Sunday, December 27, 2009

- SuKa DaN DuKa? BeRsYuKuRLaH -

Assalamu'alaikum...

Lama sudah aku tidak ber'posting' di sini. Jenguknya selalu, postingnya tak tahu. Aiihh... Apa nak jadi ni? Hehe... Sekarang sudah masuk zaman aku berL-i. Begitu juga dengan sahabat-sahabat aku yang seangkatan dengan aku di UniMAP. Hangpa semua dok wat pa la nih? L-i ok ka weh?? Haha... Harap-harap tiada masalah la ya.

Suka duka memang akan dilalui oleh setiap manusia yang hidup di muka bumi ini. Yang mana ketika saat sukanya, jangan alpa dan lupa dari Allah yang memberi ni'mat terhadapmu. Yang ketika saat dukanya, janganlah pula merungut dan menyalahkan Allah kerana Dia mahu kamu mempelajari erti syukur.

Bersyukurlah setiap waktu, setiap ketika, setiap detik yang dilalui. Insyaallah, hikmahnya besar. Bersabar dengan kerenah dan mehnah yang dihadapi. Insyallah, begitu tinggi ganjarannya selepas itu. Tidak terlepas juga manusia yang bernama aku. Melalui saat sukanya dan saat dukanya. Haruslah aku tabah, haruslah aku bersyukur, haruslah aku bersabar, dan haruslah aku sentiasa mendekatkan diriku dengan Tuhanku. Insyaallah, aku memperoleh ketenangan.

Tatkala masa gembira, hati jadi suka, senang, lapang dada dan sentiasa wajah dihiasi senyuman. Tatkala masa duka, hati sayu, wajah menjadi muram, dan tubuh berasa longlai. Begitulah manusia yang tidak kuat dan tidak berpegang teguh pada Tuhannya. Manusia yang kuat adalah manusia yang beriman. Tidak kira di masa susah atau senang, dia tetap tersenyum, hati menunjukkan suka, dan lapang dadanya. Itu menunjukkan dia tenang dan redha menerima ketentuan Allah.

Jadikanlah diri kita seperti orang ini agar akal kita masih waras, dan hati kita masih tenang dan tak gundah gulana. Insyaallah, harapan itu masih ada. Jadikan syukur sebagai amalan hati.

Wallahu a'lam....

Saturday, November 28, 2009

- PeRmuLaaN: 11 ZuLhiJJaH 1430 -

Alhamdulillah... Hari ini bagaikan dalam sejarah (kot laa...). Hampir seluruh ahli keluarga Haji Salleh a.k.a moyang aku berhimpun di tempat bermulanya sejarah tersebut, di Pondok, berhampiran Makam Diraja, Langgar. Perhimpunan besar keluarga yang pertama kali diadakan agak meriah juga. Ramai yang datang, yang dah lama tidak nampak dan yang tidak pernah nampak pun ada juga.

Apabila melihat kembali salasilah yang disusun oleh PakSu Sukarno, memang tak dijangka ramainya zuriat selepas Allahyarham moyang Haji Salleh. Cucu-cucu beliau boleh dijangkakan dalam lebih 20 orang, apatah lagi cicit-cicit beliau yang hampir semuanya 100 orang (jangkaan aku... taip tak rujuk semula). Tidak termasuk bilangan menantu bagi cucu dan cicit beliau. Tidak kusangka begitu besarnya keluarga ini.

Tidak aku lupakan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha kepada semua yang mengenali diri aku ini. Sapa-sapa nak mai beghaya kat ghumah aku, habaq dulu na. Mana tau, kot-kot aku balik kampung ka, takdak kat ghumah ka, hehe... Kepada kawan-kawan aku yang akan memulakan L-i pada 1 Disember 2009 ini, semoga praktikal kalian bermula dengan baik, Insyaallah. Semoga kita semua dalam barakah Ilahi. Insyaallah...

Jadikan Aidil Adha kali ini sebagai satu jawapan terhadap apa jua yang telah kita lakukan sebelum ini, adakah kita berada di tempat yang betul, atau tidak. Insyaallah, semoga kita semua melalui hari-hari yang mendatang dengan baik.

Wallahu a'lam...

Saturday, October 31, 2009

- SeLamaT JawAb PeRiKsa -

Assalamu'alaikum....

Pada kesempatan ini, aku mahu ucapkan selamat menjalani peperiksaan akhir semester buat kawan-kawan aku yang se-U dengan aku dan buat kawan-kawan aku yang se-periksa dengan aku. Semoga kita bersama-sama beroleh kejayaan dalam subjek-subjek yang diambil. Tidak hanya mendapat kejayaan dalam pelajaran, tetapi mendapat kejayaan kemerdekaan diri daripada jahiliah, gejala sosial dan berubah kepada akhlak yang lebih baik, insyaallah.

Berusahalah sehabis mungkin, berdoalah seikhlas hati, bertawakkallah setelah itu. Semoga Allah membantu kita di mana sahaja kita berada, tidak hanya ketika kita dalam kesusahan, malah dalam kesenangan pun mohonlah keselamatan iman dan diri daripadaNya.

Akhir kalam, Allahummaj 'alna minan najihin wal faizin, war zuqna fahman nabiyyin, wa hifzol mursalin, wa ilhamal malaikatil muqarrabin, fi 'afiyatin ya arhamar rahimin.....

wallahu a'lam...

Tuesday, October 06, 2009

- HuKuMaN SeBaT -

Rasa marah, geram, sedih bercampur baur dalam hati. Namun,tetap ditahan kerana memikirkan ketidaksesuaian untuk melepas emosi-emosi tersebut. Bersabar sahajalah yang mampu. Itupun dipaksatahan kerana sifat dan emosi muda ini yang menggelegak. Hal demkian kerana apa? Kerana umat Islam, yakni saudara seagama sendiri yang menentang atau seakan-akan menentang hukum yang telah ditetapkan oleh Allah 'azza Wa Jalla. ya Allah, Maafkanlah mereka dan ampunkanlah mereka. Berikanlah petunjuk hidayah untuk menerangi hati mereka yang kian gelap.

Kisah hukuman sebat terhadap model Singapura, Kartika Sari Dewi Shukarno yang semakin rancak diperbincangkan dalam media elektronik mendatangkan reaksi pelbagai pihak dalam negara mahupun luar negara. Ada yang mengatakan bahawa kisah Kartika ini sebagai permulaan untuk hukum hudud dilaksanakan di Malaysia. Ada pulak yang menentang hukuman sebat ke atas model Singapura ini kerana kononnya mencabuli hak asasi manusia. Yang paling menyedihkan, di kalangan penentang itu adalah saudara seagama aku sendiri. Ada juga di kalangan mereka pemimpin yang beragama Islam. Memang amat menyedihkan tentang hal ini.

Pendapat aku mengenai hukuman sebat terhadap model Singapura tersebut memang wajar dilaksanakan. Saksi, bukti dan pengakuan daripada yang tertuduh sendiri menyebabkan dia dijatuhkan hukuman sebegitu rupa. Itulah, tuan empunya badan redha dan terima sahaja hukuman tersebut dan mahu segera dilaksanakan mengikut syari'at Islam, tetapi ada pula pihak yang langsung entah tidak ada kena mengena tampil konon-kononnya untuk membelanya. Maaf aku katakan, itu adalah satu tindakan yang amatlah menaikkan kehairanan bagi pihak yang menyokong hukuman tersebut. Ish ish ish... Hendak dikatakan kurang ilmu di dada, jawatan yang disandang adalah tinggi. Mungkin kerana kurangnya ilmu agama, dan salah faham atau buat-buat tak faham atau memang tak faham langsung yang mencampakkan diri sendiri dalam lembah kebodohan hati.

Sister In Islam, Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Malaysia (HAKAM) adalah antara pihak yang membantah hukuman sebat tersebut dijalankan dan menuntut supaya hukuman tersebut dikaji semula. Terdapat juga beberapa individu lain yang turut menentang dan seakan-akan menentang dan mahu hukuman tersebut ditukar kepada hukuman jenis tarbiyah serta menganggap bahawa hukuman tersebut tidak setimpal dengan kesalahan yang dibuat. Beginilah jadinya, jika belajar tak habis(Kalau betul belajar tak habis), dan menggunakan akal semata-mata tanpa berpandukan al-QUran dan as-Sunnah. Allah 'azza Wa Jalla telah menetapkan sesuatu yang tidak perlu manusia pandai-pandai mengubahnya dengan berpandukan akal fikiran mereka semata-mata. Jika keterangan dan pesanan orang yang pandai agama tak diikut, siapa lagi yang hendak kita ikut?

Berfikirlah dengan menggunakan akal yang berlandaskan Islam (al-Quran dan as-Sunnah). Jangan mudah pandai meletakkan ini perlu diubah, itu perlu ditukar jika diri sendiri itu tidak mengetahui nilai-nilai Islam yang sebenar. Aku akui diri ini juga masih mencari ilmu dan masih kekurangan ilmu berbanding dengan kalian. Tetapi inilah pandangan aku terhadap perkara ini. Selamatkanlah diri kita dari lembah kebinasaan. Semoga kita semua diberi petunjuk dan cahaya hidayah daripada Allahu Rabbul 'alamin... Amiinn.....

p/s: Jika terkasar atau tersilap bahasa, aku minta maaf...

wallahu a'lam...

Monday, October 05, 2009

- RinDuKu -

Rindu.... Apabila rinduku berbicara, hati pulak terasa sayu. Rindu akan orang jauh. Rindu akan abah dan mak. Rindu akan adik-adik yang kini masing-masing menuntut ilmu. Rindu akan masa lalu aku. Namun, kenangan masa lampau tak akan berulang kembali. Hidup mesti diteruskan walaupun ada yang sudah pergi menghadap Ilahi. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Al-Fatihah buat yang telah tiada.

Alhamdulillah, tok aku sudah beransur pulih dari sakitnya. Rindu juga aku padanya. Hanya sempat berjumpa dengannya pada hari raya yang kedua sahaja. Jika sebelum ini, aku singgah menziarahnya baring dengan wajah yang lesu di atas katil, kini dia dapat berjalan seperti biasa. Begitulah kuasaMu Ya Allah. Apabila Engkau berkehendakkan sesuatu, pasti berlaku.

Rinduku pada Al-Kitab yang tertutup diam dalam simpanan. Kini, Alhamdulillah...seperti biasa semula. Semakin berbicara dengannya, semakin bertambah rinduku padanya. Semoga aku diberi kekuatan untuk beristiqamah. Biarlah ia menjadi tabiat yang sukar untuk dipisahkan dari diriku.

Jadi, di mana rinduku pada Ya Rabbi? Adakah aku tidak langsung berasa untuk bertemu denganNya di sana? Memang aku merasakan untuk bertemu denganNya. Tetapi, baikkah keadaaan aku apabila pertemuan itu terjadi? atau burukkah keadaan aku di sana kelak? Kubertanya pada diri sendiri yang tidak mengetahui, siapakah aku di hadapan Tuhanku? Hambakah aku padaNya? Tak mampu diriku menjawab. Diam membisu seribu bahasa. Biarpun dipaksa-paksa, namun langsung kaku.



Ya Allah... Engkau mengurniakan keampunanMu kepada sesiapa jua yang Engkau kehendaki, dan Engkau jua murka kepada sesiapa jua yang Engkau kehendaki. Ampunkan aku Ya Rabb andai diri ini selalu alpa dan lupa tentangMu. Jauhkan aku dari segala seksaan api nerakaMu. Jangan biarkan aku terus berada dalam lembah kebinasaan. Amiiinn...

Saturday, August 22, 2009

- MaRhaBaN Ya SoHibuL KariM -

Assalamu'alaikum....

.:: Marhaban Ya Ramadhan ::.

Mujur... Semujur mujurnya bersua kembali dengan Ramadhan. Rasa khuatir juga dalam diri ini adakah berkunjung lagi wahai Bulan yang Mulia pada tahun ini. Alhamdulillah... segalanya lancar hingga ke hari ini.

Alhamdulillah... Kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas, segala-galanya tidak berubah. Mungkin ada sedikit. Ibadah puasa dilaksanakan seperti biasa meskipun ada sedikit rasa sakit kepala sebab tidak dapat bertahan lama kerana perut tidak terisi. Insyaallah, untuk kemudian hari dalam Ramadhan, tidak masalah mengenai sakit kepala lagi.

Meskipun bertemu kembali dengan Ramadhan, aku mengharapkan agar aku dapat menjamu ia dengan sebaik-baiknya dengan juadah ibadah puasa dan ibadah malam hari. Harap-harap begitulah hendaknya kan. Maaf ya Ramadhan seandainya pada tahun-tahun yang lalu, aku tidak dapat memberi yang terbaik buatmu. Ya Allah. kuatkanlah hambaMu ini.

Bulan Ramadhan juga Bulan Al-Quran dan Bulan yang terdapat dalamnya malam Al-Qadr. Dalam bulan ini jualah, di mana semua pintu neraka ditutup dan semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya buat hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Kitakah sebahagian daripadanya? Moga-moga begitulah hendaknya. Dalam bulan ini jua dirantai iblis dan syaitan dari keluar menjahanamkan anak-anak dan cucu cicit Adam 'alaihi salam.

Pada saat ini jualah, pada ketika ini juga, peluang yang terbuka seluasnya buat kita untuk bermuhasabah kembali apa yang kita telah lakukan pada detik-detik sebelumnya. Berjayakah kita? Gagalkah kita? Renung-renungkanlah... Jika pada siang hari kita cantikkan dengan ibadah puasa, maka pada malam hari pula, kita indahkan dengan ibadah-ibadah sunat seperti solat sunat tarawih, tadarrus Al-Quran dan qiyamullail. Insyaallah, mudah-mudahan kita istiqamah dan segala ibadah kita diterima oleh Allah 'azza Wa Jalla.

Akhir kalam, semoga ibadah dan pekerjaan kita diterima oleh Allah sepanjang bulan Ramadhan ini.

Ihya Ramadhan!!!

Wallahu a'lam...

Saturday, August 15, 2009

- WhY SciENce FAiLs To ExPLaiN GoD? -

Assalamu'alaikum....

Seorang sahabat aku telah menghantar satu email yang amat bermakna dan memang patut aku berkongsi dengan kalian semua. Terima kasih Pak Jan.
________________________________________________

At an educational institution: Professing to be wise, they became fools....
"LET ME EXPLAIN THE problem science has with God."

The atheist professor of philosophy pauses before his class and then
asks one of his new students to stand.
"You're a Muslim, aren't you, son?"

"Yes, sir."

"So you believe in God?"
"Absolutely. "

"Is God good?"

"Sure! God's good."

"Is God all-powerful? Can God do anything?"

"Yes."

The professor grins knowingly and considers for a moment.

"Here's one for you. Let's say there's a sick person over here and
you
can cure him. You can do it. Would you help them? Would you try?"

"Yes sir, I would."

"So you're good...!"

"I wouldn't say that."

"Why not say that? You would help a sick and maimed person if you
could
in fact most of us would if we could... God doesn't."

[No answer]

"He doesn't, does he? My brother was a Muslim who died of
cancer even though he prayed to God to heal him. How is this God
good?
Hmmm? Can you answer that one?"
[No answer]

The elderly man is sympathetic. "No, you can't, can you?" He takes a sip of water from a glass on his desk to give the student time to relax. In philosophy, you have to go easy with the new ones.
Let's start again, young fella."

"Is God good?"

"Er... Yes."

"Is Satan good?"

"No."

"Where does Satan come from?" The student falters.

"From... God..."

"That's right. God made Satan, didn't he?" The elderly man runs his bony fingers through his thinning hair and turns to the smirking, student audience.

"I think we're going to have a lot of fun this semester,
ladies and gentlemen."

He turns back to the Muslim. "Tell me, son. Is there evil in this world?"

"Yes, sir."

"Evil's everywhere, isn't it? Did God make everything?"

"Yes."

"Who created evil?"

[No answer]

"Is there sickness in this world? Immorality? Hatred? Ugliness? All the terrible things -do they exist in this world?"

The student squirms on his feet. "Yes."

"Who created them? "

[No answer]

The professor suddenly shouts at his student.

"WHO CREATED THEM? TELL ME, PLEASE!"

The professor closes in for the kill and climbs into the Muslim's face. In a still small voice: "God created all evil, didn't He, son?"

[No answer]
The student tries to hold the steady, experienced gaze and fails. Suddenly the lecturer breaks away to pace the front of the classroom like an aging panther. The class is mesmerized.

"Tell me," he continues," How is it that this God is good if He created
all evil throughout all time?"
The professor swishes his arms around to encompass the wickedness of the world.
"All the hatred, the brutality, all the pain, all the torture, all the death and ugliness and all the suffering created by this good God is all over the world, isn't it, young man?"

[No answer]

"Don't you see it all over the place? Huh?"

Pause.

"Don't you?"

The professor leans into the student's face again and whispers, Is God good?"

[ No answer]

"Do you believe in God, son?"

The student's voice betrays him and cracks.

"Yes, professor. I do."
The old man shakes his head sadly. "Science says you have five senses you use to identify and observe the world around you. You have never seen God, Have you?

>"No, sir. I've never seen Him."

>"Then tell us if you've ever heard your God?"

"No, sir. I have not."

"Have you ever felt your God, tasted your God or smelt your God...in fact, do you have any sensory perception of your God whatsoever?"
[No answer]

"Answer me, please."

"No, sir, I'm afraid I haven't."

"You're AFRAID... you haven't?"

"No, sir."

"Yet you still believe in him?"

"...yes..."

"That takes FAITH!" The professor smiles sagely at the underling. According to the rules of empirical, testable, demonstrable protocol, science says your God doesn't exist. What do you say to that, son? Where is your God now?"

[The student doesn't answer]

"Sit down, please."
The Muslim sits...Defeated. Another Muslim raises his hand.
"Professor, may I address the class?"

The professor turns and smiles. "Ah, another Muslim in the vanguard! Come, come, young man. Speak some proper wisdom to the gathering."

The Muslim looks around the room. "Some interesting points you are making, sir. Now I've got a question for you.

"Is there such thing as heat?"

Yes, the professor replies. "There's heat."

"Is there such a thing as cold?"

"Yes, son, there's cold too."

"No, sir, there isn't."

The professor's grin freezes. The room suddenly goes very cold. The second Muslim continues.
“You can have lots of heat, even more heat, super-heat, mega-heat, white heat, a little heat or no heat but we don't have anything called 'cold'. We can hit 458 degrees below zero, which is no heat, but we can't go any further after that. There is no such thing as cold, otherwise we would be able to go colder than 458 - - You see, sir, cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold.”

"Heat we can measure in thermal units because heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it."

Silence. A pin drops somewhere in the classroom.

"Is there such a thing as darkness, professor?"

"That's a dumb question, son. What is night if it isn't darkness? What are you getting at...?

"So you say there is such a thing as darkness?"

"Yes..."

"You're wrong again, sir. Darkness is not something; it is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light but if you have no light constantly you have nothing and it's called darkness, isn't it? That's the meaning we use to
define the word. In reality, Darkness isn't. If it were, you would be able to make darkness darker and give me a jar of it. Can you...give me a jar of darker darkness, professor?" despite himself, the professor smiles at the young effrontery before him. This will
indeed be a good semester.

"Would you mind telling us what your point is, young man?"

"Yes, professor. My point is, your philosophical premise is flawed to start with and so your conclusion must be in error...."

"The professor goes toxic. "Flawed...? How dare you...!"

"Sir, may I explain what I mean?"

The class is all ears.

"Explain... oh, explain..." The professor makes an admirable effort to regain control. Suddenly he is affability itself. He waves his hand to silence the class, for the student to continue.

"You are working on the premise of duality," the Muslim explains. “That for example there is life and then there's death; a good God and a bad God. You are viewing the concept of God as something finite, something we can measure. Sir, science cannot even explain a thought. It uses electricity and magnetism but has never seen, much less fully understood them. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing.”

"Death is not the opposite of life, merely the absence of it." The young man holds up a newspaper he takes from the desk of a neighbors who has been reading it.

"Here is one of the most disgusting tabloids this country hosts, professor. Is there such a thing as immorality?"

"Of course there is, now look..."

"Wrong again, sir. You see, immorality is merely the absence of morality. Is there such thing as injustice? No."

”Injustice is the absence of justice. Is there such a thing as evil?"
The Muslim pauses.

"Isn't evil the absence of good?"

The professor's face has turned an alarming color. He is so angry he is temporarily speechless.

The Muslim continues. "If there is evil in the world, professor, and we all agree there is, then God, if he exists, must be accomplishing a work through the agency of evil. What is that work, God is accomplishing? Islam tells us it is to see if each one of us will, choose good over evil."

The professor bridles. "As a philosophical scientist, I don't vie this matter as having anything to do with any choice; as a realist, I absolutely do not recognize the concept of God or any other theological factor as being part of the world equation because God is not observable."

"I would have thought that the absence of God's moral code in this world is probably one of the most observable phenomena going," the Muslim replies.

"Newspapers make billions of dollars reporting it every week! Tell me, professor. Do you teach your students that they evolved from a monkey?"

"If you are referring to the natural evolutionary process, Youngman, yes, of course I do."

"Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?"

The professor makes a sucking sound with his teeth and gives his student a silent, stony stare.

"Professor. Since no-one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavor, are you not teaching your opinion, sir? Are you now not a scientist, but a priest?"

"I will overlook your impudence in the light of our philosophical discussion. Now, have you quite finished?" the professor hisses.

"So you don't accept God's moral code to do what is righteous?"

"I believe in what is - that's science!"

"Ahh! SCIENCE!" the student's face splits into a grin.

"Sir, you rightly state that science is the study of observed phenomena. Science too is a premise which is flawed..."

"SCIENCE IS FLAWED..?" the professor splutters. The class is in uproar. The Muslim remains standing until the commotion has subsided.

"To continue the point you were making earlier to the other student, may I give you an example of what I mean?"

The professor wisely keeps silent. The Muslim looks around the room.

"Is there anyone in the class who has ever seen air, Oxygen, molecules, atoms, and the professor's brain?"

The class breaks out in laughter. The Muslim points towards his elderly, crumbling tutor.

”Is there anyone here who has ever heard the professor's brain...felt the professor's brain, touched or smelt the professor's brain?"

No one appears to have done so. The Muslim shakes his head sadly.
“It appears no-one here has had any sensory perception of the professor's brain whatsoever. Well, according to the rules of empirical, stable, demonstrable protocol, science, I DECLARE that the professor has no brain."

NOW IT IS EVERYONE'S CHANCE TO LEARN MORE ABOUT ISLAM, ABOUT
GOD,
ABOUT THE PURPOSE OF Existence, creation & life, ABOUT THE PROPHETS OF GOD, & ABOUT HIS HOLY BOOKS, ESPECIALLY THE HOLY QUR'AAN.
THEN IT IS YOUR CHOICE TO BECOME A MUSLIM, OR NOT.
ALLAAH SAYS IN THE HOLY:

"THERE IS NO COMPULSION IN RELIGION "

"There is no compulsion in religion; truly the right way has become clearly distinct from error; And he who rejects false deities and believes in Allah(The God) has grasped a firm handhold which will never break. and Allah is ALL-Hearing, All-Knowing"
[ 2:256 ]

"Allah is the Protecting Guardian of those who believe. He brings them out of the darkness into the light; As for those who disbelieve, their guardians are false deities. They bring them out of light into darkness"
[ 2:257 ]

AL-QUR'AAN (CHAPTER # 2, VERSES # 256-257) They are much nicer and more sound in Arabic)

The Muslim sits... Because that is what a chair is for!!!

Monday, August 10, 2009

- HaTi MeNanGis -

Lemahnya iman tatkala dalam meneruskan hidup ini
Lemahnya badan tatkala memikul tanggungjawab
Adakah akan tersungkur di pertengahan jalan duniawi?
Aku hanya seorang hamba
Selayaknya aku menerima semua ini
Dengan hati terbuka dan redha
Jangan mudah berputus asa
Jadilah insan yang mengenal lelah
Tapi tetap teguh meneruskan perjalanan
Perjalanan dunia yang hanya sekadar persimpangan
Bukan menjadikan dunia tempat mengikut nafsu
Sedarlah sekarang sebelum terlambat
Laluan hidup hampir tamat
Biar senang dunia akhirat
Ingatan hanya untuk Ilahi
Yang Tertinggi ya Rabbi
Hamba memohon sepenuh hati
keampunanMu dambaan hati
.::Ampunkan hamba Ya Rabb::.


= Wallahu a'lam =

Monday, July 06, 2009

- PeSoNa duNia -

Assalamu'alaikum... dari tidak ada benda nak buat, aku taip lagu nih. Dah memang tak tahu nak buat apa dah.



Indah dunia yang mempersona
Bagai dian terang menyala
Sehingga terlupa kan padam akhirnya

Dunia ini hanya pinjaman
Untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka

Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan ia kan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Jika jasad terkubur terkaku mati

Bayangkanlah jika di dunia
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi

Bersyukurlah sentiasa dengan apa yang ada

Dunia ini hanya pinjaman
Untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka

Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan ia kan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Jika jasad terkubur terkaku mati

Bayangkanlah jika di dunia
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi

Adakala harta dunia
Belum tentu membantu kita
Jadi bebanan yang menyusahkan

Kumpulan: Inteam

Wednesday, June 24, 2009

- AmPuN MaK AmPuN -

Assalamu'alaikum....


Sungguh banyak perkara yang berlaku dalam bulan nih. Ya Allah, boleh pulak aku lupakan satu hari yang bermakna bagi mak aku. Aduuhh... Apa punya anak daaa... Kasihan mak aku...

Mak, Selamat Hari Lahir buat Mak. Minta maaf sebab abang tak ingat hari lahir mak. Baru ingat kelmarin. Dah lepas dah pon hari bermakna buat mak. Maaf bangat sih... Abang bukan sengaja hendak melupakan, tapi memang terlupa... Betul-betul terlupa. Adoii...

Mak, terima kasih kerana melahirkan abang yang tak berapa baik nih....
Mak, terima kasih kerana menjaga abang yang nakal masa kecik-kecik dulu...
Mak, terima kasih kerana membesarkan abang sehingga abang dapat masuk ipta...
Mak, terima kasih kerana merawat abang waktu abang sakit dahulu...
Mak, terima kasih kerana menjaga pakaian, makan minum abang selama nih...
Mak, terima kasih atas segalanya mak...

Ampunkan dosa-dosa abang pada mak, dan maafkan abang kerana menyusahkan mak... Tiada mak yang terbaik buat abang selain mak sahaja. Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan aku seorang insan yang sanggup bersabar dan menyara aku selama ini. Hanya Engkau sahajalah yang dapat membalas segala jasa mak aku selama ini.

Ya Allah, tempatkanlah mak dan abah aku dalam kalangan orang yang beriman dan para solihin.
Amiinn... Ya Rabbal 'alamin...

- SelamaT HaRi LahiR MaK -



Wallahu a'lam...

Monday, June 22, 2009

- SeLamaT Hari AbaH -

Assalamu'alaikum...


Selamat Hari Bapa. Itu yang aku nak ucapkan pada abah aku. Pengorbanan seorang yang bernama Abah ini tidak ternilai harga dan tidak terkira besar jasanya pada keluarga, terutamanya pada aku. Biarpun diam tidak pernah mengungkit, tetapi dalam hatinya siapa tahu tersimpan seribu keperitan dan penat lelahnya dalam menyara keluarga.

Abah aku ini walaupun nampak garang, tetapi hatinya baik. Hehehe... Abah aku merupakan seorang guru di sebuah sekolah. Dekat aja dengan rumah. Beliau mengajar pelajar-pelajar tingkatan 1 hinggalah tingkatan 3. Oleh sebab itu, ramai la budak-budak kat taman rumah aku nih kenal dengan beliau.

Selain itu, hobi abah aku ini ialah sering mengadap komputernya dan membaikpulih komputer. Siapa-siapa yang pernah datang rumah aku, mereka dapat lihat banyak CPU-CPU kat dalam rumah aku nih (Abah...jangan marah na, nanti cepat tua...Hehe...). Beliau mendapat ilmu ini dengan belajar sendiri, dengan izin Allah. Ingin juga aku mewarisi ilmunya yang melambak itu. Hehe... Bukannya apa, kan senang kalau aku yang membaiki komputer sendiri. Tidak perlu menyusahkan abah aku lagi.

Apa-apa pun, aku doakan semoga Abah aku dipanjangkan umur, dimurahkan rezki, dan diberi ni'mat kesihatan yang baik sentiasa. Amiiin...

- Selamat Hari Bapa -






Wallahu a'alam...

- UntukMu Palestin -

Assalamu'alaikum...

Setelah sekian lama, isu Palestin masih lagi berlanjutan. Di sini, ada satu lirik tanpa irama. Khas untukmu, wahai Palestin.




Terdengar sayup suara
Menangis kerna derita
Yang tiada penghujungnya
Entah bila damai kan tiba

Anak-anak kehilangan ibu ayah
Si ibu meratap kematian anaknya
Mujahid pula berjuang sehabis mungkin
Demi tanah air yang dirampas
Demi agama yang ditindas

Ya Allah.....
Syahidkanlah mereka
Kurniakan mereka kebebasan
dari rakus penjajah yang zalim
Moga bumi anbiya kembali aman

Perjuangan tetap diteruskan
Walaupun di hadapan sebuah badai
Apa yang didambakan
Hanyalah kedamaian


Berdoalah untuk mereka agar perjuangan Islam di sana akan kekal hingga Islam kembali teguh di bumi Palestin. Amiiinn...

Wallahu a'lam...

Saturday, June 20, 2009

- KeMbaLi koT?? -

Assalamu'alaikum...

Lama sudah aku tak berperanan sebagai penulis. Menulis merupakan sebahagian daripada hobi kecil aku. Acap kali aku mengadap 'laptop', aku tak jadi nak membuat sebuah contengan, apatah lagi coretan. Hahaha..... Macam mengalami masalah mental la pulak. Mungkin, mana la tahu kan. Hehehe... Tak mengapa, yang penting aku tahu bahawa aku sihat wal'afiyat sekarang.

Diniiatkan dalam hati, nak menyambung semula conteng menyonteng di blog nih, tetapi tak tahu sama ada mampu bertahan atau tidak. Insyaallah, mampu bertahan kot. Doa-doakanlah ya. Amiinn...

Ada lagi lebih kurang 2 minggu aku nak masuk semester 5. Lepas habis semester 5, aku akan pergi LI. Rencananya, mahu LI dekat-dekat kawasan Alor Setar saja. Minta-mintalah dapat LI kat Alor Setar. Tak payah nak susah LI kat tempat jauh-jauh. Serik-serik. Kalau cari calon pon, tak nak yang jauh-jauh sangat. Tapi kalau sudah jodoh dengan orang jauh, nak buat macam mana. Hmm...

Okeh, setakat nih dulu kot aku contiyang2 nih. Doakan kejayaan aku di dunia dan di akhirat ya. Amiinn...

Wallahu a'lam...

Thursday, April 23, 2009

-ToK....-

Assalamu'alaikum...

tok...

abang doakan moga2 tok sihat seperti sebelumnya...

dah lama tak makan dan minum air tangan tok...

semasa menziarahi tok, abang rasa sedih sangat melihat tok terbaring atas katil...

abang selalu sangat mendoakan tok semoga sihat dan ceria seperti yang sebelumnya....

rumah tok....

dah lama tak singgah...

kalau dulu, tiap-tiap lepas jumaat, boleh la singgah sekejap...

hehehe....

minum air milo tok la jawabnya kan...

tapi kini...terbaring...

harap tok sihat kembali ya tok....

boleh la tengok tok senyum dan ketawa lagi...

waktu raya dulu, boleh singgah rumah tok...

makan rendang yang tok buat...

kalo dulu....

boleh tidur di rumah tok...

terkenang masa dulu la tok...

cepat sihat yer tok...

doa abang untuk tok selalu menjadi basahan di bibir ini....

tok....

mungkin sampai sini dulu luahan cucu tok yang seberapa ini...

harap tok kembali sihat wal'afiyat...

amiiinnn.....

wassalamu'alaikum.... =)

p/s: pesan tok abang selalu dalam ingatan....

Thursday, March 26, 2009

Karamah Dari Gaza 2



Assalamualaikum, Berikut adalah tulisan Dr Abdul Rahman Ahmad Jamal, salah seorang pemimpin Hamas berkenaan perang di Gaza. Bukanlah secara kebetulan bahawa peperangan yang dihadapi oleh rakyat Palestin di Gaza dengan penuh keteguhan dan kesabaran disebut dengan perang “Al-Furqan” atau perang pembeza.

Penamaan ini sudah menjadi takdir Allah swt. Ia adalah sambungan dari perang Badar yang dinamakan oleh Allah yang Maha Kuasa pada Hari Al-Furqan di mana bertemunya dua kelompok. Dalam peperangan Badar, tanda2 Allah sangat jelas terlihat dengan pertolongan-Nya kepada orang yang beriman dimana mempunyai jumlah yang sedikit. Bahkan Allah jualah yang mentadbir dan mengatur peperangan itu dengan mengerahkan para malaikat untuk berperang bersama orang-orang yang beriman.

Malaikat memberikan rasa mengantuk kepada orang mukmin untuk keamanan dan ketenangan bagi mereka, menurunkan air dari langit untuk membersihkan orang-orang yang beriman dari kotoran syaitan dan mengikat hati-hati mereka dan meneguhkan kaki-kaki mereka.

Allah swt mewahyukan kepada para malaikatnya dengan firmanNya :

“أني معكم فثبتوا الذين آمنوا سألقي في قلوب الذين كفروا الرعب”

Bahwa Aku bersama kamu, maka kukuhkanlah pendirian orang-orang yang beriman. Akan kami berikan ketakutan dalam hati orang-orang kafir,” (QS : Al-Anfal 12)

Begitu juga para malaikat ikut memerangi orang-orang musyrik;

“فاضربوا فوق الأعناق واضربوا منهم كل بنان”

Maka pukullah atas leher-leher mereka dan pukullah ujung jari-jari mereka

Serta lemparan Rasulullah saw yang mengena kepada sasaran;

“فلم تقتلوهم ولكن الله قتلهم وما رميت إذ رميت ولكن الله رمي“

Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka (orang kafir) tapi Allah yang membunuh mereka, dan bukanlah engkau yang melempar ketika engkau melempar namun Allah yang melempar
(QS : Al-Anfal 17)

Allah SWT memperlihatkan jumlah orang-orang musyrik di mata Rasulullah SAW dalam mimpinya dengan jumlah yang sedikit dan Allah memperlihatkan di mata orang-orang mukmin jumlah orang-orang kafir yang sedikit. Ketika dua kelompok ini bertemu, maka orang-orang kafir melihat jumlah orang mukmin dua kali ganda. Allah menolong siapa saja yang dikehendaki-Nya.

Semua itu adalah karamah dalam pertempuran Al-Furqan. Dalam pertempuran Al-Furqan di Gaza sebulan yang lalu, dokongan dan pertolongan Allah kepada para mujahidin bahkan kepada manusia secara umum dapat kita lihat. Allah swt mengurniakan sejumlah karamah kepada mujahidin untuk memberikan keteguhan di hati mereka. Itu tidak pelik dan aneh. Para ulama menegaskan dengan dalil yang kuat bahwa para malaikat yang turun di perang Badar untuk berperang bersama orang-orang mukmin itu tidak khusus untuk ahli Badar namun umum untuk semua golongan orang-orang yang beriman; jika mereka ikhlas dan benar dalam jihadnya untuk meninggikan kalimat Allah dan menegakkan syariat-Nya.

Sejumlah mujahidin yang berada di medan jihad di Gaza menceritakan peristiwa-peristiwa yang terjadi kepada mereka yang membuatkan hati mereka tenang.

Karamah pertama adalah keteguhan para mujahidin di medan perang yang digempur habis-habisan oleh pesawat tempur di atas kepala mereka dan kereta-kereta kebal di sekeliling mereka. Namun mereka tetap berperang tanpa rasa gentar. Orang-orang yang menyaksikannya memiliki prasangka yang bermacam-macam terhadap Allah SWT dan hati mereka seakan tergoncang oleh gempa bumi yang dahsyat. Faktor-faktor pertolongan di muka bumi sudah habis dan hanya ada pertolongan dari Allah swt. Maka Allah swt melimpahkan karamah kepada mereka. Dalam peperangan sebelum ini yang pernah dialami oleh kaum muslimin sepanjang sejarah, banyak kisah-kisah yang dicatatkan tentang karamah ini.

Salah satu karamah terjadi di desa Mighraqah di mana sejumlah mujahidin melihat dengan mata kepala mereka sendiri sebuah rumah yang dihancurkan oleh tentera Zionis Israel dengan bom yang besar sehingga mereka khuatir akan mengena rumah di sebelahnya. Dalam kebakaran yang hebat itu, mereka melihat seorang mujahid berdoa kepada Allah swt dengan menangis: “Wahai Allah yang menjadikan api, dingin dan keselamatan bagi Ibrahim, padamkan api dengan kehendak-Mu” di mana hanya selang tiga minit sahaja selepas itu api itu padam. Maka para mujahidin yang turut menyaksikan itu menangis semuanya kerana mereka merasakan Allah SWT menolong dan mengabulkan doa mereka.

Masih pada pertempuran di Mighraqah, di mana pesawat-pesawat tempur Israel menggempur dan mengepung mujahidin dari atas kepala mereka yang menyebabkan mereka tidak dapat bergerak. Tiba-tiba datang awan mendung yang memayungi mereka dan menutupi pesawat tempur Israel untuk melihat ke bumi. Maka para mujahidin pun bergerak bagi menghindarkan diri mereka dari tempat itu.

Ada juga cerita seorang mujahid yang mengalami sendiri bersama rakan-rakannya yang sedang berada di sebuah rumah. Bom dan peluru berpandu dari pesawat dan kereta kebal Israel menggempur mereka habis-habisan, namun tidak seorangpun yang terkena serangan itu. "Sebahagian dari kami merasa takut. Namun, tiba-tiba dia mengajak kami menghalang kereta-kerata kebal Israel yang menyerang kami sehingga Allah memberikan pertolongan untuk meledakkan beberapa kereta kebal yang ada".

Maha Suci Allah yang menurunkan ketenangan dalam hati-hati orang yang beriman dan Allah memiliki tentera-tentera di langit dan bumi dan Allah Maha Perkasa lagi Bijaksana.

Seorang mujahid menceritakan kepada penulis bahawa mereka melihat dua kereta kebal meletup dan terbakar di tempat mereka memasang bom tepi jalan. Ketika kami menghampiri dua kereta kebal Israel yang meletup itu, ternyata bom tepi jalan yang kami pasang belum meletup.

Seorang mujahid lain menceritakan bahawa ia bersendirian ketika memasang bom di tepi jalan. Beberapa saat kemudian ia sudah dikepung oleh kereta-kereta kebal Israel. Dalam keadaan yang cemas itu, ia berbisik dalam dirinya, “carilah tempat yang lebih aman”. Namun ia mendengar satu suara tanpa diketahui dari mana datangnya; “tetaplah berada di tempatmu”. Maka dia tetap berdiri di tempatnya dan tiba-tiba ketenangan merasuk dalam hatinya dan Allah memberikan pertolongan dengan meletupnya kereta-kereta kebal Israel itu.

Seorang mujahid lain menceritakan bahawa ketika dia hendak melepaskan roket, ia merasa ada “orang” yang membetulkan sasarannya ke kanan dan ke kiri sedikit.

Penulis sendiri mencium bau wangian yang keluar dari poket baju jasad seorang mujahid yang Syahid bernama Abdullah As-Shanik padahal ia sudah 20 hari terbungkus. Bau wangian yang sama juga penulis cium dari jasad Syahid Musa Hasan Abu Nar yang terbunuh dan darahnya meluncur keluar membasahi lantai masjid. Meskipun darah itu dibersihkan namun baunya itu masih wangi. Bukan hanya penulis yang menciumnya namun orang lain juga begitu. Ini sungguh meyakinkan penulis akan kebenaran jalan dan langkah Rasulullah SAW meski orang-orang kafir dan munafik membencinya.

Bahkan kesaksian-kesaksian dari askar-askar Yahudi yang disiarkan oleh Channel 10 televisyen Israel bahawa mereka menyaksikan lembaga aneh yang mereka yakini sebagai hantu yang keluar dari bumi dan memerangi mereka.

Ada juga kesaksian dari seorang askar Israel yang buta matanya akibat dilempar dengan pasir oleh seorang laki-laki yang berpakaian putih. Bahkan ketakutan yang dicampakkan ke dalam hati-hati orang Yahudi menjadikan mereka yang memiliki senjata jauh lebih canggih dari senjata kaum mujahidin Palestin takut untuk membuat serangan dan hanya menyerang kanak-kanak, wanita, orang tua dan orang awam yang tidak membawa senjata.

Wahai warga Gaza, para mujahidin yang sabar dan teguh, Allah bersama kamu. Kamu telah mendapat kemuliaan di perang Gaza dan kamu tulis sejarah di lembaran yang bersinar, Kamu kalahkan lagenda tentera Israel yang kononnya sukar dikalahkan. Kamu tanamkan ruh jihad di dalam hati umat ini meskipun dengan pengorbanan dan kehancuran rumah-rumah kamu, meskipun dengan mengorbankan para syuhada. Kamu jual jiwa-jiwa kamu dan harta kamu dengan syurga dan Allah membelinya, maka bergembiralah dengan perniagaan kamu dan itulah kemenangan yang besar.

Bagi-Mu ya Allah segala pujian dan bagi-Mu segala syukur, semua urusan dikembalikan kepada-Nya, yang terang dan rahsia, segala puji dengan Islam, Iman, Al-Quran, dengan jihad sehingga Engkau mudahkan urusan kami dalam mengalahkan musuh kami, dan Engkau bantulah mujahidin kami. Segala puji bagi-Mu sesuai dengan wajah-Mu dan keagungan kekuasaan-Mu.

Bersama-sama ini juga dikepilkan beberapa gambar para syuhada’ di Gaza yang kesemuanya dalam keadaan senyum, MasyaAllah.






*Dipetik dari: www.iluvislam.com di bawah tajuk "
Tanda-Tanda Ar-Rahman dalam Perang di Gaza"

Karamah Dari Gaza 1

Assalamu'alaikum...

Mungkin saya terlewat dengan menyebarkan kisah-kisah di bawah ini. Diharap maaf diterima. Bagi sesiapa yang belum membacanya, silalah membaca sehingga habis. Sesungguhnya Allah itu bersifat Ar-Rahman..


Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut.

Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian puti dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. "
(Fussilat:52)



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



*Dipetik dari: www.iluvislam.com bertajuk "Karamah Mujahideen di Perang Gaza"
*Artikel asal oleh : Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com

Tuesday, March 17, 2009

-SaAt-sAaT daKu kiNi-

Lama benar aku tidak melakar suatu kata-kata hati di sini. Sudah berapa lama ya...hmmm...?? Aku selalu membuka laman ini, tetapi ketika hendak menulis, hilang semua idea.

Lagipun, sekarang dalam keadaan yang amat berat dan sibuk. Masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan segera. Jika dilambat-lambatkan, akan binasa di akhirnya. Dalam minggu ini pun, ada saja 'assignment' yang perlu dihantar. termasuklah hari ini, aku akan menghadapi 'labtest' pada petangnya. Alhamdulillah, persiapan untuk 'labtest' telah kulakukan walalupun tidak seberapa. Insyaallah, aku boleh lakukan dengan lebih baik.

Terkadang aku terkenang masa-masa lalu. Saat gembira bersama sahabat-sahabat, saat gembira dengan keluarga. Aku rindu sekali saat itu. Namun, hidup ini bagai roda yang berputar, yang bermula akan bertemu akhirnya. Ada juga saat aku mendengar lagu, terkenang suatu perkara. Bagi aku, sudah menjadi kebiasaan begitu.

Saat menempuh hari-hari sukar masih belum tamat dan aku juga masih belum puas dengan apa yang aku lakukan sekarang. Bukan bermaksud aku belum puas dengan ni'mat yang ada ini, tapi aku masih belum puas kerana tidak dapat melakukan yang terbaik. Pernah hati berasa lemah untuk melakukan, kerana tekanan yang semakin bertambah. Aku berasa susah untuk bangkit. Nasib baik tidak menyerah kalah terus. Alhamdulillah...

Dalam semester ini, beberapa subjek yang aku ambil, hampir kesemuanya subjek yang memerlukan ketahanan mental dan kesabaran yang kuat dalam diri. Jika hati dan pengurusan masa tidak dijaga dengan betul, memang amat mudah untuk aku jatuh merudum. Prestasi makin lama makin menurun.

Namun aku tahu, Allah ada bersama aku. Aku sahaja yang lupa kepadaNya. Ya Allah, aku mohon keampunanMu yang lebih besar dari kemurkaanMu itu. Aku mohon agar dimudahkan jalan dan segala urusan duniawi dan jua ukhrawi. Aku tidak mahu diriku ini semakin hari semakin lupa kepadaMu dan semakin jauh dariMu. Hanya kepadaMu sahajalah tempat aku mohon segala pertolongan dan bantuan. Engkau sahajalah yang dapat memudahkan sesuatu bagiku. Dan jauhkan diriku ini dari perkara-perkara yang mendatangkan syirik kepadaMu dan yang dimurkaiMu kerana aku lemah dalam menghadapi dunia ini.

Amiin...Ya Robbal 'alamiin....

Tuesday, February 24, 2009

-WaRkaH bUaT DiA-

Buat Sahabat Yang Jarang Kujumpai

Warkah ditulis kerana mengenangkanmu. Sudah lama tak bersua,biarpun pada hari-hari yang telah lepas. Jangan salah sangka bahawa aku tidak suka. Jangan salah faham bahawa aku berpura-pura melupaimu. Sungguhpun tiga kali pertemuan membuahkan rasa gembira, namun aku tak pasti sama ada kita akan bertemu buat kali yang seterusnya. Semoga pertemuan kita bukanlah pertemuan terakhir.

Aku sentiasa titipkan doa buatmu agar engkau bahagia selalu, tidak berduka dan tidak berasa pilu. Jarang sungguh bertanya khabar tentangmu, kerna aku sentiasa sibuk dengan hal duniawiku. Tetapi, tidak terlintas langsung niat di hati untuk aku terus melupaimu wahai sahabat.

Warkah kutulis, untuk mengingatkan diriku dan juga dirimu. Kembalilah kita mengingati Pencipta kita, Allah. Dia telah mengurniakan pada kita apa yang kita perlu, bukanlah apa kita mahu. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Mengetahui segala yang terbaik buat kita.


Sahabat,

Tetapkan hatimu bahawa Allah tempat bergantung untukmu...

Selawat ke atas Muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam sentiasa di bibirmu...

Al-Quran sentiasa di dada sebagai petunjuk arah hidupmu...

Sunnah Rasul sebagai amalan harian kesukaanmu...

Utamakan ibubapamu lebih dari yang lain selagi tidak melanggar syariat...

Istiqamah dalam berdoa semoga doamu dimakbulkan Allah...


Sahabat,

Jika rangkai kata pesanan dariku ini buat kau sedikit terguris di hati, aku pohon seribu kemaafan. Niatku, bukan hendak memperkecilkanmu, apatah lagi menyakitkan hatimu, tetapi agar hidup kita sama-sama bertambah baik pada masa akan datang, Insyaallah.


" Andai salah, maafkan diriku. Andai silap, perbetulkan aku. Andai ada khilaf, pinta kemaafan aku hulurkan"


Ikhlas_AhmadNizamuddin

Friday, January 23, 2009

-HiduP tAnPa aL-QuRaN-

Hari semakin berlalu.... Tapi aku, masih dalam mimpi di sebalik mimpi. Rasanya macam ada sesuatu yang tidak kena sejak hari pertama bermula semester.

Tertinggal al-Quran merupakan kesilapan besar buatku dalam hidup. Walhal, sebelum ini, Dia sentiasa ada. Sejak ditinggalkan di rumah, makin jauh pulak aku nak ingat kepadaNya. Kerja dah siap, tapi hati masih tidak tenteram.

aL-Quran, maafkan aku kerna aku tinggalkan Kau tanpa sengaja. Aku fikir, aku boleh melalui hidup sebentar tanpa Kamu semasa aku di sini. Tapi aku silap, aku semakin melarat melupakan Kamu.

Tunggulah kepulangan aku. Aku masih memerlukan Kamu sebagai petunjuk hidupku. Sebagai cahaya hatiku. Janganlah hilang dalam sekelip pandangan hati aku. Kerana Kaulah cahaya itu.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui...

Wallahu a'lam.......

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP