- Malam Ramadhan 6 -
Assalamu'alaikum...
Banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupan umat Islam. Dari zaman Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam sehingga zaman umat Islam kini, perubahan itu berlaku dalam semua aspek sama ada politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Banyak negara Islam yang mencapai kemajuan daripada aspek pembangunan dan penggunaan teknologi. Bak kata daripada segi aspek material, umat Islam mampu bersaing dengan orang yang belum Islam. Tak kurang juga, ada yang masih mengalami masalah dan keperitan hidup apa negara diceroboh oleh orang luar yang bermuka manis tetapi penuh bengis dan kasar di sebaliknya.
Walau bagaimanapun, umat Islam semakin lama semakin runtuh akhlak dan moralnya dek kerana terlalu jauh dari landasan yang sebetulnya, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Ya, kita sekarang sememangnya memiliki banyak ilmu seperti ilmu kejuruteraan, kedoktoran, kesusasteraan, teknologi dan undang-undang. Tapi semua itulah hanya keduniaan semata, yang digunakan hanya di dunia. Situasi sebenarnya adalah umat Islam kurang ilmu-ilmu tentang agama Islam, ilmu Al-Quran dan As-Sunnah. Ilmu akhirat yang umat Islam kurang ditekankan. Tidaklah semua umat Islam begitu, tetapi kebanyakannya begitu. Apabila kekurangan ilmu agama di dada, maka umat Islam mengalami keruntuhan akhlak dan moral dalam hidup. Semakin jauh dari jalan-Nya yang sebenar.
Israiliyyat Masa Kini Dan Yahudi
Semua hal demikian berkait rapat dengan hal Israiliyyat dalam umat Islam sekarang. Dalam buku yang tajuknya bermaksud ‘Israiliyyat Masa Kini’ (tajuk sebenarnya adalah dalam bahasa arab) karangan Doktor Solah Abdul Fatah Al-Khallidi menerangkan bagaimana Israiliyyat ini menjalar masuk dalam kehidupan umat Islam sekarang. Israiliyyat ini memasuki kehidupan umat Islam melalui jalan-jalan halus, dan bukanlah melalui jalan-jalan yang mudah dilihat oleh umat Islam. Aku bukanlah hendak membincangkan apa yang terkandung dalam buku ini, tetapi secara umumnya, untuk berkongsi yang telah disampaikan kepada aku dalam tazkirah lepas dan apa yang aku tahu.
Bahasa mudah, umum, senang, dipanggil Yahudi. Mereka ini adalah satu kaum yang satu ketika dahulunya amat dimuliakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Lantas kerana kesombongan, keangkuhan dan kebongkakan yang ada pada sebahagian besar mereka, telah membuatkan mereka menjadi kaum yang tiada tempat untuk mereka menetap di bumi ini. Mereka telah diusir keluar dari bumi yang kini dikenali sebagai Palestin ke serata dunia. Ramai para nabi telah lahir di kalangan mereka. Telah banyak pedoman dan pengajaran daripada Allah melalui nabi dan Rasul-Nya disampaikan kepada mereka. Tetapi hanya sedikit dari kalangan mereka yang mendengar seruan Allah. Sombongnya mereka, mengemukakan pelbagai permintaan yang kadang kala tidak masuk akal. Nak makanan dari syurga sebagai jaminan bagi mereka tunduk dan patuh pada Allah telah pun ditunaikan. Tetapi mereka tetap berdalih dan tidak mahu mendengar seruan. Lalu kerana tidak tahan, dan tidak berpuas hati, mereka membunuh para nabi yang diutuskan. Besarnya kesombongan mereka. Namun besar lagi kemurkaan Allah kepada mereka. Dan sekarang, mereka kembali dengan tujuan merampas kembali bumi Palestin daripada penduduk Palestin. Selain itu, mereka kembali dengan modul yang lebih berkesan untuk memusnahkan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia.
Israiliyyat Melalui Undang-undang
Israiliyyat memasuki pintu-pintu kecil dalam kehidupan umat Islam untuk mengalihkan cara hidup umat Islam daripada landasan sebenar. Hukum-hakam dan halal-haram dalam agama mereka tidak mengganggu secara terus. Mereka mengacau-bilaukan sistem Islam seperti undang-undang, politik, ekonomi dan sosial. Hukum hudud dilihat sebagai satu undang-undang penyeksaan dan kejam oleh sesetengah umat Islam. Golongan ini menganggap hukum hudud ini tidak lagi sesuai digunakan pada zaman sekarang. Apabila golongan yang terdiri daripada umat Islam sendiri melihat dari sudut sebegini, apatah lagi golongan yang belum Islam. Hal ini menjadikan mereka (yang belum Islam) semakin takut dengan agama Islam. Hukum hudud ini tidak lagi dilihat sebagai hak mutlak Allah dan sebagai tarbiyah serta pengajaran kepada umat Islam. Dengan cara Israiliyyat ini, sistem undang-undang yang lain diperkenalkan seperti sistem demokrasi, komunis, monarki dan yang selain daripada hukum Allah. Peranan undang-undang Islam diperkecilkan dan difokuskan dalam aspek-aspek tertentu sahaja.
Israiliyyat Melalui Ekonomi
Dalam ekonomi pula, sistem riba diperkenalkan secara tak langsung. Sistem ini telah diperluaskan dalam setiap bahagian aspek ekonomi sehinggakan umat Islam sukar untuk mengelak daripadanya. Maka berlakulah percampuran antara halal-haram sehinggakan tidak lagi jelas di antara kedua-duanya. Sebagai contoh, pinjaman yang dilakukan daripada bank-bank akan dikenakan faedah dalam proses membayar balik pinjaman. Bukankah kita diajar apabila pinjaman dilakukan dalam jumlah tertentu, perlu dibayar dalam jumlah yang itu juga (jumlah dipinjam)? Sistem jual beli yang telah diperkenalkan Allah melalui kitab-Nya, Al-Quran tidak digunapakai atau digunapakai hanya sebahagian sahaja. Sebahagian yang lain tidak. Alamatnya apabila sistem riba ini diamalkan, akan menjadikan hidup manusia itu tertekan dan kucar-kacir. Sebagai contoh kita dapat lihat apa yang berlaku di Amerika. Mereka mengalami krisis hutang dalam jumlah yang besar. Jika hal demikian tidak ditangani dengan bijaksana, akan menyebabkan sebahagian besar ekonomi negara-negara lain di dunia mengalami krisis berat.
Israiliyyat Melalui Kehidupan Sosial
Dalam kehidupan sosial umat Islam zaman sekarang, kita banyak dipenuhi dengan pelbagai hiburan dan sukan. Kita dapati pelbagai konsert dan pertunjukan nyanyian diadakan tidak menepati kehendak syariat Islam yang telah ditentukan. Batasan aurat dipandang rendah dan cara pemakaian yang terdedah sana sini berleluasa kerana arus modenisasi dalam hidup mereka. Yang dahulunya bertudung litup, sekarang rambut mengurai panjang tanpa bertutup dan bermacam-macam warna. Yang lelaki dengan seluar pendek atas paras lututnya, bertindik sana-sini, rambut pelbagai corak dan warna. Pergaulan bebas menjadi kebiasaan di kalangan muda-mudi umat Islam. Umat Islam telah disematkan dalam hati mereka bahawasanya tidak mengikut perintah Allah tak apa, asalkan hati baik, niat baik, sikap baik. Racun Israiliyyat tidak berhenti mengalir dalam minda umat Islam kita begitu sahaja. Kita telah dihidupkan dengan kesamarataan. Apa yang lelaki boleh buat, perempuan pun boleh buat. Dalam sukan pun begitu juga. Konon dengan seluar pendek, bersinglet amatlah bersesuaian untuk dipakai oleh para atlet dalam acara balapan mahupun padang. Dalam Islam kita digalakkan bersukan kerana bersukan itu menyihatkan. Tetapi mestilah mematuhi segala tuntutan syara’ kerana tuntutan syara’ itu adalah hak Allah. Bukan hak ciptaan Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam atau manusia lain.
Kemunculan Gerakan Islam
Apabila Yahudi sudah berjaya menjatuhkan empayar kegemilangan Islam sebelum ini, Yahudi percaya akan muncul satu kebangkitan Islam dalam wajah baru. Pihak Yahudi juga tahu bahawa yang akan terlibat dalam kebangkitan Islam berwajah baru ini ialah gerakan-gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin dan Parti Al-Islam Se-Malaysia (PAS). Gerakan Islam inilah yang akan memberi pemahaman tentang Islam yang sebenar kepada umat Islam yang lain. Oleh pihak Yahudi ini akan cuba sedaya upaya untuk menjatuhkan gerakan-gerakan Islam ini dengan cara-cara tertentu. Gerakan Islam ini akan dicalarkan imejnya sebagai gerakan pengganas dan berbahaya seumpama dengannya. Jika tidak berjaya dengan cara itu, maka mereka (Yahudi) akan mencari jalan lain yang akan membinasakan gerakan-gerakan Islam ini. Generasi umat Islam zaman sekarang adalah pewaris kepada gerakan-gerakan Islam. Oleh itu, sewajarnya kita sebagai umat Islam masa kini perlu penuhi ilmu-ilmu agama di dada supaya tidak termasuk ke dalam jalan-jalan Israiliyyat sekali gus tersasar dari jalan Allah Subhanahu Wata’ala.
Wallahu a’lam…
0 orang tertinggal pesanan:
Post a Comment