-WaRkaH bUaT DiA-
Buat Sahabat Yang Jarang Kujumpai
Warkah ditulis kerana mengenangkanmu. Sudah lama tak bersua,biarpun pada hari-hari yang telah lepas. Jangan salah sangka bahawa aku tidak suka. Jangan salah faham bahawa aku berpura-pura melupaimu. Sungguhpun tiga kali pertemuan membuahkan rasa gembira, namun aku tak pasti sama ada kita akan bertemu buat kali yang seterusnya. Semoga pertemuan kita bukanlah pertemuan terakhir.
Aku sentiasa titipkan doa buatmu agar engkau bahagia selalu, tidak berduka dan tidak berasa pilu. Jarang sungguh bertanya khabar tentangmu, kerna aku sentiasa sibuk dengan hal duniawiku. Tetapi, tidak terlintas langsung niat di hati untuk aku terus melupaimu wahai sahabat.
Warkah kutulis, untuk mengingatkan diriku dan juga dirimu. Kembalilah kita mengingati Pencipta kita, Allah. Dia telah mengurniakan pada kita apa yang kita perlu, bukanlah apa kita mahu. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Mengetahui segala yang terbaik buat kita.
Sahabat,
Tetapkan hatimu bahawa Allah tempat bergantung untukmu...
Selawat ke atas Muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam sentiasa di bibirmu...
Al-Quran sentiasa di dada sebagai petunjuk arah hidupmu...
Sunnah Rasul sebagai amalan harian kesukaanmu...
Utamakan ibubapamu lebih dari yang lain selagi tidak melanggar syariat...
Istiqamah dalam berdoa semoga doamu dimakbulkan Allah...
Sahabat,
Jika rangkai kata pesanan dariku ini buat kau sedikit terguris di hati, aku pohon seribu kemaafan. Niatku, bukan hendak memperkecilkanmu, apatah lagi menyakitkan hatimu, tetapi agar hidup kita sama-sama bertambah baik pada masa akan datang, Insyaallah.
" Andai salah, maafkan diriku. Andai silap, perbetulkan aku. Andai ada khilaf, pinta kemaafan aku hulurkan"
Ikhlas_AhmadNizamuddin

0 orang tertinggal pesanan:
Post a Comment