Monday, October 05, 2009

- RinDuKu -

Rindu.... Apabila rinduku berbicara, hati pulak terasa sayu. Rindu akan orang jauh. Rindu akan abah dan mak. Rindu akan adik-adik yang kini masing-masing menuntut ilmu. Rindu akan masa lalu aku. Namun, kenangan masa lampau tak akan berulang kembali. Hidup mesti diteruskan walaupun ada yang sudah pergi menghadap Ilahi. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Al-Fatihah buat yang telah tiada.

Alhamdulillah, tok aku sudah beransur pulih dari sakitnya. Rindu juga aku padanya. Hanya sempat berjumpa dengannya pada hari raya yang kedua sahaja. Jika sebelum ini, aku singgah menziarahnya baring dengan wajah yang lesu di atas katil, kini dia dapat berjalan seperti biasa. Begitulah kuasaMu Ya Allah. Apabila Engkau berkehendakkan sesuatu, pasti berlaku.

Rinduku pada Al-Kitab yang tertutup diam dalam simpanan. Kini, Alhamdulillah...seperti biasa semula. Semakin berbicara dengannya, semakin bertambah rinduku padanya. Semoga aku diberi kekuatan untuk beristiqamah. Biarlah ia menjadi tabiat yang sukar untuk dipisahkan dari diriku.

Jadi, di mana rinduku pada Ya Rabbi? Adakah aku tidak langsung berasa untuk bertemu denganNya di sana? Memang aku merasakan untuk bertemu denganNya. Tetapi, baikkah keadaaan aku apabila pertemuan itu terjadi? atau burukkah keadaan aku di sana kelak? Kubertanya pada diri sendiri yang tidak mengetahui, siapakah aku di hadapan Tuhanku? Hambakah aku padaNya? Tak mampu diriku menjawab. Diam membisu seribu bahasa. Biarpun dipaksa-paksa, namun langsung kaku.



Ya Allah... Engkau mengurniakan keampunanMu kepada sesiapa jua yang Engkau kehendaki, dan Engkau jua murka kepada sesiapa jua yang Engkau kehendaki. Ampunkan aku Ya Rabb andai diri ini selalu alpa dan lupa tentangMu. Jauhkan aku dari segala seksaan api nerakaMu. Jangan biarkan aku terus berada dalam lembah kebinasaan. Amiiinn...

0 orang tertinggal pesanan:

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP