- SuKa DaN DuKa? BeRsYuKuRLaH -
Assalamu'alaikum...
Lama sudah aku tidak ber'posting' di sini. Jenguknya selalu, postingnya tak tahu. Aiihh... Apa nak jadi ni? Hehe... Sekarang sudah masuk zaman aku berL-i. Begitu juga dengan sahabat-sahabat aku yang seangkatan dengan aku di UniMAP. Hangpa semua dok wat pa la nih? L-i ok ka weh?? Haha... Harap-harap tiada masalah la ya.
Suka duka memang akan dilalui oleh setiap manusia yang hidup di muka bumi ini. Yang mana ketika saat sukanya, jangan alpa dan lupa dari Allah yang memberi ni'mat terhadapmu. Yang ketika saat dukanya, janganlah pula merungut dan menyalahkan Allah kerana Dia mahu kamu mempelajari erti syukur.
Bersyukurlah setiap waktu, setiap ketika, setiap detik yang dilalui. Insyaallah, hikmahnya besar. Bersabar dengan kerenah dan mehnah yang dihadapi. Insyallah, begitu tinggi ganjarannya selepas itu. Tidak terlepas juga manusia yang bernama aku. Melalui saat sukanya dan saat dukanya. Haruslah aku tabah, haruslah aku bersyukur, haruslah aku bersabar, dan haruslah aku sentiasa mendekatkan diriku dengan Tuhanku. Insyaallah, aku memperoleh ketenangan.
Tatkala masa gembira, hati jadi suka, senang, lapang dada dan sentiasa wajah dihiasi senyuman. Tatkala masa duka, hati sayu, wajah menjadi muram, dan tubuh berasa longlai. Begitulah manusia yang tidak kuat dan tidak berpegang teguh pada Tuhannya. Manusia yang kuat adalah manusia yang beriman. Tidak kira di masa susah atau senang, dia tetap tersenyum, hati menunjukkan suka, dan lapang dadanya. Itu menunjukkan dia tenang dan redha menerima ketentuan Allah.
Jadikanlah diri kita seperti orang ini agar akal kita masih waras, dan hati kita masih tenang dan tak gundah gulana. Insyaallah, harapan itu masih ada. Jadikan syukur sebagai amalan hati.
Wallahu a'lam....

1 orang tertinggal pesanan:
Mafhum sabda Rasulullah: "alangkah ajaib urusan seorang mukmin; sesungguhnya segala urusannya baik baginya, dan hal ini tidak tidak ada melainkan pada orang mukmin. (Iaitu) sekiranya jika dia ditimpa sesuatu yang menggembirakan, dia bersyukur - dan itu baik baginya. Sekiranya dia ditimpa kesusahan, dia bersabar - dan itu baik baginya. (Riwayat Muslim)
Post a Comment