- NasYiD oN StaGe -
Pengalaman lepas mengimbau kembali dalam fikiran aku. Kenangan indah ketika itu banyak mendatangkan semangat dan sering kali ukiran senyuman terhias di riak wajah aku. Apabila aku terima lagu daripada sepupu aku, nyanyian dia sendiri, teringat pula pada rakan-rakan aku yang senasyid dengan aku di bangku sekolah dan universiti.
Pertama kali aku memasuki kumpulan nasyid semasa di sekolah rendah. Aku tidak tahu apa-apa pon tentang nyanyian. Pertama kali juga aku meminati nasyid tika mana aku mendengar lagu Puji-pujian nyanyian Raihan. Sungguh teruja waktu itu aku menyanyikannya setiap kali aku mendengar lagu tersebut. Abah pula seakan-akan tahu aku meminati kumpulan Raihan, jadi dia membelikan album Raihan yang pertama untuk aku dalam bentuk kaset. Seronok waktu tu.
Pertama kali juga aku belajar suara semasa di bangku sekolah menengah. Aku belajar daripada kawan-kawan aku kebanyakannya. Waktu itu, cara nak mengawal suara, nak buat pecahan suara, memang tak tahu langsung. Aku belajar sedikit demi sedikit. Apabila masuk matrikulasi, aku berhenti sekejap dari dunia tersebut. Selepas melangkah ke universiti, aku menyertai semula nasyid. Lebih banyak yang aku pelajari pada masa itu. 1st voice, 2nd voice, lower and upper, 3 voice, suara latar, suara flat, dan sebagainya. Aku pegang 2nd voice lower dan suara latar masa tu. Pergi ke mana pun, kerja aku asyik menyanyi sahaja. Aku menyanyi tak kira tempat dan masa.
Namun, sekarang aku sudah tidak lagi aktif dalam bidang nasyid. Aku melakukan lebih banyak mendengar nasyid daripada bernasyid. Apabila dapat tahu sepupu aku aktif dalam bernasyid ni, semangat itu seakan-akan mula bangkit. Kenangan yang dahulu samar-samar dalam ingatan, teringat jelas semula. Mana taknya, seronok waktu itu.
Apa-apa pun, pada rakan-rakan yang senasyid dengan aku sebelum ini, semoga berjaya dalam seni nasyid. Kepada sepupu aku, aku menyokong ang dari belakang sekali. Hehe... Teruskan usaha...(Dah menang tu, bila nak buat album haa???)
p/s: Kalau ada masa, aku upload nasyidnya... Tungguu.......
Wallahu a'lam...
0 orang tertinggal pesanan:
Post a Comment