallahu a'lam...

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP