Monday, January 18, 2010

- BiaRLaH aKu TeTaP AkU -

Jasad merupakan satu anugerah Allah yang tidak ternilai. Tanpa jasad, siapalah kita. Jasad juga merupakan suatu medium penghubung roh dengan roh lain di dunia ini. Tanpa jasad, tidaklah dipanggil manusia. Nama lain mungkin. Tanpa jasad juga, tidaklah kita dapat melakukan rutin harian kita seperti sekarang.

Biarlah aku tetap aku. Mencari erti redha yang sebenar. Mendambakan cinta daripada Yang Esa. Mendambakan kasih Yang Maha Kuasa. Betapa kerdilnya diri ini bila menghadapMu nanti Ya Rabb. Menyusuri jalan duniawi untuk menuju destinasi akhir ukhrawi. Mencari cinta sejati dalam menghadapi dugaan dan ujianMu Ya Allah. Sesungguhnya Engkau tidak akan membebani hambaMu dengan ujian yang di luar kemampuan mereka. Sesungguhnya Engkau sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar dalam hatinya.

Biarlah aku tetap aku. Yang meminjam satu jasad buat sementara waktu. Akan memulangkan segalanya selepas tiba waktunya. Akan berpisah setelah sampai masanya. Yang semakin hampir dengan saat kematiannya. Yang semakin jauh dengan kenangan dan kisah kecilnya. Berlalu pergi masa dahulu, akan datang masa kemudian. Ya Allah, aku mohon kesempatan untuk aku mencukupkan apa yang kurang dalam bekalan yang akan dibawa ke sana.

Biarlah aku tetap aku. Yang sentiasa mahukan kecemerlangan dan kejayaan. Aku yang menggembirakan diri sendiri sedangkan orang lain sakit hati. Aku yang ketawa sendirian sedangkan orang lain muram bersedihan. Aku yang dok sengeh seorang diri sedangkan orang lain dah kerut dahi. Menyimpan apa yang orang lain tidak tahu dalam seketul hati ini. Hanya Allah sahaja yang tahu beratnya hati ini menyimpan segala yang terpendam. Minta maaf atas segalanya....

Ya Allah... moga diluahkan apa yang terpendam, moga disisihkan apa yang tersisa dalam hati gelap ini....

Wallahu a'lam....

4 orang tertinggal pesanan:

~Shuh@d@~ Tuesday, January 19, 2010 7:22:00 PM  

mendalam sunguh kate2 mad tuh,,,
ape la yg t'sirat kat dalam tuh ye,,,
tersuratkan lah,,, hehe

AhmadNizamuddin Wednesday, January 20, 2010 7:01:00 PM  

mendalam sangatkah???

aku pon xpasti...

nak tersuratkan yang tersirat??

Biarlah rahsia...

=)

MomTom Friday, January 22, 2010 12:18:00 PM  

dahsyatnya ko sekarang
ayat power wooo~~

AhmadNizamuddin Friday, January 22, 2010 8:09:00 PM  

biasa2 ja...

aku insan biasa...

yang mencari sesuatu yang xpasti dengan matlamat yang pasti...

wallahu a'lam...

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP