Friday, January 23, 2009

-HiduP tAnPa aL-QuRaN-

Hari semakin berlalu.... Tapi aku, masih dalam mimpi di sebalik mimpi. Rasanya macam ada sesuatu yang tidak kena sejak hari pertama bermula semester.

Tertinggal al-Quran merupakan kesilapan besar buatku dalam hidup. Walhal, sebelum ini, Dia sentiasa ada. Sejak ditinggalkan di rumah, makin jauh pulak aku nak ingat kepadaNya. Kerja dah siap, tapi hati masih tidak tenteram.

aL-Quran, maafkan aku kerna aku tinggalkan Kau tanpa sengaja. Aku fikir, aku boleh melalui hidup sebentar tanpa Kamu semasa aku di sini. Tapi aku silap, aku semakin melarat melupakan Kamu.

Tunggulah kepulangan aku. Aku masih memerlukan Kamu sebagai petunjuk hidupku. Sebagai cahaya hatiku. Janganlah hilang dalam sekelip pandangan hati aku. Kerana Kaulah cahaya itu.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui...

Wallahu a'lam.......

2 orang tertinggal pesanan:

Jolynn Friday, January 23, 2009 2:58:00 AM  

Al-Quran lah sahabat kita di dunia dan di akhirat. =)

Kerana Al-Quran tu love letter dari Allah. Dan itu membuktikan bahawa Allah SWT amat menyayangi kita semua. Cuma ada juga yang menzalimi Allah... =(

Seperti kaum Nasrani, Yahudi...

AhmadNizamuddin Friday, January 30, 2009 7:40:00 AM  

Betol3....

Satu love letter yang memberi jaminan hidup manusia di dunia dan di akhirat...

Telah Rasulullah Sollallohu 'alaihi wasallam meninggalkan 2 petunjuk yang mana manusia tidak akan sesat jika mengikut kedua-duanya yakni aL-Quran dan Sunnah...

Dan telah dinyatakan dalam aL-Quran juga, tentang sifat Yahudi dan Nasrani...

Oleh itu, tugas da'wah Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam disambung dari generasi ke generasi yang lain sehingga Hari Kebangkitan kelak...

wallahu a'lam....

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP