Friday, November 28, 2008

-MaNuSia & NafSu-

Seringkali seseorang itu berharap dia akan dapat bermujahadah menentang hawa nafsunya yang sentiasa inginkan jalan yang dimungkari Allah. Tatkala dia melawan, kadangkala dia menang. Adakalanya, dia kalah dalam medan pertempuran. Sungguhpun dia tahu bahawa itu salah dan ini betul, dia tetap memilih yang salah.



Dia bertanya, "kenapa aku sering mengikut jejak nafsuku?".

Nafsu menjawab, "Kerana aku adalah sebahagian dari kau".



Itulah hakikatnya. Manusia dan hawa nafsu memang tidak dapat dipisahkan. Ibarat isi dengan kuku, malah lebih rapat lagi. Tanpa nafsu, manusia tidak dapat hidup. Nak makan, mesti dengan nafsu. Nak tidur, juga dengan nafsu. Nak bernikah, juga dengan nafsu. Nafsu itu juga kemahuan dalam diri manusia. Ibarat, hampir semuanya dengan nafsu lah.

Oleh itu, nafsu manusia perlulah didik dan diasuh agar mengikut sebagaimana yang Allah kehendaki. Ya, memang benar. Nak berjihad memerangi nafsu bukannya mudah, dan bukannya 'senang nak mampos'. Sebab itulah jihad dalam melawan nafsu adalah jihad tertinggi sekali,(betulkan saya kalau saya salah).


Manusia yang terlalu ikutkan nafsunya, akan menjadi buas dan tak pernah rasa puas. Tidak memikirkan kehendak dan larangan Allah, hanya diri sendiri sahaja yang dia pedulikan. Kerana nafsu yang serakah, dia membunuh, merompak, merogol dan menjadikan mangsanya hanya sebagai alat mainan di kala nafsu membuak. Maka nafsu menjadi raja, diri sendiri menjadi hamba. Bahkan, tidak sedar diri sendiri yang menjadi hamba. Syaitan la'natullah berasa seronok sampai melompat-lompat melihat gerak perdaya halusnya berjaya. Na'udzu billahi min dzalik.


Bagi manusia yang menjadikan nafsu sebagai hambanya, itulah manusia yang berjaya. Berjaya mengawal nafsunya. Berjaya mendidik nafsunya. Bahkan menggunakan nafsunya secara bertempat. Setiap kali berhadapan dengan ujian, dia ingat akan Allah. Dia yakin bahawa Allah menjaganya dan ujian terhadap dirinya merupakan tanda sayang Allah kepadanya. Dia tidak terikut-ikut akan amarahnya, dan tidak pula merungut akan susah yang menimpanya. Namun, dia selalu bersyukur dengan apa yang ada padanya dan apa yang dia dapat. Bahkan, dia tetap berusaha meskipun gagal, tetap bangun walaupun setiap kali jatuh. Semoga kejayaan bersamanya di dunia dan di akhirat.

wallahu a'lam.....

Thursday, November 20, 2008

-Di kaLa boSaN-

-Bismillahir rahmanir rahim-

Lama benar tidak merungkai kata-kata dalam blog nih. Sebabnya? Baru habis tekanan peperiksaan akhir semester 3 untuk sidang 2008/2009. Hanya sempat menghantar satu 'post' sahaja dalam minggu tekanan peperiksaan. Itu pun artikel yang aku sempat ambil dari sumber luar, iluvislam.com buat tatapan tambahan 'ilmu Allah di dada pembaca.

Alhamdulillah, berakhirnya 5 kertas subjek kejuruteraan mekatronik, maka berakhirnya 'study pressure' bagi semester ini. Nanti, ada lagi buat semester berikutnya untuk tahun hadapan pula. Tiba masanya untuk aku menuntut 'ilmu-'ilmu Allah yang lainnya bagi pengisian rohani yang sudah lama mendambakannya. Tiba masanya juga untuk jasmani kembali sedia kala dalam bersahaja dan istirehat.

Hmm... Rasa bosan juga jikalau tidak ada kerja nak buat. Tapi, menaip pun salah satu kerja juga. Menaip apa yang perlu dan membuang apa yang tak perlu.

"Eh, perlu ke aku menaip?",

"Perlu, perlu."

Dalam duduk bersahaja sekarang ini, lebih suka aku berfikir. Berfikir tentang masa depan. Berfikir tentang 'alam. Berfikir tentang diri sendiri. Berfikir dalam ketiduran. Banyak juga yang aku sedang fikirkan. Sampai nak gugur rambut nih tapi tak gugur lagi pun. Alhamdulillah. Segala pujian bagi Allah yang Maha Menciptakan segala yang dikehendakiNya.

Berfikir tentang masa depan banyak juga mengajar erti hidup. Apa yang dilakukan sekarang dan apa yang perlu dibuat kemudian. Sekarang tengah belajar. Mempelajari bagaimana hendak menjadi seorang insan sebetulnya insan, seorang manusia yang sebenarnya manusia. Dalam saat kesukaran mahupun kesenangan, kita perlu seringkali menilai diri sendiri agar kita sedar siapa kita. Jangan melihat orang yang di atas, kerna yang di atas menyebabkan kita alpa dan lupa. Lihatlah orang yang di bawah, sebab orang yang di bawah kita seringkali mengajar kita apa itu manusia.

Apabila melihat 'alam, aku berfikir, mana perginya bulan dan bintang di kala waktu siang? Mana hilangnya matahari di kala waktu malam? Rupa-rupanya, Allah telah pun mengaturkan bahawa bulan dan bintang pasangannya adalah malam dan matahari pasangannya siang. Cantik kan Allah menyusunnya dengan silih berganti, tanpa ada selisih. Subhanallah, Maha Suci Allah menjadikan 'alam ini tempat manusia mencari rahmat dan redhaMu.

Mengenai diri ini, tiada apalah sangat. Hanya seorang hamba. Seorang yang menunggu untuk kembali ke pangkuan Ilahi. Tetapi layakkah aku mendapat redhaNya tatkala aku hidup? Sempatkah aku memohon taubat pada Yang Maha Agung? Alangkah kerdilnya diri andai tiada sempat dan tiada cukup waktu bagiku peroleh apa yang diharapkan, Rahmat dan Keredhaan. Monolog aku sendirian di masa aku ingat padaNya. Bagaimana masa lupaku padaNya? Masya Allah, lalai sungguh aku.

-Ya Allah, aku mohon padaMu agar senantiasa ingat padaMu. Dan ingatkanlah aku tatkala aku lupa padaMu. Jangan biar aku hanyut dalam duniawi.-

Dalam tengah tidur pun berfikir juga? Fikir apa lagi kalau bukan mimpi yang entah apa-apa. Mainan tidur dan mainan syaitan yang sengaja nak melajakkan aku dari bangun dinihari (Subuh). Halus betul hasutannya.

Na'udzu billahi min dzalik...

Agar muhasabah diriku kembali.

Wallahu a'lam..

Friday, November 07, 2008

-ULaMa, MaSa DaN iLmU-

Assalamu'alaikum....

ini sahaja yg sempat diposkan...

hehe...

Minta maaf ya.. Selamat Membaca... =]


Kisah Ibnu Nafis


Beliau adalah seorang doktor perubatan yang terkenal. Beliau juga adalah orang pertama yang menjumpai teori perjalanan darah pada kurun ketujuh Hijrah.

Diriwayatkan bahawa Ibnu Nafis seorang yang tidak suka membuang masa. Apabila ingin menulis beliau akan memalingkan mukanya mengadap dinding, kemudian mula menulis daripada ilmu pengetahuannya tanpa merujuk apa-apa kitab. Dikatakan beliau menulis laju seperti air yang mengalir. Apabila penselnya tumpul beliau akan mencampaknya ke suatu tempat khas kemudian mengambil pensel baru, oleh yang demikian beliau akan pastikan pensel-pensel yang telah diasah tersedia di atas mejanya sebelum memulakan penulisan kerana ditakuti
masanya akan terbuang dengan mengasah pensel-pensel berkenaan.

Satu ketika, beliau masuk tandas untuk mandi, kemudian keluar kembali seraya meminta pen, dakwat dan kertas, justeru menulis satu karangan mengenai denyutan nadi. Setelah itu beliau masuk semula ke dalam tandas untuk menghabiskan mandiannya

Kisah Ibnu Jauzi

Setiap kali selepas mengasah penselnya, Ibnu Jauzi akan mengumpul habuk tersebut di dalam satu bekas khusus. Apabila beliau jatuh sakit, beliau mewasiatkan agar habuk tersebut dijadikan bahan bakar untuk memasak air mandian mayatnya. Apabila beliau wafat, sahabat dan kerabat beliau melaksanakan wasiat yang ditinggalkan, ternyata habuk pensil tersebut sempat memanaskan air mandian mayatnya malah ianya masih berbaki sedikit.

Kisah Imam at-Tabari

Beliau seorang ahli tafsir yang masyhur. Beliau juga terkenal dengan pengawasannya terhadap ilmu pengetahuan. As-Simsimi berkata: Beliau menulis setiap hari empat puluh helaian dalam masa empat puluh tahun.

Muridnya (al-Qadhi Abu Bakar) telah meriwayatkan bahawa beliau seorang yang terlalu menjaga rutin hariannya. Selepas mengambil sarapan pagi beliau akan tidur kemudian bangun dan solat zohor. Sejurus kemudian beliau akan mula menulis hingga masuk waktu Asar. Pabila selesai menunaikan Fardhu Asar, dia akan bersama murid-muridnya menelaah ilmu sehingga Maghrib. Selepas Maghrib pula beliau akan mengajar ilmu Feqah sehingga larut malam.

Kalau kita perhatikan, betapa beliau pandai membahagikan masa dan usianya demi kepentingan agama, masyarakat dan dirinya sendiri. Beliau tidak pernah membazirkan walaupun sesaat pada perkara yang tidak berfaedah, masa baginya biarlah digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah ataupun untuk mengambil faedah daripada orang lain. Inilah dia ikutan kita, seorang ahli agama yang menggadaikan umurnya semata-mata untuk agama, untuk Allah, untuk beribadah dalam erti kata yang sebenarnya.

Sebuah kisah lain, antara lainnya mengisahkan kehidupan Imam at-Tabari yang tidak boleh terpisah daripada ilmu. Kisah ini diriwayatkan oleh salah seorang sahabat beliau (al-Murafi bin Zakaria) yang datang menziarahi waktu sakitnya. Apabila Imam at-Tabari mendengar salah seorang pelawat membaca doa ke atasnya lalu dia berkata, tolong ambilkan aku sebatang pen dan sehelai kertas, kemudian beliau menulis doa tersebut. Salah seorang daripada mereka bertanya: Apakan kamu masih menulis ilmu sedangkan kamu dalam keadaan begini? Jawab beliau: Sememangnya menjadi kewajipan setiap manusia untuk tidak meninggalkan ilmu berlalu pergi begitu sahaja hingga mati.

Kisah Sulaim ar-Razi

Imam Sulaim ar-Razi ini merupakan seorang yang amat mementingkan masa dan ilmu, warak dan selalu menghisab dirinya. Beliau tidak pernah meninggalkan sedetik waktu tanpa faedah. Samada beliau akan belajar, mengajar, menyalin ataupun membaca. Diriwayatkan daripada beliau sendiri: Aku sempat menghabiskan satu juzuk (bab) bacaanku di dalam perjalanan pulang ke rumahku.

Perkara ini diakui oleh salah seorang sahabat beliau (al-Muammil bin al-Hassan): Aku terlihat Sulaim mengasah pensel sambil mulutnya terkumat kamit menyebut sesuatu. Pabila ditanya, aku mengetahui beliau sedang membaca al-Quran semasa mengasah pensel nya, kerana ditakuti masa akan berlalu begitu sahaja tanpa beliau mengambil apa-apa faedah ataupun suatu tindakan yang positif. Inilah dia seorang ulama’ Islam yang hidup di zaman silam, oelh sebab itulah tidak dinafikan bahawa Islam pada zaman mereka telah melalui satu zaman kegemilangan yang tidak ada tolok bandingnya.

Kisah Imam al-Juwaini

Beliau adalah Imam masjid al-Haram dan masjid an-Nabawi. Katanya: Aku tak tidur dan tak makan pada kebiasaannya, tetapi apabila terlalu mengantuk aku tertidur, samada pada waktu malam ataupun siang, begitu juga aku makan jika aku terasa nak makan, tidak kira masa dan ketika. Hal ini menggambarkan betapa kelazatannya hanya tertumpu pada ilmu semata-mata.

Kisah Abu al-Wafa’

Imam Abu al-Wafa’ pernah berkata: Tidak bisa untukku persiakan setiap detik kuniaan yang Maha Esa buatku, hatta kalaulah lidahku kelu untuk meneruskan hafalan dan mataku penat menatapi patah tulisan, aku akan berusaha menggerakkan fikiranku dengan memikirkan sesuatu cadangan maupun permasalahan, aku tidak akan berasa lega dan berpuas hati melainkan setelah aku mendapati jalan penyelesaiannya.

Aku juga mendapati, kesusahan menghadapi ilmu ini pada usiaku lapan puluhan lebih daripada usiaku dua puluhan. Aku juga berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan masa makanku, kadangkala aku hanya memadai dengan sepotong kek dan seteguk air sejuk. Sehingga aku dapat meluangkan semaksima masa yang mungkin untuk ilmu pengetahuanku. Sesungguhnya harta yang paling berharga di sisi ulama ialah waktu dan ilmu. Kerana waktu itu tidak akan menunggu seseorang sebaliknya tanggungjawab yang datang bertandang pula bertindan-tindan.

Setelah tiba saat kewafatan beliau, kedapatan wanita menangis kerana tidak mahu terpisah daripada insan tersayang, tetapi beliau dengan tenang berkata: “Sesungguhnya aku takut berbuat dosa pada Tuhan Yang Rahman selama lima puluh tahun. Kerana selama masa tersebut aku telah mengeluarkan fatwa-fatwa yang mungkin tidak bertepatan dengan kehendak Allah. Maka doakanlah agar aku diampuni-Nya.”

Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan apa-apa pesaka melainkan kitab-kitab nya yang banyak serta beberapa helai pakaian yang hanya cukup untuk dijadikan kain kafan serta membayar segala hutang-hutangnya. Lihatlah betapa agungnya pengorbanan seorang hamba terhadap tuhannya yang Esa. Walaupun telah banyak mengorbankan masanya demi kepentingan agama, tapi masih tidak berpuas hati, masih lagi takut seksa Ilahi. Tapi kita, apakah yang kita cari? Renungilah perbuatan-perbuatanmu wahai diri.

Kisah Imam ar-Razi

Imam ar-Razi adalah seorang ahli tafsir yang terkemuka pernah berkata: Sesungguhnya aku sangat menyesali kerana tidak dapat mengulangkaji ilmu ketika makan, sesungguhnya masa dan usia itu amat mahal harganya.

Kisah Ibnu Asakir

Diriwayatkan daripada anaknya al-Qasim: Ayahku seorang yang terlalu menjaga solat jamaah dan bacaan al-Quran. Beliau akan khatam al-Quran tersebut pada tiap-tiap hari jumaat dan setiap hari di bulan Ramadhan. Beliau juga sentiasa beriktikaf dalam masjid dan membanyakkan perkara-perkara sunnat serta zikir.

Salah seorang muridnya (Abu al-Mawahib) juga berkata: Aku tidak pernah melihat seseorang yang boleh menandingi Ibn Asakir di dalam banyak perkara, seperti mengikuti cara ibadah yang sama sepanjang empat puluh tahun, sentiasa berada di saf yang pertama setiap waktu sembahyang kecuali jika ada keuzuran, sentiasa beriktikaf di masjid pada bulan Ramadhan dan sepuluh Zulhijjah, tidak meminta untuk menjadi seorang pemimpin ataupun khatib (pembaca khutbah, kerana martabat pembaca khutbah pada masa itu terlalu tinggi), beliau juga selalu menasihati manusia ke arah kebaikan dan melarang mereka daripada berbuat kejahatan, tanpa gentar kepada sebarang ugutan ataupun celaan orang-orang yang mencela.

Kisah Ibnu Malik

Beliau adalah seorang ahli Nahu yang terkenal. Seorang yang banyak merujuk dan cepat menyemak. Beliau tidak akan menulis sesuatu tanpa merujuk kepada kitab asal. Para sahabatnya tidak pernah melihat beliau membuat perkara yang sia-sia, kecuali melihat beliau samada sedang solat ataupun membaca al-Quran ataupun mengarang ataupun membaca kitab.

Dan diantara perkara ajaib yang menandakan betapa beliau mengambil berat masalah ilmu dan waktunya iaitu apabila anak lelakinya datang melawat beliau masa sakitnya, bersama anak tersebut lapan bait (baris) syair, maka beliau meminta agar anaknya membaca syair-syair tersebut kemudian beliau menghafalnya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, rahimahullah.

Seterusnya peristiwa ini mengiyakan kata pepatah: Setinggi mana gunung didaki kamu akan dapati apa yang kamu hajati. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Inilah kisah-kisah yang dicedok daripada kitab: Nilai Masa Di Sisi Ulama karangan Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah. Kitab ini antara lainnya menceritakan kesabaran para ulama silam mencari ilmu walaupun terpaksa berpisah daripada isteri kesayangan, anak yang menjadi cahaya kehidupan, bahkan mereka sanggup mengurangkan rutin harian mereka seperti makan, minum serta tidur.

Oleh sebab itu, tidak pelik jika kita perhatikan Islam pernah gemilang di suatu zaman dahulu, malah kita masih berbangga dengan kegemilangan tersebut hingga ke hari ini. Apakah cukup hanya dengan kita berbangga? Adakah Islam akan kembali gemilang dan memerintah dunia hanya kerana kita bangga dengan apa yang umat Islam telah capai dahulu? Justeru itu, marilah kita mendalami kisah hidup para ulama’ yang hidup pada zaman tersebut, pada tangan merekalah datangnya kegemilangan. Apakah yang mereka lakukan sehingga mereka menjadi begitu hebat? Inilah dia pegangan mereka, mereka sanggup buat segala-galanya kerana pentingkan ilmu, hanya demi agama Allah yang suci murni.

Diharapkan melalui kisah-kisah ini pembaca sekalian mendapat sedikit motivasi untuk menjaga dan memprogramkan hidup mereka seharian. Semoga dengan program tersebut mereka lebih berasa lazat berdampingan dengan ilmu pengetahuan daripada keasyikan dunia fana.

Nukilan dari:-
http://tamanulama.blogspot.com/

Saturday, November 01, 2008

-BinGKisaN LaLu-

Bismillahirrahmanirrahim....

Hmmm....

Payahnye nak buat bende nih... Selama aku memikirkan bagaimana aku harus mendapatkan satu bende nih agar kewajipan aku sebagai muslim diterima Allah. Agak sukar untuk aku mencarinya dalam kewajipan yg aku laksanakan 5 waktu dalam sehari. Begitu payahnya aku nak perolehinya. Begitu tinggi nilainya yg mana aku harus membayarnya dengan harga yg tinggi.

KHUSYU'.....

Bende tuh la aku dok carik. Payah gak nak dapatkannya. Kalo carik kt kedai memang kompom xdapat punya la. Penjualnya hanyalah Allah ja. Tapi nk membelinya mesti dengan harga yg tinggi jugak yakni semata-mata kerana Allah, IKHLAS. Allahuakbar.... Betapa tingginya nilai untuk kedua2 bende nih. Bak kata ustaz saya pon, payah kita nak dapatkan khusyu' nih. Ikhlas pon belom tentu sepenuh hati.

Bagi aku, Insyaallah untuk menetapkan hati ini ikhlas semata-mata kerana Allah, akan aku usahakan sampai boleh (Moga2 Allah permudahkan bagiku mendapat Keikhlasan..). Masalah yg sering melanda aku sekarang ialah untuk mendapatkan kekhusyu'an dalam solat itu. Hanya Allah sahaja dapat mengurniakannya kepadaku. Jika aku usahakan sekalipun untuk mendapatkannya, selagi Allah tidak memberi, selagi itu aku tak dapat. Hmmm... Allah sahajalah tempat aku mengadu segala kekurangan dan kelemahan.

Tidak aku nafikan bahawa aku sering terfikir2 hal2 lain selain keredhaan Allah yg aku cari. Walaupun banyak kali aku cuba (bak kata ongputih, try test...), tetap fikiran aku melayang ke tempat lain. Jika aku xdapatkannya, tidak lah aku seperti golongan dalam ayat-ayatNya, "Telah berjaya orang yg beriman. Yang khusyu' dalam solatnya.", Surah Al-Mu`minun, ayat 1. Bicara daripada Ustaz Nazim, untuk mendapat khusyu' bukannya senang. Bahkan sesiapa yg mendapatnya, dialah orang yg berjaya sepertimana firman Allah tadi.

Ya Allah, sekiranya aku lalai sekejap daripadaMu, maka ingatkanlah aku kembali tentang kematian yg sangat hampir denganku. Jika aku alpa dengan ni'matMu, maka Engkau ingatkanlah aku kembali tentang orang2 yg di bawahku agar aku kembalikan hak2 mereka. Ya Allah, jika aku tersimpang pemikiranku, Engkau kurniakanlah hidayah serta petunjuk untuk aku segera kembali ke pangkuanMu Ya Robbi Ya Rahman Ya Rahim Ya Fattahu Ya 'Alim Ya Zal Jala Liwal Ikram. Amiinn... Ya Robbal 'alamin...


Seuntai Kata Ustaz aku...

Apabila bacaan doa surah Yasiin habis dibaca, tiba pulak Ustaz aku memberi tazkirah ringkas. Lalu beliau memetik beberapa ayat dari surah Al-Mu`minun.

MafhumNya:

Sesungguhnya beruntung orang-orang yg beriman[1]. (iaitu) Orang-orang yang khusyu' dalam solatnya[2]. Dan orang2 yang menjauhkan diri daripada(perkataan dan perkataan) yang tiada berguna[3]. Dan orang-orang yang menunaikan zakat[4]. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya[5]. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela[6]. Barangsiapa mencari yang di sebalik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas[7]. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya[8]. Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya[9].

(Surah Al-Mu`minun, ayat 1-9)


Firman Allah dalam ayat2Nya tadi menerangkan beberapa ciri2 orang2 yang beriman yang telah berjaya di dunia dan di akhirat. Yang pertama, orang2 yg khusyu' dalam solatnya, yakni orang yg solatnya betul2 semata-mata kerana Allah dan mengharapkan keredhaan dariNya. Bahkan lihatlah pada diri kita sendiri(terutamanya aku nih...) adakah kita benar2 khusyu' dalam solat? Khusyu' nih suatu perkara yang susah nak dibuat. Sekejap teringat gewe, sekejap teringat tino lain, sekejap teringat benda lain. Sebab itulah kita tidak dapat menumpukan perhatian semasa menunaikan solat.

Yang kedua, orang2 yg menjauhkan diri dari perkara2 lagha. Perkara2 lagha nih ialah perkara2 yg tidak mendatangkan faedah seperti gayut sampai pukui 2 3 4 pagi yakni bende yang xmendatangkan keuntungan kepada kita. Tetapi bagi orang2 yang beriman, mereka sentiasa menjauhkan diri dari perkara yang membuatkan mereka lupa pada Allah (Nauzubillahi min zalik). Ketiganya, orang2 yang menunaikan zakat. Yakni bagi mereka yang mempunyai harta benda, mereka ada kelebihan untuk membuat ibadat seperti mengeluarkan zakat. harta bukanlah milik mutlak bagi seseorang sebaliknya, ada sebahagian daripadanya adalah hak orang2 miskin dan bagi mereka yang mampu, wajiblah ke atas diri mereka untuk mengeluarkan zakat.

Yang ke-4, orang2 yg menjaga kemaluannya. Dimaksudkan dengan orang2 yg menjaga kemaluannya itu ialah orang2 yg menjauhkan diri dari melakukan perkara2 yg mendekatkan diri dengan zina, apatah lagi melakukan zina. Kecuali la melakukan jima` dengan isteri2 atau hamba sahaya sendiri. Okeh, faham2 lah sendiri.Kalo dihuraikan pun, sampai besok malam pun xhabis. Yang ke-5 ialah orang2 yg amanah dan tidak memungkiri janji. Sebabnye, sifat2 tidak amanah dan memungkiri janji adalah sebahagian sifat2 orang munafiq. Mahukah kalian (termasuk aku sendiri laa....) memiliki sifat2 sebegitu? Tentu tidak bukan kerana tempat bagi orang2 munafiq ialah di neraka, Na'uzubillahi min zalik. Dan yang terakhir ialah orang2 yg menjaga solatnya yakni apabila tiba waktu solat, orang2 beriman itu terus ke masjid dan bersiap2 untuk menunaikan solat berjemaah. Tidak seperti zaman teknologi yg serba canggih nih, makin ramai yg tak solat lagi ada la. Apatah lagi solat berjemaah. Sungguh pilu dengan umat sekarang. Na'uzubillahi min zalik.

Demikian antara ciri2 orang yang beriman. Fikir2 dan renungkan; Adakah aku nih adalah sebahagian daripada golongan tersebut? Amat jauhlah jika dibandingkan diriku yg memiliki hati yg tidak bersih dengan orang2 yg beriman (orang2 yg bersih hatinya).

Itu saje la kot yg nak dikongsi...

[patotnye dah post dah..tapi atas sebab kemalasan yg teramat sangat...dilambatkan post nih..]

aku mintak maaf sangat2 atas kesilapan tersebut...

wallahu a'lam...

Sunday, October 26, 2008

-KhaLLiDu BiL QuRaNi-


By Finalis Akademi Al-Quran

Khallidu bil qurani huwa imamuna
'ala hidayatillahi amitna
Khallidu bil qurani huwa imamuna
'ala hidayatillahi amitna

Kalamu robbina hidayatuna
'atohu jibrilu 'ala rosulina
Kalamu robbina hidayatuna
'atohu jibrilu 'ala rosulina

Kalamu robbina 'ala nuril mustofa...4x

Khallidu bil qurani huwa imamuna
'ala hidayatillahi amitna
Khallidu bil qurani huwa imamuna
'ala hidayatillahi amitna

Kalamu robbina hidayatuna
'atohu jibrilu 'ala rosulina

Khallidu bil qurani huwa imamuna
'ala hidayatillahi amitna
Khallidu bil qurani huwa imamuna
'ala hidayatillahi amitna

Kalamu robbina hidayatuna
'atohu jibrilu 'ala rosulina
Kalamu robbina hidayatuna
'atohu jibrilu 'ala rosulina

Saturday, October 25, 2008

-iluvislam.com-

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum...

Huh... Pagi2 nih sejuk betoi...Dari pukui 3 pagi td dok hujan, sampai dlm pukui 8 baru berhenti. Alhamdulillah la sebab cuaca hari nih masih lagi elok dan penuh dengan rahmat dan keberkatan yg dilimpahi daripada Ilahi.

Kalau tengok kt luar negara, perang sana perang sini, bom sana bom sini, tembak sana tembak sini, memang xselamat lagi untuk keluar dari rumah. Apatah lagi, kalau keluar pergi duduk kt halaman rumah pun xselamat. Alhamdulillah, aku dan saudara2 se-Islamku yg lain dipilih oleh Allah untuk menetap di bumi Malaysia ini walaupun (ada jugak walaupun) politik masa kini belum stabil secara keseluruhannya. Bersyukur jugak bagi saudara se-Islamku yg berada di tempat2 yg aku sebutkan td tuh kerana diberi peluang oleh Allah untuk berjihad mempertahankan maruah agama Islam dan tanah air mereka sendiri. Di sana jugak, mereka dapat mempelajari erti susah payah kehidupan yg sementara agar mereka dapat kehidupan yg indah lagi abadi tika di akhirat kelak. Aku doakan moga Allah meredhai jalan yg mereka pilih dalam mempertahankan Islam agar kembali teguh berdiri di atas tanah air mereka sendiri. Amiiinnn Ya Robbal 'alamiin...

Sebenarnya nak kongsi pasal benda lain tapi terlintas pulak nak bincang sikit pasal hal td, jadi teruskan je lah sikit, hehe... Hmmm... Dah nak hampir setahun da aku masuk website iluvislam.com. Lama la jugak kan.. Tapi ada yg lagi lama dari aku, hehe... Banyak jugak yg aku pelajari dan yg aku dapat dari situ. Laman web iluvislam.com nih seperti 1 laman ilmu di mana ada membincangkan tentang permasalahan, perkongsian ilmu, cerpen, hadith, ayat2 al-Quran, dan berbagai-bagai lagi la. iluvislam.com jugak ada organisasi dia tersendiri yg terdiri daripada webmaster, editor, moderator, penganalisa artikel, penulis jemputan dan sebagainya. Setakat nih xtahu la dah berapa ramai yg jadi MT iluvislam.com. Ahli iluvislam.com setakat sekarang nih sudah mencapai 24 570 orang. Banyak jugak tuh. Alhamdulillah dan ucapan tahniah jugak kepada semua yg terlibat dlm iluvislam.com.

Selalunya aku masuk bahagian forum iaitu bahagian 100 forum terkini. Dari situ aku baca la pendapat2 sahabat2 iluvislam.com yg baru dipostkan. Banyak la tajuk2 forum yg ada kat situ. Hampir kesemuanya aku baca. Ada jugak aku post reply dalam forum tuh. Hehe.. Saja2, setakat nak memberi pandangan dan perkongsian sikit. Tapi idea sahabat2 yg lain lagi bernas dari yg aku punya idea. Hehe... Sronok jugak baca hasil kerja tangan cerpen yg sahabat2 iluvislam.com buat. Kebanyakannya, cerita yg bagus, dgn jalan cerita yg bagus, penggunaan bahasa yg baik, membuatkan sahabat2 iluvislam.com yg lain menjadi minat nk baca sampai habis ceritanya. Para moderator sumenye ok2, sporting, dan baik2 belaka. Ahli2 iluvislam.com pun baik2 jugak.

Kalau satu hari xmasuk iluvislam.com memang xsah, kehkehkeh... Adik aku pun ada jugak baca artikel dari situ, xtahu la dia jadik ahli ke x. Kadang2 tuh, jika ada maklumat dari situ yg aku rasa ragu2 sikit, aku tanya la sahabat2 aku. Jadi, dh ada 2 guru, kalau nak tanya dengan lebih jelas, tanya ustaz la maa. Dalam iluvislam.com pun ada moderator soal jawab agama yg bertauliah. Jadi, xmenjadi satu kerisauan untuk aku mempelajari sikit ilmu di iluvislam.com tuh. Dalam iluvislam.com nih jugak, setakat yg aku tahu, xdak la orang yg berfahaman dengan ajaran sesat or something like that, insyaallah. Semuanya yg bertauliah untuk bergelar seorang guru agama. Alhamdulillah, semua tuh menjadi halangan untuk aku mendapat ilmu daripada laman web tersebut.

Aku menaip bukan untuk menaikkan nama laman web tersebut, tetapi untuk perkongsian ilmu yg ada di dalamnya. Begitu jugak, aku bukanlah seorang yg taksub untuk mengikut satu-satunya sebuah website. Sekadar untuk mengembangkan pendapat dan pengetahuan sendiri kepada sahabat2 sekalian. Hehe...

Harap, apa yg baik itu, kita gunakan dan sampaikan dan yg xbaik itu, aku mohon kemaafan. Andai ada kesilapan bahasa yg ditaip dalam topik kali ini, pohon ditegur dan dimaafkan (sebab xgheti nak buat ayat sangat..hehe..).

Sudi2 menjenguk iluvislam.com ya... =]



Wallahu a'lam.... =]

Friday, October 24, 2008

-Muhasabah_Cintalah pada Allah-

Assalamualaikum...

Dah berapa hari dah aku xmasuk sini?? (xlama mana pun...hehe..)

Biarkan....

Pernah satu masa dahulu aku pernah tanya kepada beberapa orang sahabat aku....

" Selama awak hidup di dunia nih, siapa yg paling awak sayang?".

Kemudian, mereka memberi pelbagai jawapan...

Manusia 1 - Kalau nak kata kt Allah, ada jugak buat yg Dia larang. Kt mak ngan abah pon, ada jugak lawan cakap diorang... Entah, tak tahu lah.

Manusia 2 - Mestilah mak ngan ayah.

Manusia 3 - Firstly, Allah, Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam. Pas tuh paling sayang kt mak ayah.


Ada yg tanya aku balik, "Kenapa?".
Aku jawab la, "Saje2 je".

Ada yg tanya, "Hang pulak?".
Aku jawab balik,"Entah.. Aku pun xtau".

Kalau waktu sekarang aku ditanya soalan yg seperti itu lagi, dengan pasti aku akan menjawab dgn jawapan yg sama jugak. Kenapa? Sebab apa yg aku buat sekarang nih, xpasti lagi adakah aku betol2 ikhlas hendak melakukannya hanya kerana Allah. Kadang2, bila aku buat suatu perkara kerana mengharapkan sesuatu, aku cuba memperbetulkan niat kerana Allah yakni ikhlaskan hati dlm segala perbuatan. Kadang2 tuh, atas sebab keterpaksaan. Sebenarnya bagi aku, payah jugak untuk melakukan sesuatu perkara kerana Allah (hati yg ikhlas). Bagi sahabat2 lain, mungkin mereka sudah dapat mentarbiyyah hati mereka untuk melakukan sesuatu itu dengan ikhlas kerana Allah. Alhamdulillah dan syabas buat sahabat2 aku.

Apabila hati ditarbiyyahkan, akan datang ikhlas dalam hati. Daripada datangnya ikhlas itu, akan datang pula istiqamah. Apabila istiqamah itu sudah kukuh di dalam hati, datangnya halawatul iman. Akhirnya, diri manusia itu sendiri dapat merasai betapa manisnya iman yg ada dalam hatinya sehinggakan apabila kemanisannya berkurang, manusia tersebut menyepikan diri dan menangis dengan sebenar-benar tangisan agar Allah mengampuni dirinya dan memohon dikembalikan kemanisan iman itu. Sungguh mulia orang seperti ini kerana hatinya sentiasa ada pada Allah, Maharaja sekalian alam. Kerana takut pada kemurkaanNya, dia sentiasa berhati2 dalam menguruskan hal2 duniawi sambil dalam hatinya memohon ampun andai ada sikit kesilapan. Apabila tiba di sepertiga malam, dia bermunajat, bermuhasabah dan menahan diri dari tidurnya sedangkan manusia lain bz dengan kelenaan. Dia menilai kembali adakah dalam cintanya terhadap kekasihnya, Allah?

Ada satu kisah di mana ada seorang pemuda ini meminta kepada Nabi Musa mendoakannya supaya dikurniakan cinta Allah dalam padanya. Lalu, Nabi Musa memberitahu bahawa bahawa manusia tidak akan dapat mampu menanggung cinta itu walaupun hanyalah sebesar zarah. Kemudian diminta jugak oleh pemuda itu untuk mendapatkan cinta Allah setengah daripada zarah tersebut. Nabi Musa a.s. pun mendoakannya dan Allah kabulkan doa Nabi Musa a.s. Selang beberapa lama masanya(tak ingat berapa lama), pemuda tersebut hanya merenung ke arah langit sambil duduk di atas batu. Ditanya kepada Nabi Musa oleh pengikutnya, Baginda menjawab, "Begitulah keadaannya orang yg memperoleh ni'mat cinta Allah. Jika dicederakan tangannya sekalipun, dia tidak akan merasa sakit". Kisah ini saya dapat dari seorang sahabat. Begitu besarnya ni'mat cinta Allah. Allahuakbar.

Bagaimana pula cinta kita terhadap Allah? Adakah cinta kita terhadap Allah sudah sampai setengah zarah besarnya, apatah lagi sebesar satu zarah. Muhasabah diri kembali setakat mana kita sudah lakukan apa yg Allah perintahkan. Sejauh mana kita meninggalkan apa yg Allah larang. Perlu diingat, syaitan merupakan musuh manusia yg nyata. Jangan sesekali kita mengikut langkahnya kerana kenyataan, syaitan akan menyesatkan sekalian keturunan Adam. Sebagaimana dalam Al-Quran ada menyebut, "Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu",Surah Yasiin, ayat 60. Berdoalah moga2 kita dijauhkan dari godaan dan hasutan ibis dan syaitan la'natullah. Nauzubillahi min zalik.

Pesanan buat diri sendiri dan sahabat2, tarbiyyah hati. Jangan biar hidup dibelenggu kelalaian. Agar menjadi mu'min yakni orang yg beriman. Insyaallah...

Setakat tuh dulu... Penat daa naip... Ada salah silap, harap ditegur jgn disimpan.. untuk kebaikan bersama.. Yang betul tuh, kita semaikan dalam kehidupan.. Macam mana nk buat? Tepuk dada, tanya iman...

Wallahu a'lam....

Monday, October 20, 2008

-3 TazKiraH 1 MaLAm-

Baru semalam aku mendengar tazkirah dari 3 orang sahabat. Dua tazkirah lepas maghrib, satu lagi tazkirah lepas isya'. Berkenaan tazkirah lepas maghrib tuh, Akrami sahabat aku yg menyampaikan, tajuknya ape yer, xingat sangat, tapi ada kaitan dengan berbakti kepada masyarakat jugak la. Dalam isi tazkirah tuh, kesimpulannya menyarankan agar kita berbuat kebaikan kepada masyarakat tanpa mengharapkan balasan. Ada jugak disebut dalam penerangan tazkirah tuh, ia sebahagian daripada kesempurnaan iman. Aku pon terpikir, ape la yg aku buat terhadap masyarakat yakni, org2 di sekeliling aku, sahabat2 aku, senior2, org yg lebih tua daripada aku, dan org2 yg bekerja di kedai2 mkn tuh. Barangkali tak dak satu pun. Ish3... Tak baiknya aku nih.

Satu lagi tazkirah dari seorang sahabat aku jugak, Ibrahim. Banyak yg dia ceritakan tentang kisah2 Nabi, para sahabat. Renung sejenak... Segalanya berlaku dengan izin Allah. Allah melakukan sesuatu perkara tuh dengan asbab, berlawanan asbab dan tanpa asbab. Macam kisah Nabi Ibrahim, Nabi Ibrahim telak dicampak ke dalam api yg sangat besar dalam keadaan tiada sehelai benang pun pada badannya. Tetapi api yg sangat besar tuh, tak membakar sikit pun tubuh Nabi Ibrahim. Dalam kawanan api yg sangat besar tuh, Nabi Ibrahim berseronok dengan kurniaan yg Allah berikan dari syurga, mkn makanan dari syurga dan macam2 lagi. Ibu Nabi Ibrahim beritahu kepada Firaun, Namrud bahawa anaknya sedang berseronok dalam api tersebut. Namrud pun hairan la. Ye la, mana tak hairan sedangkan dialah dewa api seperti mana yg dia akui. Namrud bertanya kepada api, Kenapa kau tidak membakar Ibrahim, wahai api?". Api jawab, " Tuhan aku tidak memberi keizinan untuk aku membakar Nabi Ibrahim". Tanya lagi Namrud, " Kalau aku nak masuk dalam tuh jugak boleh tak?". "Kalau engkau masuk ke dalam, nescaya kau pun akan turut terbakar di dalamnya", api menjawab balik. Lebih kurang macam tuh la dialog Namrud dengan api tuh.

Lepas Solat Isya', aku ingatkan tazkirah akan disampaikan seperti biasa, baca Kitab Fadhail Amal. Tapi tazkirah kali nih lain sikit. Lain pun lain lah, asalkan ada pengisian yg benar dan mengajak kita berfikir. Banyak jugak isi yg disampaikan dalam tazkirah nih. Antaranya, mengajak kita berfikir tentang kebeseran dan kekuasaan Allah. Kebesaran Allah nih perlu kita fikir2 selalu supaya iman kita 'mantob'. Iman manusiakan ada pasang surutnya. Bila manusia itu lupa terhadap Allah, iman turun. Bila manusia itu ingat pada Allah, imannya meningkat. Mengingati tentang kejadian alam jugak mengajak kita kenal erti syukur. Jika kita ditimpa kesusahan,kita bersyukur. Sebabnya? Allah masih sayangkan kita. Kalau Allah tak sayangkan kita, Dia akan membiarkan kita lalai dalam arus keduniaan. Juga, apabila kita mendapat ni'mat, kita perlu bersyukur. Menggunakan ni'mat Allah dengan sebaik-baiknya. Jangan gunakan ni'mat Allah ke arah jalan yg tidak sepatunya. Teringat akan satu kisah seorang 'alim dengan seorang raja. Pada suatu hari tuh, seorang raja nih telah kehilangan satu jarinya. Jadi, dia mengadu pada orang 'alim nih. Orang 'alim tuh pun kata, "Bersyukurlah". Raja nih sikit berasa tak puas hati sebab dia dah pun hilang satu jari, jadi rasa tak sempurnalah macam manusia lain kan." Aku dah hilang satu jari pun masih menyuruh aku bersyukur. Pengawal!! Tangkap dia dan humban dalam penjara." suruh Raja tuh kepada pengawalnya. Jadi, orang 'alim tuh pun dimasukkan dalam penjara. Berkurunglah dia dalam penjara tuh.

Nak disambungkan cerita, Raja nih pun pergilah memburu dalam hutan dengan pembesar2 dan pengawal2nya pada satu hari tuh. Malangnya, Raja dengan orang2 dia ditangkap oleh orang2 hutan. Eh, silap... orang2 asli sebenarnya. Lalu dibawa mereka untuk dijadikan korban terhadap dewa org2 asli nih. Bila Pendeta orang asli nih tahu bahawa Raja tersebut tak sempurna sifat dia, tak boleh la dijadikan korban. Jadi dilepaskan Raja nih, maka selamatlah Raja tersebut dan pulang ke istananya. Lalu Raja nih sedar akan kesilapannya kerana mengurung org 'alim dalam penjara sebelum nih. Raja amatlah berterima kasih kepada org 'alim tersebut dan bersyukur kerana kepada Allah kerana telah selamatkan dia daripada dijadikan korban org2 asli tuh dan kerana telah menyedarkan Raja tuh.

Ha..macam tuh la lebih kurang jalan ceritanya. Hidup nih sudah menjadi ni'mat bagi kita di dunia ini. Bersyukurlah selalu dengan apa yg Allah kurniakan. Jangan dianggap musibah yg menimpa adalah suatu yg tidak baik, tetapi anggaplah ia sebagai satu ujian dan kasih sayang daripada Allah terhadap diri kita ini. Ibarat peribahasa melayu, bagai kera mendapat bunga. Yakni, bila dapat bunga tuh, dicabutnya helaian2 bunga itu hingga tinggal tangkai jer. Jauhkanlah diri kita dari sifat itu, yakni sifat tak tahu bersyukur dengan kurniaan Allah, Na'uzubillahi min zalik...

Yakin bahawa Allah telah menetapkan suatu yg terbaik buat kita pada hari yg mendatang. Jika kita banyak berdoa, tapi banyak antaranya kita rasa tidak dikabulkan. Maka, Allah telah menangguhkannya hingga ke suatu saat yg pasti akan tiba. Rasanya, cukup setakat nih dulu. Penat doh naip panje2 nih. Biasa la, tak selalu naip panje2 mace nih. Hehe....

Okeh, apa yg baik, dijadikan iktibar. Apa yg tak baik dan salah itu, tegur2lah aku nih agar lebih baik pada kemudian hari. Amiiinnn...

Wallahu a'lam......

Sunday, October 19, 2008

-Udah TaMaT-

Alhamdulillah...hehe...
Abih jugak aku punya ko-k 3 sem ngan Seni Silat Cekak Malaysia nih. Pas nih masuk bawah persatuan pulak, sambung dgn subjek pelajaran yg lain. Fuh.. Ari nih dr petang sampai pukui 12 tgh mlm... Penat gak la (alah...macam xbesa pulak). Petang tuh ujian teori dan sambung malam tuh pulak ujian praktikal....ahakss.. Macam mana la aku boleh wat buah xjadik, adeii. Cuti nih balik kena praktis lagi, kena 'mantob'kan diri. Kalo x, masuk kelas seterusnya, mampuih aku. Kena belasah teruk la nanti. hehe... Padan muka aku. Tuh la, len kali berlatih betoi2. Insyaallah dapat.. Mudah-mudahan Allah permudahkannya bagiku segala kepayahan hidup. Amiinn...

Friday, October 17, 2008

-PerMuLaaN-

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, bersyukur sangat2 sebab akhirnya jadik jugak aku nak buat blog. Tapi dah ketinggalan dgn yang sahabat2 yang lain dah. Dah lama dah teringin nak buat blog nih, tapi tu la, mana ada kemahuan di situ ada jalan. Nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih. Betul tak?

Objektif untuk buat blog nih pon bukan saja2. Macam sahabat2 yang lain, blog nih sebagai tempat luahan hati, kisah hidup, perkongsian pendapat, perkongsian ilmu, penyelesaian masalah dan sebagainya. Nih kali pertama la aku buat blog. Sebelum nih, tak pernah pon terfikir nak buat blog. Entah, datang mana seruan mengajak aku untuk membuat blog sendiri. Harap dengan blog nih, aku dapat berkongsi ilmu dengan sesiapa yang melayari blog aku nih. Sama2 la kita berkongsi ilmu. Ilmu yang bermanfaat itu ilmu yang dia amalkan dan disampaikan kepada orang lain.

Kepada yang melayari blog aku nih, selamat membaca. Moga2 apa yang kalian dapat daripada aku, buat penilaian yang sebenar-benarnya. Jika baik apa yang disampaikan daripada aku, Alhamdulillah. Tapi jika yang disampaikan tidak baik dari aku, aku mohon jutaan kemaafan dan harap kalian maafkan aku dan kalau sudi, tegurlah aku yang masih belajar nih. Harap, yg baik itu lebih banyak dari yang buruknya, bahkan lebih baik jika tiada yang buruknya. Amiinn...

Sekian, Wallahu a'lam.... =]

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP