- Ispirazione -
Assalamu'alaikum...
Sebelum melelapkan mata yang serba tak mengantuk nih, aku selaku diri aku sendiri nak mengarut di sini sebentar. Biasalah, sejak menghidapi insomnia ni, aku cukup payah nak tidur. Haha... Biarkan...
Setiap manusia mempunyai cita-cita atau impian masing-masing bukan? Soalnya, aku bukan mahu membicarakan tentang impian atau cita-cita. Tetapi penyebab yang menggerakkan diri kita untuk mencapai cita-cita tersebut, iaitu inspirasi, atau dalam bahasa Inggerisnya 'inspiration', atau dalam bahasa Italinya, 'ispirazione' (sumber google).
Inspirasi boleh aku katakan sebagai pemangkin atau pembakar semangat ataupun pengaruh terhadap seseorang dalam mencapai sesuatu. Setiap manusia haruslah mempunyai sumber inspirasi. Jika tidak, seseorang itu tidak akan mencapai cita-citanya sendiri. Jadi, apakah sumber inspirasi buat kalian dalam hidup kalian?
Inspirasi boleh jadi sesuatu benda, perkara ataupun seseorang. Haiwan boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi kot? Hmmm... Terpulang. Kita yang menentukan sumber inspirasi kita sendiri. Tiada paksaan mahupun batasan.
Kadang kala kita menjadi lemah dan tak bermaya ataupun bahasa senangnya, malas dek kerana tiada inspirasi yang betul-betul memangkin diri kita. Dalam kehidupan yang penuh tipu daya nih, apatah lagi hanyalah sementara, ada saja halangan dan dugaan mendatang. Oleh itu, isilah jiwa kita dengan kesabaran. Insyaallah, selagi kita berusaha, Allah akan membantu. Kepada Allah jua kita sembah dan kepadaNya jualah kita mohon pertolongan.
Wokeh, sudah sampai waktu untuk aku tidur. Karutanku sampai di sini sahaja.
Sekian,
Wallahu a'lam
0 orang tertinggal pesanan:
Post a Comment