Monday, November 01, 2010

- Ada Apa Dengan 'Background'? -

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani...

Aku mulakan 'post' nih dengan berfikir. Pernah orang bertanya kepada aku kenapa latar belakang blog aku bersumberkan kartun. Macam budak-budak. Aku pun mula nak tergelak seorang diri. Ada sebabnya aku meletakkan latar belakang blog aku ini berlatarkan gambar Anime Gundam. Sebabnya senang, kerana aku minat.

Pasti aku diketawakan selepas itu. Kiranya aku membawa pembuktian bahawa aku ini seorang yang tidak matang. Nak buat macam mana lagi kalau sudah minat aku begitu. Tak dapat nak diubah. Jika ya dapat berubah pun, tak semudah dan sekejap yang disangka. Mungkin jangkamasa yang diambil agak lama. 10 tahun, atau 20 tahun mungkin.

Jadi, persoalannya, apakah aku ini perlu mengubahnya? Apakah tema yang sesuai untuk blog aku ini? Fikir-fikirkanlah...

Wallahu a'lam...

4 orang tertinggal pesanan:

junaidiahmad Sunday, November 21, 2010 12:23:00 AM  

theme pirates of carribean lak.hehe~

AhmadNizamuddin Sunday, November 21, 2010 12:31:00 AM  

bagus jugak... tapi aku tak dak la gambar p.o.c tu... haha...

-Nur- Thursday, November 25, 2010 1:58:00 AM  

kalau gambar kartun,maka saya membayangkan anak buah saya yang enam tahun:P

asf Wednesday, February 16, 2011 4:12:00 PM  

meme dok mate ni....hahaha

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP