- UnTuK MaK daN AbaH -
Assalamu'alaikum...
Sepatutnya semalam aku posting artikel ni. Tapi terpaksa tunda ke hari ini. Minta maaf ya.
Pada 29 Januari 1987 Tahun Masihi bersamaan 29 Jamadil akhir 1407 Tahun Hijriah, dua insan sudah pun selamat disatukan dan diijabkabulkan. Berkat dan kuasa ketentuan Allah 'azza wa jalla, mereka dikurniakan 8 orang cahaya mata yang nakal-nakal belaka. 4 lelaki dan 4 perempuan. Mereka ialah mak abah aku, Puan Jelipah binti Ismail dan Encik Ahmad Nizar bin Abd Hamid.
Pada 29 Januari 2010 ini, genaplah usia pernikahan mak dan abah aku yang ke-23. Selamat Ulangtahun Pernikahan Yang ke-23 buat mak dan abah.Ikut tahun hijrah baru 23 tahun lebih. Buat sambutan 2 kali boleh kot. Hehe... 1 kali dalam tahun Masihi dan 1 kali dalam tahun Hijrah. Amacam? Bagus tak idea aku nih? Ahaksss...
Berikutan sejarah bagaimana mak dan abah aku disatukan dan diijabkabulkan, yang aku hanya tahu, mereka berdua disatukan mengikut pilihan keluarga masing-masing. Betul tak, mak abah? Mak dan abah aku tak kenal antara satu sama lain sebelum itu. Aduss... Betoi ka cerita aku nih?? Kang buat tokok tambah pulak... Harap-harap diperbetulkan na, mak, abah. Chek tak tau sangat.
Mak sudah berumur hampir 48 tahun manakala abah berumur hampir 51 tahun. Sehingga ke hari ini, masih bahagia dan gembira aku tengok mak dan abah aku. Aku lagi la tumpang gembira sampai nak tergolek-golek. Aku begitu bersyukur sangat kerana dilahirkan ke dunia dalam keluarga yang serba lengkap ini. Penat mak abah aku melayan karenah kami 8 beradik nih. Apatah lagi waktu zaman kecik-kecik dulu. Riuh rendah rumah dibuat dek kami 8 beradik nih. Namun, kesabaran dan didikan mak abah akulah yang memberi peluang kepada kami berjaya dalam pelajaran masing-masing.
Buat mak dan abah...
aku doakan semoga mak abah dikurniakan kebahagiaan hingga ke-syurga Allah. Dimurahkan rezeki sepanjang hayat mak abah. Diperkukuhkan iman dan taqwa di hati mak abah. Dikurniakan kesabaran yang tinggi dalam menangani karenah kami 8 beradik. Dimakbulkan harapan dan cita-cita mak abah. Ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh dan bertaqwa.
Mak, Abah...
Terima kasih kerana menjaga kami dengan baik sejak kami kecil. Terima kasih kerana sabar dengan segala karenah kenakalan dan perangai kami sebelum ini. Terima kasih kerana meencukupkan keperluan kami 8 beradik. Terima kasih kerana menegur dan memarahi kami. Terima kasih atas pengorbanan dan jasa yang telah mak dan abah curahkan kepada kami. Terima kasih kerana mendidik kami dengan ilmu keduniaan dan ilmu agama. Terima kasih daripada kami atas segalanya.
Mak, Abah...
Maafkan abang jika pernah menyakiti dan membuat hatimu terguris. Maafkan abang yang pernah nakal sewaktu abang kecil dahulu. Maafkan abang jika tidak dapat memenuhi harapan dan cita-cita mak dan abah. Maafkan abang juga yang pernah melakukan dosa yang entah diampunkan atau tidak. Maafkanlah kesalahan dan kesilapan adik-adik abang andaikan mereka membuat mak dan abah kecil hati dan marah.
Abang cuma pinta satu doa daripada mak dan abah... Doakanlah kami semua menjadi anak-anak yang soleh dan taat pada perintah Allah dan Rasul-Nya serta patuh pada ibu dan ayah. Sesungguhnya di hati kami ada mak dan abah selepas Allah dan Rasul-Nya.
Hensem tak abah aku? Cantik tak mak aku? Jangan jeles. Haha...
Raya 2005... Aku di'sensored'. Haha...
p/s: Puas cari gambar nikah mak dan abah, tapi tak jumpa. Ini sahaja yang dapat disapu. Hehe...
Wallahu a'lam...
2 orang tertinggal pesanan:
haha
emo giler, ustaz
uik....
emo sangatkah aku??
sekali sekala, apalah sangat...
wallahu a'lam...
Post a Comment