- Pesan Buat Adik -
Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Aku dan keluarga aku selamat pergi dan selamat pulang dari Kedah ke Kuala Lumpur dan dari Kuala Lumpur ke Kedah. Kali terakhir ke sana, hantar adik aku, Nafis ke Matrikulasi untuk pendaftarannya. Dan kali ini, adik aku, Nabil pula yang telah menjejakkan kakinya di bumi universiti.
Alhamdulillah, walaupun agak bosan juga menunggu masa untuk pendaftaran asramanya, segalanya berjalan lancar. Mahallah Salahuddin. Itulah nama bagi asrama yang diduduki olehnya. Kelihatan baru dan masih belum diduduki. Namun, tempatnya jauh dari kawasan dewan kuliah. Barangkali, memerlukan masa lebih kurang 15 minit untuk berjalan kaki ke sana.