Saturday, January 30, 2010

- UnTuK MaK daN AbaH -

Assalamu'alaikum...


Sepatutnya semalam aku posting artikel ni. Tapi terpaksa tunda ke hari ini. Minta maaf ya.

Pada 29 Januari 1987 Tahun Masihi bersamaan 29 Jamadil akhir 1407 Tahun Hijriah, dua insan sudah pun selamat disatukan dan diijabkabulkan. Berkat dan kuasa ketentuan Allah 'azza wa jalla, mereka dikurniakan 8 orang cahaya mata yang nakal-nakal belaka. 4 lelaki dan 4 perempuan. Mereka ialah mak abah aku, Puan Jelipah binti Ismail dan Encik Ahmad Nizar bin Abd Hamid.

Pada 29 Januari 2010 ini, genaplah usia pernikahan mak dan abah aku yang ke-23. Selamat Ulangtahun Pernikahan Yang ke-23 buat mak dan abah.Ikut tahun hijrah baru 23 tahun lebih. Buat sambutan 2 kali boleh kot. Hehe... 1 kali dalam tahun Masihi dan 1 kali dalam tahun Hijrah. Amacam? Bagus tak idea aku nih? Ahaksss...

Berikutan sejarah bagaimana mak dan abah aku disatukan dan diijabkabulkan, yang aku hanya tahu, mereka berdua disatukan mengikut pilihan keluarga masing-masing. Betul tak, mak abah? Mak dan abah aku tak kenal antara satu sama lain sebelum itu. Aduss... Betoi ka cerita aku nih?? Kang buat tokok tambah pulak... Harap-harap diperbetulkan na, mak, abah. Chek tak tau sangat.

Mak sudah berumur hampir 48 tahun manakala abah berumur hampir 51 tahun. Sehingga ke hari ini, masih bahagia dan gembira aku tengok mak dan abah aku. Aku lagi la tumpang gembira sampai nak tergolek-golek. Aku begitu bersyukur sangat kerana dilahirkan ke dunia dalam keluarga yang serba lengkap ini. Penat mak abah aku melayan karenah kami 8 beradik nih. Apatah lagi waktu zaman kecik-kecik dulu. Riuh rendah rumah dibuat dek kami 8 beradik nih. Namun, kesabaran dan didikan mak abah akulah yang memberi peluang kepada kami berjaya dalam pelajaran masing-masing.

Buat mak dan abah...

aku doakan semoga mak abah dikurniakan kebahagiaan hingga ke-syurga Allah. Dimurahkan rezeki sepanjang hayat mak abah. Diperkukuhkan iman dan taqwa di hati mak abah. Dikurniakan kesabaran yang tinggi dalam menangani karenah kami 8 beradik. Dimakbulkan harapan dan cita-cita mak abah. Ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh dan bertaqwa.

Mak, Abah...

Terima kasih kerana menjaga kami dengan baik sejak kami kecil. Terima kasih kerana sabar dengan segala karenah kenakalan dan perangai kami sebelum ini. Terima kasih kerana meencukupkan keperluan kami 8 beradik. Terima kasih kerana menegur dan memarahi kami. Terima kasih atas pengorbanan dan jasa yang telah mak dan abah curahkan kepada kami. Terima kasih kerana mendidik kami dengan ilmu keduniaan dan ilmu agama. Terima kasih daripada kami atas segalanya.

Mak, Abah...

Maafkan abang jika pernah menyakiti dan membuat hatimu terguris. Maafkan abang yang pernah nakal sewaktu abang kecil dahulu. Maafkan abang jika tidak dapat memenuhi harapan dan cita-cita mak dan abah. Maafkan abang juga yang pernah melakukan dosa yang entah diampunkan atau tidak. Maafkanlah kesalahan dan kesilapan adik-adik abang andaikan mereka membuat mak dan abah kecil hati dan marah.

Abang cuma pinta satu doa daripada mak dan abah... Doakanlah kami semua menjadi anak-anak yang soleh dan taat pada perintah Allah dan Rasul-Nya serta patuh pada ibu dan ayah. Sesungguhnya di hati kami ada mak dan abah selepas Allah dan Rasul-Nya.


Hensem tak abah aku? Cantik tak mak aku? Jangan jeles. Haha...


Raya 2005... Aku di'sensored'. Haha...


p/s: Puas cari gambar nikah mak dan abah, tapi tak jumpa. Ini sahaja yang dapat disapu. Hehe...

Wallahu a'lam...

Wednesday, January 27, 2010

- NasYiD oN StaGe -

Pengalaman lepas mengimbau kembali dalam fikiran aku. Kenangan indah ketika itu banyak mendatangkan semangat dan sering kali ukiran senyuman terhias di riak wajah aku. Apabila aku terima lagu daripada sepupu aku, nyanyian dia sendiri, teringat pula pada rakan-rakan aku yang senasyid dengan aku di bangku sekolah dan universiti.


Pertama kali aku memasuki kumpulan nasyid semasa di sekolah rendah. Aku tidak tahu apa-apa pon tentang nyanyian. Pertama kali juga aku meminati nasyid tika mana aku mendengar lagu Puji-pujian nyanyian Raihan. Sungguh teruja waktu itu aku menyanyikannya setiap kali aku mendengar lagu tersebut. Abah pula seakan-akan tahu aku meminati kumpulan Raihan, jadi dia membelikan album Raihan yang pertama untuk aku dalam bentuk kaset. Seronok waktu tu.

Pertama kali juga aku belajar suara semasa di bangku sekolah menengah. Aku belajar daripada kawan-kawan aku kebanyakannya. Waktu itu, cara nak mengawal suara, nak buat pecahan suara, memang tak tahu langsung. Aku belajar sedikit demi sedikit. Apabila masuk matrikulasi, aku berhenti sekejap dari dunia tersebut. Selepas melangkah ke universiti, aku menyertai semula nasyid. Lebih banyak yang aku pelajari pada masa itu. 1st voice, 2nd voice, lower and upper, 3 voice, suara latar, suara flat, dan sebagainya. Aku pegang 2nd voice lower dan suara latar masa tu. Pergi ke mana pun, kerja aku asyik menyanyi sahaja. Aku menyanyi tak kira tempat dan masa.

Namun, sekarang aku sudah tidak lagi aktif dalam bidang nasyid. Aku melakukan lebih banyak mendengar nasyid daripada bernasyid. Apabila dapat tahu sepupu aku aktif dalam bernasyid ni, semangat itu seakan-akan mula bangkit. Kenangan yang dahulu samar-samar dalam ingatan, teringat jelas semula. Mana taknya, seronok waktu itu.

Apa-apa pun, pada rakan-rakan yang senasyid dengan aku sebelum ini, semoga berjaya dalam seni nasyid. Kepada sepupu aku, aku menyokong ang dari belakang sekali. Hehe... Teruskan usaha...(Dah menang tu, bila nak buat album haa???)


Rakan-rakan Senasyid

p/s: Kalau ada masa, aku upload nasyidnya... Tungguu.......

Wallahu a'lam...

Monday, January 18, 2010

- BiaRLaH aKu TeTaP AkU -

Jasad merupakan satu anugerah Allah yang tidak ternilai. Tanpa jasad, siapalah kita. Jasad juga merupakan suatu medium penghubung roh dengan roh lain di dunia ini. Tanpa jasad, tidaklah dipanggil manusia. Nama lain mungkin. Tanpa jasad juga, tidaklah kita dapat melakukan rutin harian kita seperti sekarang.

Biarlah aku tetap aku. Mencari erti redha yang sebenar. Mendambakan cinta daripada Yang Esa. Mendambakan kasih Yang Maha Kuasa. Betapa kerdilnya diri ini bila menghadapMu nanti Ya Rabb. Menyusuri jalan duniawi untuk menuju destinasi akhir ukhrawi. Mencari cinta sejati dalam menghadapi dugaan dan ujianMu Ya Allah. Sesungguhnya Engkau tidak akan membebani hambaMu dengan ujian yang di luar kemampuan mereka. Sesungguhnya Engkau sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar dalam hatinya.

Biarlah aku tetap aku. Yang meminjam satu jasad buat sementara waktu. Akan memulangkan segalanya selepas tiba waktunya. Akan berpisah setelah sampai masanya. Yang semakin hampir dengan saat kematiannya. Yang semakin jauh dengan kenangan dan kisah kecilnya. Berlalu pergi masa dahulu, akan datang masa kemudian. Ya Allah, aku mohon kesempatan untuk aku mencukupkan apa yang kurang dalam bekalan yang akan dibawa ke sana.

Biarlah aku tetap aku. Yang sentiasa mahukan kecemerlangan dan kejayaan. Aku yang menggembirakan diri sendiri sedangkan orang lain sakit hati. Aku yang ketawa sendirian sedangkan orang lain muram bersedihan. Aku yang dok sengeh seorang diri sedangkan orang lain dah kerut dahi. Menyimpan apa yang orang lain tidak tahu dalam seketul hati ini. Hanya Allah sahaja yang tahu beratnya hati ini menyimpan segala yang terpendam. Minta maaf atas segalanya....

Ya Allah... moga diluahkan apa yang terpendam, moga disisihkan apa yang tersisa dalam hati gelap ini....

Wallahu a'lam....

Saturday, January 09, 2010

- SeLaMaT HaRi TuA -

Assalamu'alaikum...


Memandangkan ada masa lapang dan waktu cuti aku hari ini, di sini aku mahu mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada sesiapa yang terasa dia lahir pada tarkih ini, 09/01.

Aku doakan semoga Allah merahmati dan memberkati hidupnya. Berusahalah untuk menjadi hamba yang beriman dan bertaqwa dalam meneruskan hidup di dunia fana ini. Ingatlah, bahawa hidup ini hanyalah landasan menuju ke akhirat. Matlamat sebenar adalah akhirat sana yan kekal abadi. Jadikanlah Matlamat hidup kita di dunia ini untuk mendapatkan tempat yang abadi di akhirat sana kelak, yakni syurga. Semoga Allah mengurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian dan dugaan hidup, apatah lagi dunia di akhir zaman ini.

Hidup hanyalah singkat,
Matlamat sebenar adalah akhirat,
Terus mengejar menambah berkat,
Moga di sana kita selamat.

Ingat ya,

Hidup ini amanah Tuhan,
Buat kita teruskan perjalanan,
Beristiqamah dalam amalan,
Moga hidup diredhai Tuhan.



Ahakkss....


Kek sapa entah aku tibai.... Hehe...


Nih... Cendawan goreng untuk yang nak... Haha...


P/s: Buat yang lahir pada tarikh ini, aku mengucapkan Selamat Hari Tua.... Hehe... Jangan Marah....

Wallahu a'lam....

Sunday, January 03, 2010

- KaLiMaTuLLaH -

Assalamu'alaikum...

Sudah masuk tahun baru masihi 2010 daa... Sesi persekolahan telah pun bermula kelmarin. Adik-adik aku sudah pun kembali ke asrama. Tinggallah kami berlima sekeluarga (abah, mak, aku dan 2 orang adik aku) di rumah. Jika sebelum ini, kerja rumah hampir semuanya dibereskan oleh adik-adik aku, kini aku pula yang kena pikul kerja rumah. Ahakkss... Tidak kisah la asalkan semuanya dapat dibereskan.

Akan datang, mungkin setiap pagi Ahad, aku akan keseorangan di rumah sehinggalah ke petang. Biasalah, masing-masing dengan urusan sendiri. Mak dan Abah aku bekerja dan 2 orang adik aku pula bersekolah. Aku? Buat kerja sendiri la. Kalau rajin, buat cara rajin. Kalau malas, memang malas sungguh. Hehe...

Rentetan dengan isu baru yakni penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald-The Catholic Weekly yang telah pun dibenarkan oleh mahkamah, hal demikian telah pun membangkitkan kemarahan di kalangan umat Islam di Malaysia. Aku fikir isu ini telah pun diselesaikan dan tidak dibangkitkan lagi, rupa-rupanya masih ada. Tak pun, aku yang ketinggalan zaman dan baru tahu tentang isu ini. Aduss.....

Ramai pihak telah 'bangkit' untuk membantah keputusan mahkamah tersebut dan ramai pula yang menyokongnya. Di sini, aku baru nampak kesatuan dan perpaduan umat Islam itu. Syabas buat yang sedar. Buat yang tak sedar dan buat-buat tak sedar, bila lagi anda nak bangun dari tidur duniawi? Takkanlah nak mengikut terus arus mimpi dunia fana ini secara buta tuli? Bangkitlah dari mimpi kamu wahai yang mengaku dirinya Islam.

Bukanlah maksud aku untuk meminta menimbulkan huru-hara, membuat demonstrasi di jalanan, menyerang gereja-gereja di Malaysia ini, hatta apa sekali pun yang menimbulkan kerosakan di atas muka bumi Allah ini. Tetapi, tidakkah kita rasa tercabar akan perbuatan mereka itu walaupun sedikit? Fikir-fikirkanlah...

Kata daripada seorang sahabat, "Allah sebagai Tuhan sebenar semua manusia memang benar, tetapi mengatakan Allah sebagai Tuhan sembahan semua agama ternyata jauh menyimpang"

Mohon jika ada salah silap, harap ditegur...

Wallahu a'lam....

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP