- Erti Syukur -
Lirik lagu yang bisa membuat hatiku terasa betapa tak bersyukurnya aku. Maka siapa aku untuk menjadi manusia tak bersyukur? Allah.... Aku benar-benar terasa kurangnya syukurku pada-Mu. Ampunilah aku. Bisakah aku diberi peluang untuk menjadi manusia yang bersyukur?
Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi
Tuhan Maha Pemurah
Tak kan terbalas
Walaupun sebesar zarah
Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan
Lepas dari pandangan
Bila hilang barulah dikesalkan
Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku terlupa
Adakala aku leka
Aku hilang
Keranaku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa
NikmatMu datang tiada jemu
Bila terhimpit
Mulalah mencari dan menyebut namaMu
Baru nak merasai
Makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu
Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan
Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman
Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba
Bukan diminta sebaliknya
Allah Maha Mengetahui
Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tandaku nilai rahmatMu Tuhan
Aku bersyukur ya Allah
Segala pemberianMu padaku
Seluas lautan pun
Bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi
Tuhan Maha Pemurah
Bukan milikku
Pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah
Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa
Nyanyian: UNIC
Album: Satu Tekad
p/s: Lagunya tak dapat dimuatnaikkan dek kerana talian internet yang tidak mengizinkan. Maaf. Bagi yang mengetahui lagu ini, dipersilakan mendengar serta menghayatinya.
Wallahu a'lam...
3 orang tertinggal pesanan:
say...thank you Allah..alhamdulillah..bak kata raihan..;)
Manusia mudah lupa akan ucapan semudah itu. Kerana ambil ringan, menyebabkan perkara berat berlaku. Menjadi manusia yang TAK bersyukur, lagi membanyakkan KUFUR.
Post a Comment