Thursday, November 20, 2008

-Di kaLa boSaN-

-Bismillahir rahmanir rahim-

Lama benar tidak merungkai kata-kata dalam blog nih. Sebabnya? Baru habis tekanan peperiksaan akhir semester 3 untuk sidang 2008/2009. Hanya sempat menghantar satu 'post' sahaja dalam minggu tekanan peperiksaan. Itu pun artikel yang aku sempat ambil dari sumber luar, iluvislam.com buat tatapan tambahan 'ilmu Allah di dada pembaca.

Alhamdulillah, berakhirnya 5 kertas subjek kejuruteraan mekatronik, maka berakhirnya 'study pressure' bagi semester ini. Nanti, ada lagi buat semester berikutnya untuk tahun hadapan pula. Tiba masanya untuk aku menuntut 'ilmu-'ilmu Allah yang lainnya bagi pengisian rohani yang sudah lama mendambakannya. Tiba masanya juga untuk jasmani kembali sedia kala dalam bersahaja dan istirehat.

Hmm... Rasa bosan juga jikalau tidak ada kerja nak buat. Tapi, menaip pun salah satu kerja juga. Menaip apa yang perlu dan membuang apa yang tak perlu.

"Eh, perlu ke aku menaip?",

"Perlu, perlu."

Dalam duduk bersahaja sekarang ini, lebih suka aku berfikir. Berfikir tentang masa depan. Berfikir tentang 'alam. Berfikir tentang diri sendiri. Berfikir dalam ketiduran. Banyak juga yang aku sedang fikirkan. Sampai nak gugur rambut nih tapi tak gugur lagi pun. Alhamdulillah. Segala pujian bagi Allah yang Maha Menciptakan segala yang dikehendakiNya.

Berfikir tentang masa depan banyak juga mengajar erti hidup. Apa yang dilakukan sekarang dan apa yang perlu dibuat kemudian. Sekarang tengah belajar. Mempelajari bagaimana hendak menjadi seorang insan sebetulnya insan, seorang manusia yang sebenarnya manusia. Dalam saat kesukaran mahupun kesenangan, kita perlu seringkali menilai diri sendiri agar kita sedar siapa kita. Jangan melihat orang yang di atas, kerna yang di atas menyebabkan kita alpa dan lupa. Lihatlah orang yang di bawah, sebab orang yang di bawah kita seringkali mengajar kita apa itu manusia.

Apabila melihat 'alam, aku berfikir, mana perginya bulan dan bintang di kala waktu siang? Mana hilangnya matahari di kala waktu malam? Rupa-rupanya, Allah telah pun mengaturkan bahawa bulan dan bintang pasangannya adalah malam dan matahari pasangannya siang. Cantik kan Allah menyusunnya dengan silih berganti, tanpa ada selisih. Subhanallah, Maha Suci Allah menjadikan 'alam ini tempat manusia mencari rahmat dan redhaMu.

Mengenai diri ini, tiada apalah sangat. Hanya seorang hamba. Seorang yang menunggu untuk kembali ke pangkuan Ilahi. Tetapi layakkah aku mendapat redhaNya tatkala aku hidup? Sempatkah aku memohon taubat pada Yang Maha Agung? Alangkah kerdilnya diri andai tiada sempat dan tiada cukup waktu bagiku peroleh apa yang diharapkan, Rahmat dan Keredhaan. Monolog aku sendirian di masa aku ingat padaNya. Bagaimana masa lupaku padaNya? Masya Allah, lalai sungguh aku.

-Ya Allah, aku mohon padaMu agar senantiasa ingat padaMu. Dan ingatkanlah aku tatkala aku lupa padaMu. Jangan biar aku hanyut dalam duniawi.-

Dalam tengah tidur pun berfikir juga? Fikir apa lagi kalau bukan mimpi yang entah apa-apa. Mainan tidur dan mainan syaitan yang sengaja nak melajakkan aku dari bangun dinihari (Subuh). Halus betul hasutannya.

Na'udzu billahi min dzalik...

Agar muhasabah diriku kembali.

Wallahu a'lam..

6 orang tertinggal pesanan:

Jolynn Sunday, November 23, 2008 1:08:00 AM  

Subhanallah! Maha suci Allah! Allahuakhbar! =D

Alam semesta ini bergerak dalam arah lawan jam. Planet-planet mengelilingi Matahari pada arah lawan jam. Planet-planet (kecuali Venus) berputar pada paksinya sendiri pada arah lawan jam. Kebanyakan molekul berputar ikut arah lawan jam.

Para jemaah haji pun mengelilingi Kaabah ikut arah lawan jam.

=D

Sungguh... Memang alam ini beribadah kepada Allah dengan caranya sendiri.

AhmadNizamuddin Monday, November 24, 2008 8:19:00 PM  

betul2....

Segalanya dalam perancangan Allah...

tersangat rapi dan teliti kan??

Begitulah Allah menunjukkan KeEsaanNya dalam segala penciptaanNya..

tapi sedarkah manusia akan semua itu?

hanya segelintir sahaja yg benar2 sedar....

Alhamdulillahi Robbil 'alamin...

Segala pujian bagi Allah Tuhan sekelian alam..

Jolynn Wednesday, November 26, 2008 2:03:00 AM  

Untuk pelajaran awak pula, kenalah sentiasa istiqamah. Bukan saja amalan agama yang kena istiqamah. =)

Usaha, doa dan tawakkal. Itulah kunci kejayaan, insyaAllah.

Beristiqamahlah dan kenalah disiplin. Moga-moga dipermudahkan oleh Allah.

Peringatan kepada saya juga. =D

AhmadNizamuddin Friday, November 28, 2008 9:50:00 PM  

Insyaallah...

jazakillahu khairan kathira...

moga2 dapat dipraktis dalam kehidupan kita seharian...

Amiin..

Jolynn Friday, January 23, 2009 4:30:00 AM  

Ana doakan juga. Amiin...

AhmadNizamuddin Friday, January 30, 2009 7:43:00 AM  

Makasih dong..

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP