-MaNuSia & NafSu-
Seringkali seseorang itu berharap dia akan dapat bermujahadah menentang hawa nafsunya yang sentiasa inginkan jalan yang dimungkari Allah. Tatkala dia melawan, kadangkala dia menang. Adakalanya, dia kalah dalam medan pertempuran. Sungguhpun dia tahu bahawa itu salah dan ini betul, dia tetap memilih yang salah.
Dia bertanya, "kenapa aku sering mengikut jejak nafsuku?".
Nafsu menjawab, "Kerana aku adalah sebahagian dari kau".
Itulah hakikatnya. Manusia dan hawa nafsu memang tidak dapat dipisahkan. Ibarat isi dengan kuku, malah lebih rapat lagi. Tanpa nafsu, manusia tidak dapat hidup. Nak makan, mesti dengan nafsu. Nak tidur, juga dengan nafsu. Nak bernikah, juga dengan nafsu. Nafsu itu juga kemahuan dalam diri manusia. Ibarat, hampir semuanya dengan nafsu lah.
Oleh itu, nafsu manusia perlulah didik dan diasuh agar mengikut sebagaimana yang Allah kehendaki. Ya, memang benar. Nak berjihad memerangi nafsu bukannya mudah, dan bukannya 'senang nak mampos'. Sebab itulah jihad dalam melawan nafsu adalah jihad tertinggi sekali,(betulkan saya kalau saya salah).
Manusia yang terlalu ikutkan nafsunya, akan menjadi buas dan tak pernah rasa puas. Tidak memikirkan kehendak dan larangan Allah, hanya diri sendiri sahaja yang dia pedulikan. Kerana nafsu yang serakah, dia membunuh, merompak, merogol dan menjadikan mangsanya hanya sebagai alat mainan di kala nafsu membuak. Maka nafsu menjadi raja, diri sendiri menjadi hamba. Bahkan, tidak sedar diri sendiri yang menjadi hamba. Syaitan la'natullah berasa seronok sampai melompat-lompat melihat gerak perdaya halusnya berjaya. Na'udzu billahi min dzalik.
Bagi manusia yang menjadikan nafsu sebagai hambanya, itulah manusia yang berjaya. Berjaya mengawal nafsunya. Berjaya mendidik nafsunya. Bahkan menggunakan nafsunya secara bertempat. Setiap kali berhadapan dengan ujian, dia ingat akan Allah. Dia yakin bahawa Allah menjaganya dan ujian terhadap dirinya merupakan tanda sayang Allah kepadanya. Dia tidak terikut-ikut akan amarahnya, dan tidak pula merungut akan susah yang menimpanya. Namun, dia selalu bersyukur dengan apa yang ada padanya dan apa yang dia dapat. Bahkan, dia tetap berusaha meskipun gagal, tetap bangun walaupun setiap kali jatuh. Semoga kejayaan bersamanya di dunia dan di akhirat.
wallahu a'lam.....
2 orang tertinggal pesanan:
Sekarang ni banyak manusia yang jadi hamba kepada nafsunya. Sedih ana tengok. =(
Moga2 mereka diberi hidayah untuk berubah ke kebaikan dan menuju ke jalan yang benar.
Ya, betul. Jihad yang paling besar ialah jihad nafsu.
Insyaallah...
Mudah-mudahan begitulah hendaknya...
Amiin...
Post a Comment