- Pesan Buat Adik -
Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Aku dan keluarga aku selamat pergi dan selamat pulang dari Kedah ke Kuala Lumpur dan dari Kuala Lumpur ke Kedah. Kali terakhir ke sana, hantar adik aku, Nafis ke Matrikulasi untuk pendaftarannya. Dan kali ini, adik aku, Nabil pula yang telah menjejakkan kakinya di bumi universiti.
Alhamdulillah, walaupun agak bosan juga menunggu masa untuk pendaftaran asramanya, segalanya berjalan lancar. Mahallah Salahuddin. Itulah nama bagi asrama yang diduduki olehnya. Kelihatan baru dan masih belum diduduki. Namun, tempatnya jauh dari kawasan dewan kuliah. Barangkali, memerlukan masa lebih kurang 15 minit untuk berjalan kaki ke sana.
Nabil (Baju biru) dan Nasyirah (Si kecil)
Pesan buat adik, aku akan selalu mendoakan kejayaan kamu. Rajin-rajinlah dalam menuntut ilmu, fardhu 'ain mahupun fardhu kifayah. Selamat menjadi penuntut universiti. Dalam genggaman tangan kamu itu ada harapan mak dan abah. Mereka inginkan yang terbaik daripada kamu. Pegang baik-baik sehingga kamu menggenggam satu kejayaan.
Ikat baik-baik dalam hati kamu, hubungan kamu dengan Allah, dengan makhlukNya dan dengan sekeliling kamu. Insyaallah, mudah bagi kamu memperolehi ilmu.
"Be The Best Than Your Brother"
Buat PakSu Hatta yang berada di IJN, semoga dapat menjalani pembedahan dengan baik dan segera sembuh hendaknya. Amiinnn...
Selepas melawat PakSu Hatta di IJN
Wallahu a'lam...
2 orang tertinggal pesanan:
mahalah salahudin?kawan sy kat citu..huhu
eh. kawan anda itu lelakikah? haha...
Post a Comment