Saturday, October 31, 2009

- SeLamaT JawAb PeRiKsa -

Assalamu'alaikum....

Pada kesempatan ini, aku mahu ucapkan selamat menjalani peperiksaan akhir semester buat kawan-kawan aku yang se-U dengan aku dan buat kawan-kawan aku yang se-periksa dengan aku. Semoga kita bersama-sama beroleh kejayaan dalam subjek-subjek yang diambil. Tidak hanya mendapat kejayaan dalam pelajaran, tetapi mendapat kejayaan kemerdekaan diri daripada jahiliah, gejala sosial dan berubah kepada akhlak yang lebih baik, insyaallah.

Berusahalah sehabis mungkin, berdoalah seikhlas hati, bertawakkallah setelah itu. Semoga Allah membantu kita di mana sahaja kita berada, tidak hanya ketika kita dalam kesusahan, malah dalam kesenangan pun mohonlah keselamatan iman dan diri daripadaNya.

Akhir kalam, Allahummaj 'alna minan najihin wal faizin, war zuqna fahman nabiyyin, wa hifzol mursalin, wa ilhamal malaikatil muqarrabin, fi 'afiyatin ya arhamar rahimin.....

wallahu a'lam...

3 orang tertinggal pesanan:

MomTom Sunday, November 01, 2009 1:25:00 PM  

ustaz, x paham r ayat yg last tuh

Allahummaj 'alna minan najihin wal faizin, war zuqna fahman nabiyyin, wa hifzol mursalin, wa ilhamal malaikatil muqarrabin, fi 'afiyatin ya arhamar rahimin

AsNiza Sunday, November 08, 2009 3:17:00 PM  

Salam,

Bila last paper exam? all the best ya, buat yang terbaik, moga Allah permudahkan segala urusann kamu bro ^_^

AhmadNizamuddin Monday, November 09, 2009 10:56:00 AM  

Momomalaya a.k.a Afif:-

itu doa la...

maksudnya:-

Ya Allah, Jadikanlah kami di kalangan orang-orang yang berjaya dan cemerlang, dan kurniakanlah kami fahaman para nabi dan dalam jagaan para rasul, dan ilham para malaikat, dalam kesejahteraan wahai Tuhan Yang Maha Maengasihi Lagi Maha Penyayang.

- Kalau salah, habaq na -



Kak As a.k.a MakNgah:-

wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

last exam? 18hb nih...lambat lagi maa...

insyaallah...

amiinn....

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP