- Malam Ramadhan 4 -
Assalamu'alaikum...
Untuk entri kali ini, aku menaipnya lewat daripada yang sebelum-sebelum ini. Al-maklumlah, banyak kerja di rumah sewa ini, kena angkat barang bawa pergi ke rumah sebelum ini yang telah hampir siap diubahsuai. Siap kerja angkut mengangkut ini hampir pukul 3 pagi tadi. Insyaallah pagi siang nanti, jika belum mengantuk lagi, barang-barang yang tak sempat diangkat pindah ke rumah lama akan dibereskan. Semoga masih bertenagalah hendaknya.
Berpuasa Dengan Penuh Keimanan
Rasulullah Sollallahu 'alaihi Wasallam pernah bersabda, yang bermaksud,
"Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu".
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam sabda Rasulullah Sollallahu 'alaihi Wasallam tersebut, telah dinyatakan orang yang berpuasa dengan penuh keimanan, bersungguh-sungguh dan mengharapkan ganjaran pahala daripada Allah, dosa-dosa yang sebelum itu akan diampunkan oleh-Nya. Jika kita ini bersungguh berpuasa, tidak melakukan perkara-perkara makruh, apatah lagi yang keji, tambahan pula kita mengaji Al-Quran, menunaikan solat sunat Tarawih berjemaah, sesungguhnya ganjaran pahalalah yang kita perolehi. Implikasinya daripada itu, dosa-dosa yang lalu diampunkan Allah. Lihatlah, betapa kasih dan sayang-Nya Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang beriman.
Dengan satu kebajikan, maka Allah bagi 10 kali ganda ganjaran. Jika kita baru niat nak melakukan kebaikan, sudah memperolehi satu ganjaran. Tapi baru niat nak melakukan kejahatan, tidak dapat dosa lagi, melainkan melakukan kejahatan tersebut, barulah dapat satu dosa. Tengok sahabat-sahabat sekalian, betapa senangnya umat Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi Wasallam bisa memperolehi ganjaran pahala. Allah memberikan kelebihan ini hanya kepada umat Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi Wasallam, tetapi tidak kepada umat-umat yang terdahulu. Beruntungnya kita ini, tetapi kenapa masih ramai lagi berbuat jahat, berbuat hal yang tidak baik sedangkan mudah untuk kita mengejar ganjaran pahala Allah. Allah nak kurniakan ganjaran pahala kepada kita, mengapa kita tidak mahu? Sebabnya kita tidak nampak bentuk pahala tersebut. Jika pahala itu berbentuk wang, maka nescayalah ramai manusia yang berpusu-pusu melakukan kebaikan daripada kejahatan di dunia ini.
Dengan satu kebajikan, maka Allah bagi 10 kali ganda ganjaran. Jika kita baru niat nak melakukan kebaikan, sudah memperolehi satu ganjaran. Tapi baru niat nak melakukan kejahatan, tidak dapat dosa lagi, melainkan melakukan kejahatan tersebut, barulah dapat satu dosa. Tengok sahabat-sahabat sekalian, betapa senangnya umat Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi Wasallam bisa memperolehi ganjaran pahala. Allah memberikan kelebihan ini hanya kepada umat Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi Wasallam, tetapi tidak kepada umat-umat yang terdahulu. Beruntungnya kita ini, tetapi kenapa masih ramai lagi berbuat jahat, berbuat hal yang tidak baik sedangkan mudah untuk kita mengejar ganjaran pahala Allah. Allah nak kurniakan ganjaran pahala kepada kita, mengapa kita tidak mahu? Sebabnya kita tidak nampak bentuk pahala tersebut. Jika pahala itu berbentuk wang, maka nescayalah ramai manusia yang berpusu-pusu melakukan kebaikan daripada kejahatan di dunia ini.
Al-Quran Sebagai Petunjuk, Membezakan Hak Dan Batil
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 185 yang bermaksud,
"Dalam bulan Ramadhan diturunkan al Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan antara yang benar dengan yang salah."
Dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak juga, Allah telah menurunkan Al-Quran untuk manusia jadikannya petunjuk dan menjadikannya keterangan serta perbezaan antara yang hak dan yang batil. Sebagaimana yang kita ketahui, bahawa Al-Quran ini adalah petunjuk yang sesuai sepanjang zaman. Kerana apa? Kerana Al-Quran mengandungi pelbagai panduan dan aturan cara hidup yang baik. Bukannya ideologi barat yang kita bawa masuk ke dalam cara hidup kita. Jika ideologi mereka bertepatan dan tidak bercanggah dengan apa yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah, maka kita boleh amalkan. Bukannya kita ambil Al-Quran dan As-Sunnah, ikut ideologi barat. Jika tidak ada dalam ideologi tersebut, kita buang sebahagian daripadanya. Ini tidak betul, salah itu. Islam ini adalah agama yang syumul. Kita haruslah amalkan apa yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Janganlah diambil sebahagian, dan ditolak sebahagian. Sesat nanti jadinya. Ingatlah bahawa Rasulullah Sollallahu 'alaihi Wasallam telah meninggalkan kepada kita dua perkara, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Barangsiapa yang berpegang pada kedua-duanya, maka dia tidak akan sesat. Rasulullah Sollallhu 'alaihi Wasallam sudahpun memberi jaminan bahawa kita tidak akan sesat selagi berpegang pada kedua-dua perkara ini. Akibatnya, jadilah seperti sekarang. Ibarat pakai tudung, tapi skirt pendek. 'Ambik sekerat, buang sekerat'.
Membaca Al-Quran
Dalam bulan Ramadhan ini, kita dituntut memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti membaca Al-Quran, solat sunat tarawih, bersedekah dan berqiyamullail. Setiap kebajikan yang kita lakukan, akan dilipatgandakan ganjaran pahalanya. Sesiapa yang membaca Al-Quran dalam solat, akan dikurniakan 100 kali darjah. Membaca Al-Quran dengan berwudhuk, 25 kali darjah dan membacanya tanpa berwudhuk akan dikurniakan 10 kali darjah. Tetapi apabila datangnya Ramadhan, ganjaran pahala yang kita dapat apabila membaca Al-Quran lebih berlipatganda lagi. Berapa ganjarannya, hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Bagi yang tidak pandai membaca Al-Quran, pergilah belajar membaca Al-Quran. Sesungguhnya Rasulullah Sollallahu 'alaihi Wasallam pernah bersabda, yang membawa maksud,
"Orang (mukmin) yang mahir membaca Al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang membaca Al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit bagi membaca, maka dia mendapat pahala berganda."
(Riwayat Muslim)
Al-Quran, As-Sunnah Pedoman Hidup Manusia
Ramai orang yang belum Islam telah mengkaji Al-Quran dan menghayati makna Al-Quran. Lalu, mereka percaya dan yakin bahawa Al-Quran itu benar. Mereka memeluk agama Allah, yakni Islam. Tetapi sungguh sedikit orang yang dilahirkan dalam keluarga Islam, mengkaji dan menghayati Al-Quran. Apatah lagi Al-Quran itu adalah sebagai panduan dan pedoman hidup sepanjang zaman. Al-Quran telah pun menceritakan perihal yang telah berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku. Begitu lengkapnya syariat agama Islam ini. Semoga lebih ramai lagi di kalangan umat Islam mempelajari Al-Quran, tidak hanya sekadar membaca, bahkan menjadikannya sebagai panduan hidup seiring dengan As-Sunnah.
Wallahu a'lam...
0 orang tertinggal pesanan:
Post a Comment