Saturday, October 31, 2009

- SeLamaT JawAb PeRiKsa -

Assalamu'alaikum....

Pada kesempatan ini, aku mahu ucapkan selamat menjalani peperiksaan akhir semester buat kawan-kawan aku yang se-U dengan aku dan buat kawan-kawan aku yang se-periksa dengan aku. Semoga kita bersama-sama beroleh kejayaan dalam subjek-subjek yang diambil. Tidak hanya mendapat kejayaan dalam pelajaran, tetapi mendapat kejayaan kemerdekaan diri daripada jahiliah, gejala sosial dan berubah kepada akhlak yang lebih baik, insyaallah.

Berusahalah sehabis mungkin, berdoalah seikhlas hati, bertawakkallah setelah itu. Semoga Allah membantu kita di mana sahaja kita berada, tidak hanya ketika kita dalam kesusahan, malah dalam kesenangan pun mohonlah keselamatan iman dan diri daripadaNya.

Akhir kalam, Allahummaj 'alna minan najihin wal faizin, war zuqna fahman nabiyyin, wa hifzol mursalin, wa ilhamal malaikatil muqarrabin, fi 'afiyatin ya arhamar rahimin.....

wallahu a'lam...

Tuesday, October 06, 2009

- HuKuMaN SeBaT -

Rasa marah, geram, sedih bercampur baur dalam hati. Namun,tetap ditahan kerana memikirkan ketidaksesuaian untuk melepas emosi-emosi tersebut. Bersabar sahajalah yang mampu. Itupun dipaksatahan kerana sifat dan emosi muda ini yang menggelegak. Hal demkian kerana apa? Kerana umat Islam, yakni saudara seagama sendiri yang menentang atau seakan-akan menentang hukum yang telah ditetapkan oleh Allah 'azza Wa Jalla. ya Allah, Maafkanlah mereka dan ampunkanlah mereka. Berikanlah petunjuk hidayah untuk menerangi hati mereka yang kian gelap.

Kisah hukuman sebat terhadap model Singapura, Kartika Sari Dewi Shukarno yang semakin rancak diperbincangkan dalam media elektronik mendatangkan reaksi pelbagai pihak dalam negara mahupun luar negara. Ada yang mengatakan bahawa kisah Kartika ini sebagai permulaan untuk hukum hudud dilaksanakan di Malaysia. Ada pulak yang menentang hukuman sebat ke atas model Singapura ini kerana kononnya mencabuli hak asasi manusia. Yang paling menyedihkan, di kalangan penentang itu adalah saudara seagama aku sendiri. Ada juga di kalangan mereka pemimpin yang beragama Islam. Memang amat menyedihkan tentang hal ini.

Pendapat aku mengenai hukuman sebat terhadap model Singapura tersebut memang wajar dilaksanakan. Saksi, bukti dan pengakuan daripada yang tertuduh sendiri menyebabkan dia dijatuhkan hukuman sebegitu rupa. Itulah, tuan empunya badan redha dan terima sahaja hukuman tersebut dan mahu segera dilaksanakan mengikut syari'at Islam, tetapi ada pula pihak yang langsung entah tidak ada kena mengena tampil konon-kononnya untuk membelanya. Maaf aku katakan, itu adalah satu tindakan yang amatlah menaikkan kehairanan bagi pihak yang menyokong hukuman tersebut. Ish ish ish... Hendak dikatakan kurang ilmu di dada, jawatan yang disandang adalah tinggi. Mungkin kerana kurangnya ilmu agama, dan salah faham atau buat-buat tak faham atau memang tak faham langsung yang mencampakkan diri sendiri dalam lembah kebodohan hati.

Sister In Islam, Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Malaysia (HAKAM) adalah antara pihak yang membantah hukuman sebat tersebut dijalankan dan menuntut supaya hukuman tersebut dikaji semula. Terdapat juga beberapa individu lain yang turut menentang dan seakan-akan menentang dan mahu hukuman tersebut ditukar kepada hukuman jenis tarbiyah serta menganggap bahawa hukuman tersebut tidak setimpal dengan kesalahan yang dibuat. Beginilah jadinya, jika belajar tak habis(Kalau betul belajar tak habis), dan menggunakan akal semata-mata tanpa berpandukan al-QUran dan as-Sunnah. Allah 'azza Wa Jalla telah menetapkan sesuatu yang tidak perlu manusia pandai-pandai mengubahnya dengan berpandukan akal fikiran mereka semata-mata. Jika keterangan dan pesanan orang yang pandai agama tak diikut, siapa lagi yang hendak kita ikut?

Berfikirlah dengan menggunakan akal yang berlandaskan Islam (al-Quran dan as-Sunnah). Jangan mudah pandai meletakkan ini perlu diubah, itu perlu ditukar jika diri sendiri itu tidak mengetahui nilai-nilai Islam yang sebenar. Aku akui diri ini juga masih mencari ilmu dan masih kekurangan ilmu berbanding dengan kalian. Tetapi inilah pandangan aku terhadap perkara ini. Selamatkanlah diri kita dari lembah kebinasaan. Semoga kita semua diberi petunjuk dan cahaya hidayah daripada Allahu Rabbul 'alamin... Amiinn.....

p/s: Jika terkasar atau tersilap bahasa, aku minta maaf...

wallahu a'lam...

Monday, October 05, 2009

- RinDuKu -

Rindu.... Apabila rinduku berbicara, hati pulak terasa sayu. Rindu akan orang jauh. Rindu akan abah dan mak. Rindu akan adik-adik yang kini masing-masing menuntut ilmu. Rindu akan masa lalu aku. Namun, kenangan masa lampau tak akan berulang kembali. Hidup mesti diteruskan walaupun ada yang sudah pergi menghadap Ilahi. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Al-Fatihah buat yang telah tiada.

Alhamdulillah, tok aku sudah beransur pulih dari sakitnya. Rindu juga aku padanya. Hanya sempat berjumpa dengannya pada hari raya yang kedua sahaja. Jika sebelum ini, aku singgah menziarahnya baring dengan wajah yang lesu di atas katil, kini dia dapat berjalan seperti biasa. Begitulah kuasaMu Ya Allah. Apabila Engkau berkehendakkan sesuatu, pasti berlaku.

Rinduku pada Al-Kitab yang tertutup diam dalam simpanan. Kini, Alhamdulillah...seperti biasa semula. Semakin berbicara dengannya, semakin bertambah rinduku padanya. Semoga aku diberi kekuatan untuk beristiqamah. Biarlah ia menjadi tabiat yang sukar untuk dipisahkan dari diriku.

Jadi, di mana rinduku pada Ya Rabbi? Adakah aku tidak langsung berasa untuk bertemu denganNya di sana? Memang aku merasakan untuk bertemu denganNya. Tetapi, baikkah keadaaan aku apabila pertemuan itu terjadi? atau burukkah keadaan aku di sana kelak? Kubertanya pada diri sendiri yang tidak mengetahui, siapakah aku di hadapan Tuhanku? Hambakah aku padaNya? Tak mampu diriku menjawab. Diam membisu seribu bahasa. Biarpun dipaksa-paksa, namun langsung kaku.



Ya Allah... Engkau mengurniakan keampunanMu kepada sesiapa jua yang Engkau kehendaki, dan Engkau jua murka kepada sesiapa jua yang Engkau kehendaki. Ampunkan aku Ya Rabb andai diri ini selalu alpa dan lupa tentangMu. Jauhkan aku dari segala seksaan api nerakaMu. Jangan biarkan aku terus berada dalam lembah kebinasaan. Amiiinn...

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP